t>

Plus dijual kepada KWSP, Khazanah - RM23 bilion




Dua dana yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia akan membeli pengendali rangkaian lebuh raya utara-selatan, Plus Expressways dengan membabitkan urus niaga RM23 bilion, lapor akhbar perniagaan - Edge hari ini.

azlanMenurut laporan itu, yang dipetik olehReuters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional akan membentuk organ tujuan khas untuk mengambil alih aset dan liabiliti Plus pada harga RM4.60 sesaham. 

Sebelum ini, KWSP sudah memiliki 12.3 peratus saham dalam Plus manakala Khazanah pula memegang 55.2 peratus kepentingan syarikat itu. 

Pegawai-pegawai dari KWSP, Khazanah dan Plus tidak dapat dihubungi untuk reaksi merteka.

Semalam, urus niaga saham Plus di Bursa Malaysia telah digantung selama dua hari bermula semalam sementara menanti pengumuman daripada pemegang saham.

Ameno : Masih ingat kenyataan TPM yang lepas berkenaan isu penjualan PLUS? Boleh baca sini. Mereka kata jangan percaya pada khabar angin.. so 'khabar angin' neh masih khabar angin ataupun realiti? Inilah pemimpin kita, sebulan yang lepas cakap lain, sebulan yang akan datang cakap lain..

Persoalan nya kenapa KWSP? Agaknya mungkin pasal najib rembat duit kwsp sebanyak rm6billion, lepas tue tak pulang2.. konon nya pakej rangsangan ekonomi la tue.. padahal yang ada cumalah majlis makan malam first lady anjuran the bik mama.. satu apa tak berjalan dengan baik semenjak najib dari pm.. 

Malaysia makin lingkup adalah.. masalah2 dalam negara tak berkesudahan..

Tiada ulasan