t>

Breaking News

Must Read!! Kertas cadangan penuh kelab malam!


Di bawah ini adalah kertas cadangan penuh pembinaan kelab malam yang anda boleh dapat dari sini. Mari kita perhatikan satu persatu, kemudian nya kita fikirka sejenak rasionalnya kewujudan kelab malam di negara kita.

EPP 8: Mewujudkan Kawasan Hiburan Khas

Tindakan

Kami menyasarkan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti malam yang lebih meriah di Malaysia di mana hiburan aktiviti malam terpilih dijangka menyumbangkan tambahan pendapatan daripada RM600 juta kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Untuk mencapai hasrat ini, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan untuk merangsangkan pembangunan industri dengan

• Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing

• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL

• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:

• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;

• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;

• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);

• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk
memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran;  dan

• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market. Kawasan ini akan direka bentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

362 Bab 10

Memperkasakan Industri Pelancongan

Pewujudan kawasan hiburan baharu akan ditadbir oleh Bahagian Pelan Induk DBKL. DBKL akan bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menarik pengendali kelab malam untuk melabur dalam zon hiburan yang diwartakan. Sementara itu, Bahagian Pelesenan DBKL akan bertanggungjawab membantu memudahkan pengeluaran lesen-lesen bagi kelab malam untuk memulakan operasi di dalam kawasan yang dikhaskan.

Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang akan diperlukan adalah RM276 juta dan kesemuanya akan dibiayai oleh sektor swasta.

Impak

Enam buah kelab malam baharu, setiap satunya dengan kapasiti untuk menampung sekurang-kurangnya 900 pengunjung kelab setiap hujung minggu disasarkan untuk memulakan operasi pada awal tahun 2012.

Dua buah kelab malam akan memulakan operasi pada tahun 2013 dan 2014 masing-masing. Menjelang tahun 2014, sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan terdapat di dalam zon hiburan baharu. EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.



Ameno : Baiklah, mari kita kaji satu persatu, kertas cadangan ini,

tujuan : adalah untuk mencari keuntungan semata2, persoalan disini ialah apakah sudah tiada cara lain untuk mencari rezeki dengan cara yang lagi halal dan diredhai oleh Allah swt? Apakah kita berada di zaman darurat sehingga arak, khinzir, dan yang haram boleh digunapakai dalam situasi ini?

Persoalan : Kawasan tersebut di bina utk memenuhi keperluan pelancong asing? adakah semua pelancong asing kita adalah mat salih yang bukan beragama islam semata2? adakah kerajaan mampu boleh mencegah rakyat malaysia mengunjungi tempat itu? sedangkan kelab malam yang sedia ada ini pun tidak terjaga kan? apakah cara2, ataupun lebih tepat, langkah2 yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan orang islam sama sekali tidak mampu menjejakkan kaki di sana? ini termasuk, berniaga, berkerja dan berhibur. apa jaminan yang mampu kerajaan berikan kepada kami khususnya rakyat muslim malaysia.

Persoalan : Apakah yang dimaksudkan dengan mengurangkan nisbah artis tempatan dan artis asing?

Persoalan : Minimun 1,000 pengunjung bagi setiap satu kelab malam? 6 kelab malam 6 X 1,000 = 6,000 satu malam pelancong asing? aii mampu ke neh?

Persoalan : Kenapa nak menggunakan khidmat polis utk menjaga kelab malam? kerja yang sedia ada neh pun polis tak tertanggung, masalah sosial, kadar jenayah, tak habis-habis, lagi mau menyemakkan polis untuk menjaga kelab malam pula.. aiii.. menyusahkan polis dan pembayar cukai la. Yelah, mungkin polis akan minta kenaikan gaji, dan mungkin pula kerajaan terpaksa naikkan cukai, almaklumla kebanyakkan polis adalah muslim, mungkin mereka tak redha dapat gaji dari sumber cukai kelab malam.

Persoalan : Jarak mininum 100 meter? tahu ke 100 meter tue seluas mana? ke salah tulis, 1000 meter? uihhhhh jauh nya dari tempat keagamaan dan kawasan perumahan.. jauh betulll..! jauhhh la sesangat.. kan?

Persoalan : Boleh la saya katakan bahawa kertas cadangan neh hipokrit! Mula2 dia kata nak bina pusat kelab malam untuk pelancong warga asing, lepas tue dia kata pula, kawasan di kl, kadar penghunian utk berhibur terlalu sesak akibat kekurangan tempat untuk berhibur? (penghuniaan = rakyat malaysia).

Persoalan : Pembiayaian projek ini datang dari modal swasta, ini jelas apabila keterlibatan swasta dalam hal ini, mereka hanyalah mensasarkan keuntungan semata-mata, jangan harap mereka akan mempedulikan kebajikan rakyat malaysia, percayalah.

Persoalan : At this time, mestilah mereka memberikan alasan bahawa kaum cina, india, non-muslim seharusnya diberikan peluang utk berhibur. Mesti punyalah, asal yang jahat, buruk, negative, hiburan songsang, dadah, arak, zina, kelab malam, kondom, mestilah akan dikaitkan untuk memenuhi nafsu dari golongan-golongan ini, namun ketika stastistik terpampang di depan mata, dalam akhbar, keluar tv, kaum melayu dan kaum islam la yang paling ramai berzina, minum arak, hisap dadah, hamil luar kandungan dan sebagainya, so apa relevan nya pusat ini dibina jika pada masa akan datang, melayu muslim akan semakin terpesong?

ETP ada pelbagai cadangan untuk memajukan dan transform malaysia ke arah sebuah negara yang maju, berdaya saing, makmur dan kaya. Namun, kita sebagai rakyat, hanya akan menegur ETP yang jelas terpesong dari agama dan nilai2 kemanusiaan. Salah satu contoh ETP yang kita boikot dan tentang 100% ialah etp kelab malam, yang dipercayai datang dari Ng Yen Yen, dan diluluskan pula oleh Najib sebagai perdana menteri malaysia.


Maklumat terbaru yang saya terima, perkasa juga akhirnya telah membantah projek ini. Syabas, sebagai umat islam biarlah kita bersatu atas tali islam. Baca sini

33 ulasan

MOHAMAD THAMIM ANSHAARI berkata...

Maka dgn Ini wujudlah lebih Ramai Anak Luar Nikah..Ya Allah Lindungilah Kami Ya Allah

puteriikhwan berkata...

ape nak jadi...suami isteri buat hal..Malaysia tak pernah punya pemimpin seteruk ini...lihat sahaja Tun dr siti hasmah, Allahyarham endon, Tun jeane....dn yg sblum2nya....Mesti arwah abah dia nangis kan??anak dn menantu jd macam ni...kerosakan yang nyata..seolah-olah ada tgan ghaib sdang berperanan..Tuhan, kami menangih janjiMu...kami yakin janjiMu...datangkanlah segera pemimpin penyelamat itu..kami tak redha duit kami digunakan untuk bina benda haram tu, kami tak redha tanah tumpah kmi, negeri kami dikotorkan sebegini rupa...Engkau Maha Berkuasa ya Allah!

atikullah ismail™ berkata...

adoi...sedihnya ya allah..nape lah smpai thap tuh pemikran najib..x masuk akal..

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Sapa yg patut kita persalahkan pemimpin ataupun pengundi? aku tak rasa kita patut blame najib dan rosmah melulu.

Anonymous berkata...

assalamualaikum semua.
najib tuh PM, ketua, pemimpin - ada kuasa, influence. kalo die wat bodo je, sah la die sokong.

cuma aku bg konspirasi sket.. dlm semua dok bantah2, semua dok berkeras.. najib pon umum plan tuh batal. YEAH!!!! die la hero, die la PM sejati.. tapi kot blkg, plan masih brjalan.. (paham2 la). rupenyer tektik serampang 2 mata.. raih hati rakyat smbil buat clubbing..

nasihat utk bersama.. contohilah akhlak terpuji Nabi Muhammad SAW.. jauhi maksiat, jauhi zina, jadi lah seorg muslim yg bermanfaat utk semua walaupun seteruk mana kita ni.
Demi MU ALLAH, kerana agamaku ISLAM.

Anonymous berkata...

salam semua..
Ingatlah peringatan Allah SWT...bahawa apabila maksiat telah merata di muka bumi...maka tunggulah azab dari Nya..yg akan diturunkan untuk semua...ie..baik atau jahat akan terkena bala dari Nya...kita tak boleh berdiam dan hanya mengutuk..bangun dan DO something..dalam keluarga..dalam kampung..dalam daerah..dalam negeri dan peringkat tertinggi..dalam negara...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Ya menentangla dengan kebenaran. apa usaha kita untuk memastikan projek neh terhapus?

najihah mohamed berkata...

pastu nape sokong umngok lg...dh terang2 mnyalahi agama islam...barua sungguh...pliz fikir2kanlah...hangpa tau tak yg najib jumpa rosmah kat pasar mlm n masa tu rosmah still isteri harith ismeth...harith ismeth sll sebot lam berita dunia,fiki2kanlah...hahaaha...sesuai bebenola...dr tua smpai muda brgelumang ngan kelab mlm...dah mknan jiwa dia,xleh wat apalah...hancur malaysia mnjelang 2020 ni kalu ginila fiilnya...ak nk syg kt pmimpin pon xbleh sbb deme sndri xsyg dri sndiri...moga pru-13 ditangan pakatan...kita mmpu mengubahnya...

najihah mohamed berkata...

ralat...jumpa kat kelab malam sebenarnya..maaf salah tulis...nak marah sgt pnya pasai...

Sharkzfinder berkata...

Pakatan ke, umno ke....yg aku tgk kwn2 aku pakatan pun berterabur minum tunggang langgang kat club...alhamdulillah aku x minum...ergh....hampeh pemimpin zaman skarang...aku pun dah amek keputusan xnk undi sapa2....klaw dah rosak sgt dunia melayu kita, aku kluar jer cari makan tempat lain...nk cakap org melayu pun dah malu dah skarang nie....hmmm

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

aku nak bagitau, mahathir pun bantah ETP neh, dan ETP menara warisan. mahathir jadi pm berapa lama? setelah jadi pm lebey dari 10 tahun barulah dia bina klcc. najib jadi berapa lama? tak sampai 2 tahun ttp sibuk nak bina bukan2.. jgn la najib perasan dia lebey bagus dari mahathir.

Insan berkata...

Rasanya yang memenuhkan kelab2 malam adalah dikalangan MELAYU sendiri yg Islam sekadar di Kad Pengenalan. rasanya warga asing pun x penah nak ke sana. Negara diorang pun ada. Bila ditanya apa beza negara ISLAM dan negara mereka, hendak dibezakan pun sukar. Apatah lg membesar-besarkan benda yang sudah jelas haramnya. Inikah pemimpin negara yang menyertai OIC?

Anonymous berkata...

Ya Allah, selamatkanlah kami semua dari fitnah akhir zaman, dari pujukan syaitan yg di rejam, dari anasir2 yang jahat dang dengki terhadap agama kami. Aminn

Anonymous berkata...

nak tunggu sampai tsunami tinggi 1km dtg hancurkan tmpt2 tuh kot baru nak sedar..

Ibnu Ahmad Al-Asghar berkata...

EPP ini dijangka menjana impak PNK sebanyak RM0.7 bilion dan kira-kira 5,614 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.

sdap je bhsa dia..pluang pkjaan..jd apa??GRO??ni pun kira pluang pkjaan jgk ke??

Anonymous berkata...

org putih kt tmpt dia org dah jemu clubbing nie...melancong ke sini nk cr ketenangan..tgk hutan..x de masa nk g club melainkan pelancong yg dtg atas urus niaga dadah jer mlm g club...i ingat lps club ni jadi memang sah la malaysia jadi negara no 1 transit dadah antarabangsa....hebat..hebat...dapat la gelaran yg di idam2kan oleh PM...BERLUMBA NK JDKAN MALAYSIA NO 1 DUNIA..TAK KIRA APA BENTUK JANJI YG NO 1...1 MALAYSIA ..SENGAL GILA SASAU

Aphique Lacrymosa berkata...

ni ler pemimpin yg dicari selama nih.berani mati.pehhhh

Anonymous berkata...

aku pun tak tahulah apa nak jd msia negara ku tercinta.....mananya tokoh ugama yg begitu lantang klu isu dr pembangkang tp klu dr umno sepi membisu adalah ular dlm semak..

Najib_Kerja_Rosmah_Arah (NKRA) berkata...

Proposal ni was developed by Boston Consulting Group (BCG) for the ETP programme under Idris Jala tu...diorang just pikir from business and economics point of view, tak fikir langsung yg negara kita ni majoriti org Islam...semata2 nak kejar duit (under the pretext of increasing the country's income by attracting the foreign tourists to these special entertainment areas bla bla), diorang jahanam kan prinsip2 dan values org Islam kat malaysia...well ok, Idris Jala is a Christian from Sarawak (dia bukan Islam tau, nama jer bunyi melayu), but that shouldnt be an excuse of disrespecting our values and culture.

mcm takder jalan lain nak attract tourists..tu kat sabah sarawak tu banyak betul natural wonders, tak perlu pun nak buat kelab2 malam dan kasino....BCG ni konon2 je consultant pandai, tapi pandai atas kertas jer, seriously, why the hell would these foreign tourists come to M'sia just for clubbing? diorang dtg sini nak tengok pulau, pantai, gunung, hutan2...kalau nak clubbing, bagus clubbing kat negara diorang jer, club2 kat LA, NY and London jauh lagi gempak.

Ape Pun Bleh berkata...

bnyk kali kwn dah sbut,negare kite ni bkn negare islam tp cume negare umat islam psl tu la pemimpin bleh buat ape yg dea suke tnpe memikirkan kepntingan rakyatnye.ade pemimpin ambk kisah tntang ape yg d persoalkan oleh rakyatnye slame ni?ada kaa?

ika berkata...

apelah..cube jd mcm brunei...jgn kn disko..arak2 pun xde...menteri dowg kate ' pelancong asing nk berhibur kt negara mereka..sy xnk negara kami dilaknat oleh Allah swt..' kalo sume nk ade kelab mlm..mne lg nk papar kan tntang adat melayu yg kononnya sopan..baik..peramah..dh terang2 malaysia ni masih dijajah...dijajah oleh pemikiran..ni msti nk cepat kaut keuntungan..dey..nk untung...tingktkan kualiti perkhidmatan, bersihkan tmpat2 yg kotor..kurangkan asap2 berkepul2 tu...die pk kebajikan pelancong..kebajikan rakyat die? dh la servis kerajaan sgt terok...nk2 kalo wt urusan kerajaan..sikit punye lame..staff bersembang lahh..kaunter tutup lahh..mcm2 hal..baik repair yg tu..baru pk nk bnyakkan anak luar nikah..n remaja bermasalah..baik2 malaysia aman damai..kang ade je laknat tuhan turun...time tu dah xley pth balik dh...

hantu~ berkata...

aiiii~
CERIA btol PIC najib tuhh eyh..
hahahha

Anonymous berkata...

Bertaubatlah Wahai hamba ALLAH....

misteri berkata...

klu nk protes,y not buat scra tbuke????cume PENGECUT je yg wt kje mcm ni...AMENO,klu kau rs kau btl n nk tgk kan kebenaran,y not kau kelua dr kepompong kecl kau ni,n tergkan pd rkyt mlysia yg msh xtau pape psl bndi ni sume...cite2 blkg2 tara guna...

key na berkata...

nak untung je ke ade lam pale tu??
nape tak fikirkan akan effect yg akan berlaku pada masa akan datang..??
pemimpin seharusnye membuat keputusan dengan lebih bijak..
jika projek ini diteruskan juga..mana dan apa yg melambang kan malaysia ini kuat negan negae=ra islam..walaupon berbilang kaum..akan musnah jua akhirnya..
jika ini terus berlaku..israil dan musuh2 islam kan mudah menindah negara islam seperti malaysia!!!

shahir berkata...

permulaan atau bukaan jalan kepada kemurkaan allah..negara kita kecil, dgn kuasanya apa2 pun boleh jadi..ya allah, hambamu sgt lemah, ampunilah dosaku ini..

someone berkata...

misteri > bodoh aper ko nie?
xterbuka ag ker care nie?
ngok betol

Bro Ery berkata...

Aku rasa kalau anak luar nikah tu boleh bagi keuntungan dekat kerajaan pun dorang halalkan kot. -.-

wafee berkata...

najib n rosmah x salah la...dorang ade kuase, dorang blh bt pe je yg dorang suke...yg salah rakyat yg undi bn tu la...yg undi bn tu pon yg jnis ske lpak kt club2 tu kot or org2 tua yg suke anak2nye lpk kt club2 mlm ni...'nk kn lbh hiburan, sokonglah bn..yeah'

Pak ngah berkata...

to misteri: awak tu yg patut keluar dr kepompong kecil awak tu. Ni kira dah terbukalah, blog is open source.....

Semoga negaraku Malaysia tidak dilanda musibah besar seperti negara2 jiran....

pogy berkata...

ya Allah, kami mengangkat tgn berdoa kpd Mu semoga Malaysia ini dilindungi dari sebarang gejala yg Engkau murkai. AMIN

Fathi Syakirin Bin Othman berkata...

Bagusnya ada kertas cadangan, PKR dan DAP langsung tak ada.....kononnya tentang tapi dialah yang melaksanakannya dan berdemonstrasi nak sangat - sangat.

Cuba baca : (What's wrong with this ? Better than DAP)

Memisahkan kawasan hiburan khas untuk mengurangkan sebarang impak buruk kepada penduduk tempatan kerana kawasan tersebut dibangunkan terutamanya untuk memenuhi permintaan pelawat asing

• Membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

• Mengurangkan nisbah artis tempatan dengan artis asing berbanding dengan syarat yang ditetapkan dalam garis panduan semasa PUSPAL

• Melanjutkan tempoh sah visa bekerja bagi artis dan krew asing berdasarkan jenis persembahan (iaitu persembahan sekali sahaja (one-off), pancaragam dengan kontrak jangka panjang atau pertunjukan produksi jangka panjang) Untuk diiktiraf sebagai zon hiburan, kriteria yang berikut perlu dipatuhi:

• Memenuhi keperluan kalis bunyi sebagaimana yang didefinisikan oleh kod bangunan pihak berkuasa tempatan;

• Mencapai skala minimum purata 1,000 pelawat setiap malam di sesebuah zon hiburan;

• Memastikan kebolehcapaian pengangkutan dan infrastruktur yang mencukupi (contohnya tempat letak kereta, teksi dan bentuk pengangkutan yang lain);

• Ketersediaan rondaan yang mencukupi oleh pasukan polis atau firma keselamatan swasta untuk
memastikan keselamatan awam di kawasan berhampiran; dan

• Terletak pada jarak minimum 100 meter dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Lima bandar telah dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan khas: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu. Memandangkan Kuala Lumpur bakal menarik lebih banyak ekspatriat, aktiviti hiburan yang lebih meriah merupakan suatu unsur daya boleh huni (liveability) yang penting. Kawasan hiburan yang sedia ada adalah tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Fathi Syakirin Bin Othman berkata...

Satu Pihak kerajaan BN ada garis panduan jelas. DAP langsung tak ada. konon-kononnya dia baik. Tapi dialah yang buat semua tanpa garis panduan sesuka hati. Katanya Kebebasan untuk Rakyat Malaysia. Masa tu kamu pun bantah, DAP kata dia melindungi kepentinga Rakyat Malaysia. Jadi siapa bodoh ? Baik Kerajaan BN ada kertas kerja. DAP ada apa ? Tunggu kena tipu lagi macam di Pulau Pinang ?