BN akan menang di galas dan batu sapi.
Menurut ramalan awal, BN mempunyai peluang yang lebih cerah di galas dan batu sapi. Punca BN mendahului dan menguasai kedua-dua tempat tersebut, mungkin disebabkan kempen bertubi-tubi yang dilakukan oleh BN dalam 2,3 hari terakhir sebelum tiba hari pengundian, iaitu 4 november ini (esok).
Dan menurut satu kajian yang dilakukan oleh Ilham Centre di galas didapati bahawa ;
- BN mendahului PAS dengan 22% berbanding PAS yang hanya memunggut 15.6% sahaja.
- Manakala 54.1% tidak membuat kenyataan, ataupun memilih satu antara kedua mereka.
- Ini disebabkan pengundi sedang menunggu parti yang boleh memberikan habuan politik yang lebih baik.
- Habuan politik yang dimaksudkan bukanla wang segera ataupun bantuan segera sebaliknya pembangunan dan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.
- Begitu juga di Batu Sapi apabila BN di dapati mendahului kedudukan dari segi peratusan kajian. Iaitu 45% peratus ataupun 7,394 daripada 18,273 yang akan keluar mengundi. Manakala untuk PKR pula mereka hanya mendapat 28% iaitu 4,597 undi dan untuk SAPP pula 26% iaitu 4,282 undi.
- BN mungkin menang di Batu Sapi dengan majoriti yang tipis. Ataupun kalah dengan tipis. 60% penduduk batu sapi ialah bumiputera islam. Selaku orang islam, kita diseru agar diperintah oleh orang islam.
- Calon BN yang bertanding tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu dan ini memalukan. Lebih baik jangan mengaku sebagai rakyat malaysia.
- Jika BN menang di GALAS dan BATU SAPI ini bermaksud strategi yang dipakai oleh PR tidak tepat.
Akan tetapi, saya mempunyai persepsi yang berbeza. Saya percaya pas mampu mengekalkan kerusi di galas. Dan saya percaya PKR mampu merampas kerusi di batu sapi. Saya yakin dengan sepenuh ahti saya. Namun andai kalah saya juga akan menerima dengan terbuka. Kerana apa? Kerana rakyat telah memilih dan mereka berhak atas pilihan mereka.
Ameno : Keputusan di batu sapi dan galas, sebenarnya akan membuktikan satu perkara. kita tunggu selepas keputusan tersebut menjadi hakikat esok.
1 ulasan
semua parti akan yakin parti diaorang akan menang.
pemimpin yg turun 5 tahun sekali berjumpa rakyat pun yakin akan menang.
pemimpin yang banyak menghabiskan masa dengan ceramah setiap malam pun pasti confident akan menang.
namun akhirnya, rakyat juga akan tentukan mana parti yang memberi manfaat dan keselesaan hidup untuk mereka, mana parti yang banyak temberang dan mana parti yg banyak bercakap dari bekerja.
Catat Ulasan