t>

Breaking News

Blogger Pas : Kalau dah kalah terimalah, watpe nak cari pasal?

Khas untuk blogger ini. Samada dia sengaja mahu menghina ustaz harun din atau geram sebab kalah PRK di galas semalam, saya pun tak faham, namun suka untuk saya jelaskan disini bahawa ;


Kalah menang adat bertandingla, ada masa kita kalah, ada masa kita menang. Kalah tak bererti salah, menang tak bererti betul. Terpakai untuk semua situasi dan keadaan. Kena fahamla.


Rujuk printscreen di bawah ini ;




1. Ahli pas seperti ko yang perlu menilai balik setiap perbuatan dan penulisan ko. Apa tujuan ko tulis dan buka blog? Nak memastikan masyarakat terus yakin dengan pas, ataupun melemahkan semangat pas? Kalau beginila gaya ko berjuang tak perlu la membabitkan diri dengan pas. Cukupla2 dengan pelbagai tuduhan dan fitnah di lemparkan kepada pas, ko meneruskan ruangan ini hanya semata2 kalah dalam PRK. Kalah ini biasa. Kita bukan tak biasa kalah. Kita dah kalah banyak kali. Kalau ikut cara ko neh, dah berapa banyak agaknya orang2 dalam pas yang perlu kita cantas setiap kali kita kalah? 


2. Orang yang cintakan perpaduan tidak bodoh. Malahan mereka orang yang cerdik. Pas memang cerdik. Lebih cerdik dari sangkaan ko. Fikir guna logic sket. Kalau nak berpadu dengan umno, dah lama pemimpin2 kita buat. Tapi apsal mereka tak buat? Lagi satu cakap jangan emosi sangat. Jika pada hari ini umno berubah atas kuasa Allah swt, adakah kita perlu bermusuh dengan mereka seumur hidup? Fanatiklah pada islam, bukan pada politik, apatah lagi parti. Dan tentu-tentu ko yang membenci dalam artikel ini, tapi main lepas pula tuduh orang lain yang benci. Mana boleh buat macam tue. PAS kalah, itu adalah takdir Ilahi. Memang kekalahan pas adalah kesalahan pas. cukup la tue, kita muhasabah diri. Lebih baik dari ko yang tak pepasal mengamuk macam orang mati bini. Artikel ko neh, disebarkan oleh fatimah zuhri dalam wall nya tahu? Itu baru aku nampak satu, silap2 banyak dah penyokong umno yang sebarkan artikel ko neh. Neh yang ko panggil jemaah? podahh..


3. Ahli seperti ko, amatla di alu2 kan keluar terus dari pas. Suka suki je nak kata orang lain sebagai taksub ataupun membuta tuli kepada pemimpin. Ko kena ingat. Setiap mereka yang membela pemimpin itu bersebab. Samada mereka rapat, mereka ada keuntungan, ataupun mereka ikhlas, hak mereka nak membela pemimpin berdasarkan kepada persepsi mereka. Selagi pemimpin mereka tak salah, biarlah mereka bela. Lainla kalau Harun Din suruh ko minum arak atau paksa ko rogol anak orang, barulah ko boleh melenting. Tindakan ko mengutuk Ustaz Harun Din ini amatlah tidak disenangi oleh aku. Andai katala Harun din ialah pro perpaduan, aku tetap rasa tak salah pun. Atas kapasiti islam, dia melihat perpaduan dan ukhwah sesama islam itu perlu bagi meneruskan apa yang telah Nabi saw tinggalkan. Namun mereka (pro - perpaduan) juga bukan bodoh, mahu bergabung sesuka ahti tanpa mengambil kira sensitiviti ahli2 pas, penyokong2 pas, dan sejarah silam pas bersama umno. Andai mereka tak fikir, dah lama pas - umno bergabung. Cakaplah sejuta kali alasan pun, bergabung sesama islam tetap lebih baik bergabung dengan orang bukan islam. Kena ingat tue, kita islam dulu, parti kemudian. Aku pun tak suka umno. Aku pun tak rela umno bergabung dengan pas, tetapi aku kena ingat, apa yang ada di dunia neh adalah hak Allah swt. Ianya pinjaman. Kebencian kita juga adalah pinjaman.


4. Dah tue, apa pula kelebihan ko? Dah ko suka2 nak melabelkan pemimpin2 pas sebagai bodoh apsal? Adakah kerana pemimpin2 pas tak pandai maki hamun seperti ko? Kita memang anggap pemimpin2 dalam pas adalah pimpinan terbaik, sebab apa? Sebab ianya di pilih oleh ahli pas. Suara majoriti memilih mereka. Ko nak kata apa pula? Kenyataan ko yang berbaur hasutan dan kebencian. Orang sibuk kaji kelemahan diri sendiri kenapa kita kalah kat galas, ko sibuk angkat batu baling kat ahli2 pas. Betul ke tindakan ko neh? Kena ke pada waktu nya? Dalam berperang, suka di ingatkan, kita bukan mahu musuh kalah dan tersepit. Tak tahu la mana istilah tue ko dapat. Dalam peperangan kita cuma mahukan menawan musuh. Musuh neh ada banyak jenis dan ada banyak pula cara untuk kita perangi musuh neh. Berbeza musuh berbeza la cara kita perangi. Bukan semua musuh perang perlu dibunuh dan dibiarkan tersepit. Betulkan dulu la persepsi ko. Melihat dari gaya dan penulisan, saya cukup yakin anda adalah manusia yang lebey berusia. Oleh itu, bergayalah sepertimana usia anda.


Ameno : Ini lah dia contoh manusia yang suka melatah bila dah kalah..

9 ulasan

Incek Akim berkata...

die punye terkejut kalah PRK xhilang lgi tu kot

Anonymous berkata...

mungkin dh kalah berjuta dgn booki kot hahaha...tu yg prass tetonggeng...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

susah.. mereka kadangkala tak faham golongan atas pagar banyak terasa ahti dah.. tak kiralah dari mana2 side aku tgk penyokong lebey dari pemimpin.. iskhh salahkah aku?

Lee Dunkle berkata...

pretty helpful material, overall I consider this is well worth a bookmark, thanks

maria andros berkata...

Thanks for the post, keep posting stuff

Summer Glau berkata...

I used to love reading your blog, but lately it's been a little boring. I'll still read it though =)

Replacement Windows berkata...

Im impressed, I must say. Really rarely do I come across a blog that is both informative and entertaining, and let me tell you, youve hit the nail on the head. Your post is important; the matter is something that not a lot of people are talking intelligently about. I am very happy that I stumbled across this in my search for something relating to it.

Villa Contenta berkata...

Heres a picture of the reality of that situation.

Tak Tipu!! berkata...

PAS berjuang untuk Islam. nak memartabatkan Islam. menang kalah tu lain cerita. yang penting setiap kali kempen, Pas bukan setakat berkempen. malahan Pas gunakan kesempatan itu untuk berdakwah. biar x menang asalkan makin ramai berpegang dengan Islam. dan Islam menghormati semua agama. ingat tu.