Warga Emas sokong Lim Guan Eng.
Gambar ini saya perolehi dari sahabat facebook saya di sini.
Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas... yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Apa kesimpulan yang boleh dibuat? Mudah sahaja,
- Umno dan seluruh jentera nya memainkan peranan untuk menjatuhkan LGE dengan cara jijik, sebab mereka telah kehilangan kuasa.
- Bila mereka hilang kuasa, automatik, mereka juga hilang duit (money-source) sebab itulah mereka memberontak.
- Pada mereka, jika mereka kerajaan, mereka mudah meraih kontrak, (obtain contract) dan di agih2kan kepada kroni2 mereka untuk kekayaan mereka sendiri.
- Bukan kah, selama ini sudah jelas, lagi terang, sport toto dan magnum juga menderma kepada mereka (rakyat) tanpa mengira kaum dan agama.
- Ini adalah satu isu yang bukan isu (Not an issue at all).
- Isu nya disini, ialah mereka mahu mencipta persepsi buruk bagi lim guan eng, agar rakyat merasa ragu2, kurang percaya dan kurang yakin terhadap lim guan eng.
- Untuk apa? untuk menguasai semula pulau pinang.
- Kenapa? Supaya boleh menjarah kembali kekayaan pulau pinang bagi menyenangkan kehidupan mereka.
- Menjadi ahli politik, memang boleh menyenangkan kehidupan mereka. Mereka diberikan beberapa hak keistimewaan dan mendapat pula beberapa layanan yang 'class'. Tetapi itu semua tidak hadir dengan percuma. Mereka perlu membayarnya, dengan cara berkhidmat kepada rakyat.
- Salah ke? tidak salah, tetapi haruslah bersikap adil, agihkan kontrak kepada mereka yang layak, buat kerja untuk membantu masyarakat yang memerlukan, dan jangan sesekali menyeleweng wang cukai rakyat, dan segala kemudahan untuk rakyat haruslah disediakan tanpa mengira fahaman politik, mahupun agama.
Ameno : Pembangkang memainkan peranan yang cukup penting di malaysia, tanpa pembangkang siapa yang nak tegur kesalahan kerajaan? sepatutnya pada mereka yang anti-pembangkang haruslah berfikir dua kali sebelum meletakkan kami sebagai 'onar' di negara sendiri, jangan lupa kerajaan bukan maksum, dan jangan lupa manusia yang tidak ditegur, sering akan terbabas dalam melewati kehidupan.
Pada 30 Ogos 1994, seorang gadis bawah umur yang berusia 15 tahun telah dikenakan "Tahanan Perlindungan" setelah dia dirogol dengan kejam oleh Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik. Inilah sikap UMNO dan Dr Mahathir. Rakyat yang dirogol dan dizalimi dimasukkan ke dalam tahanan, manakala perogol dan penjenayah kejam, Rahim Thamby Chik dibiarkan bebas dan berleluasa hanya kerana dia pemimpin dan ahli UMNO.
Pada 28 April 1997, ahli politik, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 semata-mata kerana membela gadis bawah umur yang telah dirogol oleh Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik.
Pada 1 April 1998, mahkamah UMNO dan BN telah bertindak kejam dan zalim apabila menjatuhkan hukuman penjara 3 tahun terhadap Lim Guan Eng yang bersusah payah membela gadis bawah umur yang dirogol oleh pemimpin UMNO, Rahim Thamby Chik. Beginilah sikap zalim dan ganas kerajaan UMNO. Perogol dan penjenayah kejam dibiarkan bebas, tetapi gadis yang dirogol serta orang yang membelanya dimasukkan ke dalam tahanan. Inilah sikap UMNO yang mengatakan mereka parti yang membela rakyat.

Tiada ulasan
Catat Ulasan