AC Mizal penipu yang tak malu!!
Pertama nya apa itu MLM? MLM ialah multi level marketing. Apa yang menipu nya MLM neh? Sebenarnya MLM tidak menipu orang, tetapi orang menipu orang dengan bersembunyi di balik sistem MLM. Ada juga MLM yang menepati syariah. Tak banyak, yang saya tahu cuma satu iaitu HPA. Syariah yang dimaksudkan disini, ialah bukan sahaja, halal dari segi sistem, malah halal dari segi bahan. Bahan yang dimaksudkan disini, bermula dari segi proses sumber bahan mentah, cara ianya diproses kemudiannya di bawa keluar ke pasaran untuk dijual kepada masyarakat di luar sana. Rujuk gambar di bawah ini ;
Jika dulu skim piramid aka skim cepat kaya memang takde barang, cuma main guna duit, tapi sekarang orang semakin bijak menipu dan putarbelit. Mereka sengaja mengkaburi mata pengguna dengan menjual satu-satu product bagi menutup kegiatan skim piramid mereka. Asalkan kena cari orang, lepas tue jual satu2 product dengan harga yang tak munasabah memang terbuktilah skim piramid. Cara nya mudah. Mereka berselindung di balik MLM. Mereka kata mereka ialah syarikat yang berasaskan MLM. Selepas itu dalam diam2 mereka mempunyai sistem skim piramid. Bagi menutup kegiatan skim piramid neh, mereka akan memasarkan beberapa barang tertentu. Dari luar mereka seperti MLM = Syarikat jualan langsung. Tetapi jika kita perhatikan betul-betul sistem mereka, ada downline la, kena cari orang la, kena jual barang dalam beberapa jenis/kuantiti utk mendapatkan bonus la itu semua ialah ciri2 scaminisme moden.
Hasil daripada perbuatan mereka, MLM yang beroperasi dengan cara yang mengikuti ketetapan syariah akan menjadi mangsa la. Orang akan ingat semua MLM ialah penipu semata2. Ini la dia penjahanam ekonomi orang islam. AC mizal tergolong dalam kategori ini. Penjahanam ekonomi orang islam dan menyusahkan kaum melayu. Tak susah nak mengenali ciri2 MLM yang bercirikan skim piramid. Kesemua ciri2 ini mesti ada punyalah ;
1. Kena keluar duit. Belum apa2, duit kena hulur terlebey dulu.
2. Kena cari orang. lepas tue dia akan tunjukkan bonus yang bertingkat2.
3. Bonus dan keuntungan pula mesti pada angka yang sama sekali tak munasabah langsung.
4. Ada yg lagi dasat, sampai suruh meminjam dari bank.
5. Barang pula, mesti lebih mahal dari harga pasaran.
6. Alasan mahal adalah disebabkan barang tersebut berkualiti (konon nya lah)
7. Dengan barang tersebut, kita disuruh jual kepada customer lain. Untuk dapat bonus lebey.
Ini adalah ciri2 skim piramid, yang memang ada pada semua syarikat scam neh.
Dan syarikat AC Mizal termasuk dalam kategori ini. AC Mizal neh dia ada jual product gelang magnet. Konon nya gelang magnet tue ada kuasalah. Alahai, aku tak boleh tahan tengok gelang magnet neh dari mula2 ketika dia popular dulu.Berlambak2 la orang jual cakap gelang ini ada power la, ada aura la, boleh mengubah itu la boleh mengubat la, bagi aku itu semua mengarut. Even sebelum penipuan ACM tersiar kan internet neh pown, aku mmg 100% tak percaya kuasa yang ada pada gelang magnet neh. Bagi aku orang yg percaya gelang magnet neh ada kuasa ke apa ke adalah orang yg tak cerdik. Bayangkan kita dah belajar dari kecil, dah masuk u dah masuk kolej dah kerja dah bergaul dengan ramai orang dan dah ada pengalaman macam2.. takan semudah itu kita nak mempercayai gelang magnet tersebut ada aura2 tertentu? Jelas mereka neh kurang berfikir.. yang lebih sedihnya ialah orang yg membeli product ini kebanyakkan islam. Yang menjual pula pada ketika itu adalah orang2 non-muslim. Bodoh ke tak bodoh melayu kita neh? Heh... lue fikirlah sendiri, berapa ramai orang2 melayu yg pakai gelang neh sewaktu gelang neh 'hot' di pasaran dulu? Kang cakap lebey2 kang kena bambu.. elokla dediam sudey.. Namun yang lebih parah ble orang melayu (islam konon nya) pun amek kesempatan untuk menipu orang islam. Selalunya yang terjebak mestilah orang melayu secara purata nya. Kenapa enh? Terdesak nak kaya dengan cara cepat ataupun nak cepat kaya dengan cara terdesak? lue fikirlah sendiri.
Bukti2 ACM menipu boleh diperolehi terus daripada link2 yg aku bakal letakkan kat sini. AC Mizal je, bukan datok AC dia perasan je dia dah dapat gelaran datok.. dari apa yang aku tahu, dia belum lagi bergelar datuk. huhu.. ehh ada masuk berita ke? ke aku terlepas? lue fikirlah sendiri.. (zaman sekarang gelaran datuk pun boleh beli macam beli barang2 runcit taw.. WOW)
AC Mizal terbukti penipu yg hebat
Fakta sahih AC Mizal menipu
Lagi bukti AC Mizal kantoi
Bukti AC Mizal artis **** yg menipu orang melayu
Masuk jer link2 tersebut, dalam blog tersebut semua kegiatan penipuan AC Mizal terbongkar. Aku nak naik muntah bila baca satu keratan yang dipetik dari page ACM, tengok bawah ;
Adoiiyaii siap bagi ceramah agama pula dalam tue.. Hahahaha aishh.. aku bukanlah orang yg paling tepat untuk memberikan komen atas komen ACM neh, tapi aku rasa orang2 yg baca neh confirm gelak je kat ko ACM.. nak cakap pasal Alquran.. tapi buatnya separuhnya.. tang warna rambut.. nafkah anak2 dengan bekas isteri.. blablabla.. malas aku nak layan.. elok jaga peribadi diri sendiri daripada berlagak alim macam kat atas tue.. buang masa!!!
Semua maklumat dan butiran ini terdapat dalam blog ini. Hakmilik dialah. Bagi anda yg nak menggunakan pakai semua bahan2 bukti yang terbit dari blog tersebut, jangan lupa berikan kredit kepada dia. Walaupun dia tak pernah minta (saya tak pernah nampak dia meminta untuk berbuat demikian) tetapi lazimnya orang akan bertanya kepada kita, dari manakah kita mendapatkan bahan2 ini.
Ameno : Penipuan AC Mizal kena disebarkan, jgn sampai ada saudara mara kita yg terjebak.
6 ulasan
ape pendapat ameno world dengan 1 produk penapis air teknologi nano-alkali keluaran bumiputera(diorang kata la) guna tagline air zam zam untuk produk tu? konon2nya air lepas ditapis gune produk tu sama zat dgn air zam zam
ekceli..aku sorg pniaga jg..aku g 1kdi borong yg agk terkemuka psl glg or rantai hebat ac..dorg ckp Quality sme cm dorg..beza nye ac jual mhl sbb nk bg bonus kt org..cis..pdhl glg2 xsmp 1rat pon..sume sme dan bezanye hnyalah ac ltk tag nme die je
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .
Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya."
Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad
TQ anom atas ingatan tersebut.. sebenarnya saya pernah baca cuma dah lupa.. yang saya ingat gelang (berupa tali). tq banyak2..
huruhara : Akan diusahakan kelak.
horahora huruhara,
pendapat saya, apa pun jenama penapis air tersebut, ia adalah penipuan semata2...
sedangkan rahsia kehebatan air zam2 tak kita ketahui, apatah lagi untuk menirunya...
kalau boleh, bagi link penapis tu...saya nak gi melawat ke sana....
Hadis tipu..
Catat Ulasan