t>

Rahimi kantoii..!

Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka.

Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.

Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar.

Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.

Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.

Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.

Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.

Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam. 

Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana.

Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?

Sumber : Chegu bard

Baca artikel neh yang aku dapat dari sini dalam link tersebut terdapat satu video yang saya belum tonton akibat masalah internet yang sangat slow, saya cadangkan kepada sesiapa yang berminat boleh masuk dan tonton video youtube tersebut yang saya percaya ada kaitan serba sedikit dengan isu liwat ini.

goldenscreen Says:

July 1, 2008 at 8:40 pm
And here is Saiful replying in the blog on March 2008, trying to defend himself against allegations of being a musang berbulu ayam (aka SPY), even thought the writer did not name anyone as the SPY.

saiful bukhari said…

Assalammualaikum..

Masyaallah Najwan, sampai bila saudara nak berhenti memfitnah.. Cukuplah saudara dah malukan saya, jatuhkn jatuh, sampai saya terpaksa tarik diri dari Universiti.. Hidup dalam kegelapan tanpa arah tuju..

Rahimi sepupu saudara tu sahabat saya.. Sepanjang kempen pilihanraya, beliau perlu mengalas 4 jawatan iaitu Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit, Pembantu Khas dan Koordinator Politik.

Bayangkan betapa beratnya beban yang beliau terpaksa pikul. SEORANG. Tiada siapa yang tampil utk membantu beliau walaupun kononnya ramai yang menyokong dan mahu menolong kempen Pilihanraya DSAI. Apalagi saudara sbg sepupunya.

Salah ke saya pergi dengar ceramah? Ceramah tu hanya utk org tertentu shj ka?

Beliau sendiri yang meminta pertolongan saya utk membantu beliau menguruskan program DSAI sepanjang pilihanraya.

Jadi sbg kawan saya membantu beliau kerana beliau sudah tiada daya lagi untuk memikul 4 tanggungjawab sekali gus. Kawan punya hal, saya tidur hanya 2-5jam sahaja dlm satu hari. Sedangkn saya ni bukan ada apa2.

Saya pon hairan, mana pergi penyokong parti atau kawan Rahimi
semasa beliau amat memerlukan pertolongan. Mana pergi orang2 yang konon2 mengelar dirinya pejuang parti semasa pejabat DSAI kekurangan Pekerja.

Saya sendiri terkejut dengan bilangan anggota kerja Pusat PKR. Boleh dikira dengan jari sahaja tenaga kerja semasa kempen pilihanraya di pejabat DSAI. 1 pekerja buat 4/5 kerja. Dari menjaga DSAI hinggalah menghantar poster ke P.Pinang, itu lah kerja Rahimi Osman.

Sekarang bila sudah habis pilihanraya dan MENANG dengan 5 kerajaan, barulah semua berebut2nak masuk pejabat DSAI. Manusia..

Dan untuk makluman, Diari Merah itu adalah milik EN Rahimi Osman dan saya rasa ramai yang dah tahu. Tak pernah terlintas langsung saya nak mengambil kedudukan itu dan tak pernah saya cakap saya ni Pegawai Khas atau Setiausaha Sulit DSAI.. Saya hanya membantu Rahimi sahaja semasa kempen.

Jangan memfitnah sembarangan saudara Najwan.. Saya memberi tenaga secara Ikhlas demi membantu seorang rakan semasa beliau dalam kesusahan. Bukan menjadi penyokong fanatik yang kononnya menyokong tetapi hanya sokong sahaja, buat kerja tak ada.

p/s: Najwan, berhenti lah memfitnah dan buangkan lah perasaan hasat dengki ko tu. Tak kemana Najwan. Tambah kan dosa shj. Sebagai manusia, aku xkn berbuat apa utk melawan.. Tapi, aku harus mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran.. Aku berserah kdp Allah s.w.t..

Salam.

Saiful Bukhari

Yang kat atas neh dipetik dari blog, sumber blog tak pasti maybe blog najwan maybe blog saiful.. dan yang ini ialah dua artikel yang di tulis oleh club anti anwar ibrahim berhubung rahimi osman ; artikel satu, dan artikel dua menurut kedua2 artikel ini, konon nya anwar ibrahim dah sembunyikan rahimi.. memang kat artikel atas tue, chegubard mengakui anwar ibrahim ada melindungi rahimi, tetapi bukan sembunyikan..kalau sembunyikan mana datang handphone semua? nampak sangat mereka neh suka putarbelitkan kenyataan.. lepas tue cuba baca petikan neh yang dipetik dari blog ini 

Ezam pula ketika hadir di Mahkamah Tinggi untuk sesi pengecaman pada Mei lalu memberitahu media bahawa sebelum ini dia tidak kenal langsung Saiful Bukhari sehingga lah ke tarikh pertemuan itu. 
Ezam menceritakan lebih lanjut berkenaan pertemuan tersebut. Ketika itu, Ezam berada di Larut Perak dalam satu program ceramah politik. Selepas ceramah, dia menerima panggilan telefon daripada kawannya (Rahimi) yang bekerja lama dengan Anwar Ibrahim.

"Abang kat mana ? ", tanya kawannya itu.

"Saya kat Perak, ceramah", jawab Ezam.

"Ni ada orang kanan Anwar (Saiful) nak jumpa", tanya kawannya lagi.

"Apa hal nak jumpa pulak ?" soal Ezam.

"Dia dah 'kena' dah!" jawab kawannya.

"Kena apa ?" soal Ezam.

"Macam tak tau pulak..kena tu lah (liwat)" jawab kawannya.

"Nak jumpa saya pasal apa ?. Jumpa esok lah" soal Ezam

"Dia nak jumpa juga. Dia nak jumpa malam ni juga", jawab kawannya.

"Ok. Tunggu saya di Tol Rawang. Saya dalam perjalanan dari Larut Perak", jawab Ezam.


photo
Ulasan ameno : Rasa cam kelakar pun ada, takde angin, takde ribut tiba2 si rahimi neh call ezam dan terus cakap.. dia dah 'kena lah..' tak ke bengong nama nya tue? Si rahimi neh konon nya ada krisis dengan saiful.. konon nya saiful cuba nak merampas kedudukan dia dulu, sebab tue la si najwan perli saiful kat dalam blog.. tapi bertambah pelik sebab si rahimi sanggup nak bahasakan saiful sebagai orang kanan dsai walaupun sebenarnya dia lah orang kanan dsai.. hermm..?

tapi tue la pelik gak aku, ketika rahimi berhenti dulu, dia berhenti disebabkan nak sambung belajar.. dia tak pula mention yang dia berhenti sebab nak bantu family berbussiness ke apa ker.. selepas rahimi berhenti, saiful masih lagi berkhidmat kat pejabat dsai.. memang rahimi yang bawa saiful berkerja dengan dsai, itu satu fakta. kalau betul saiful kena liwat, kenapa si rahimi neh tak kena dulu? sedangkan si rahimi neh yang sibuk buat kerja 24 jam untuk bantu dsai dan bantu parti, berbeza dengan saiful, yang baru berkerja dengan dsai.. aku rasa sebenarnya si saiful neh tak tahan pressure kerja dengan dsai.. yelah si rahimi neh pegang banyak position masa kerja dengan dsai... last2 ble rahimi blah tinggalkan dia, tue yg dia jadi tak tentu arah tue.. kerja melambak2 nak buat, dia dah la MALAS.. tengok cpga pun dah boleh agak dia neh owang yang macam mana kan? 

Aku tak kenal si rahimi neh walaupun ada la dua tiga kali baca nama dia disebut2 ketika kes perbicaraan mahkamah.. memang betul pernah terdengar yang ramai orang sedang mencari si rahimi neh, pasal aku not sure, tapi mestilah ada sebab yang tertentu. Kalau nak tahu, nama rahimi neh disebut2 sebagai saksi yang perlu hadir ke mahkamah, entah macam mana si rahimi neh tak pernah hadir pun ke mahkamah.. samada dia malas campur, or malas nak tonjolkan diri or malas nak layan dia memang nampaknya cuba sedaya upaya utk tidak membabitkan diri dalam kes liwat II terbaru dsai. 

Tapi apa sebab tiba2 dia naik pula kali neh? apa sebab dia berani muncul pula kali? aku mmg percaya yang rahimi neh sebenarnya dipaksa utk mengakui pernah diliwat, utk amek alih peranan saiful yang nampaknya gagal berlakon dengan baik.  tetapi mungkin macam aku pernah cakap sebelum neh, dia taknak.. mungkin dia rasa kalau dia mengakui pernah diliwat lagi jadi macam drama bodoh.. yerlah mula2 dia dikatakan bawa saiful utk jumpa si ezam katak tue, apsal masa tue dia taknak mengaku dia kena liwat sekali?kan dah terkantoi bodoh.. so nak taknak dia terpaksa buat kes lain, iaitu dipaksa utk membuat pengakuan bersumpah. secara jujurnya aku rasa si rahimi neh macam ada masalah.. maybe dia terpaksa.. tiada siapa yang tahu melainkan Allah swt sahaja..

dan ini konon nya surat letak jawatan dari SBA kepada anwar ibrahim.. entah betul entah tidak pepandai la kowang nilaikan sendiri 



2 ulasan

Anonymous berkata...

smlm baca berita....
dpt lihat orangtu (rahimi) kena kantoi masa buat liputan berita ttg kes liwat!!!

tak tau lah nak kesian atau ketawa kat dia?

apa2 pun manusia yg buat, tuhan yg tgk!

:vince

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

kena kantoi camne beb?