Kenali Minda Separa Sedar Anda
Kenali Minda Separa Sedar Anda.
Setiap tahun ada sahaja cerita tentang JUTAWAN yang naik dan turun. Hari ini, perkataan jutawan menjadi satu marketing tool bagi sesetengah pihak. Seolah-olah telah menjadi begitu clishe, sehingga ada di antara kita yang tidak mahu menjadi jutawan atau merasa loya bila di sebut perkataan jutawan.
Mari kita lihat sebenarnya bagaimana rentetan atau secara teknikalnya seseorang jutawan yang tulen terhasil.
Seperti yang anda sedia maklum, minda memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan sahsiah diri, kejayaan, peribadi, sikap dan yang paling penting pencapaian dalam kehidupan. Minda terbahagi kepada 2 secara umumnya, iaitu minda sedar dan minda separa sedar. Untuk memastikan segala impian anda terlaksana perkara utama yang harus diambil kira adalah mengenali Sifat Minda Sedar dan Minda Separa Sedar. Bagaimana ia bekerja dalam memastikan kita mencapai impian yang selama ini terpendam. Mengapa ada di antara manusia itu dengan mudah mencapai impiannya dan ada yang sehingga ke akhir hayat masih bergelut dengan kesusahan.
Apa Beza Sifat Minda Sedar dan Separa Sedar?
Minda Sedar mampu mengawal setiap pemikiran. Ia juga mampu memilih apa yang hendak difikirkan atau apa yang tidak hendak difikirkan. Ia boleh menerima pemikiran dan juga boleh menolak pemikiran. Manakala Minda Separa Sedar pula hanya mampu menerima setiap pemikiran tanpa boleh menolak atau memilih. Fahami sifat kedua-dua minda ini secara betul. Setiap pemikiran yang dilakukan oleh minda sedar akan diserap oleh minda separa sedar tanpa sebarang usul periksa. Ini bermakna, jika seseorang itu sedang memikirkan kemiskinan maka minda separa sedarnya akan terus merakamkan kemiskinan tersebut dan menyimpannya sebagai input.
Semua yang difikirkan oleh minda sedar akan difailkan oleh minda separa sedar dan disimpan sebagai input yang dikenali sebagai ‘blueprint’ Ini bererti sejak daripada hari anda dilahirkan telah tersusun fail di dalam minda separa sedar sehinggalah hari ini. Semua input ini akan digunakan pada masa yang bersesuaian.
Kisah En. Fuad
Mari kita lihat contoh ini; En Fuad kini berusia 23 tahun, seorang graduan, masih mengganggur. Niat dihati ingin berniaga menyahut seruan kerajaan. Ingin menjadi usahawan. Dengan sedikit modal yang ada beliau menceburkan diri sebagai usahawan. Pada peringkat awal perniagaan En Fuad menunjukkan kemajuan yang memberansangkan.
Namun semakin lama menceburi diri semakin perlahan perjalanan bisnes, sehingga pada satu tahap perniagaan tidak dapat dibendung lagi, maka En Fuad mengambil keputusan menutup bisnesnya. Dengan baki duit yang ada beliau mula memikirkan ingin membuat perniagaan yang kurang berisiko. Atas nasihat teman-teman, beliau menceburkan diri dengan perniagaan baru. Tanpa modal yang besar tetapi pulangan yang dijanjikan lumayan. Pada peringkat awal, bisnes menunjukkan kecemerlangan, semakin lama, semakin lemah, peristiwa lama berulang dan keputusan yang sama perlu diambil iaitu menutup bisnesnya.
Apa sebenarnya yang telah berlaku pada En Fuad?
Sebenarnya En Fuad telah mengalami satu pusingan memori yang dikenali sebagai ‘blueprint’ itu. Mungkin pada zaman kecilnya, En Fuad terdedah dengan senario yang sama, dimana terdapat ahli keluarga terdekat atau jiran atau sesiapa sahaja yang pernah En Fuad temui mengalami nasib yang sama sepertinya. Beliau sentiasa melihat kejadian yang sama berulang-ulang dalam proses pembesaran. Walaupun secara logik atau sedar dia tidak mengendahkan keadaan tersebut, namun secara separa sedarnya, minda beliau merakamkan keadaan tersebut dan memfailkannya.
Tatkala tiba saat En Fuad menceburkan diri dalam bidang perniagaan minda separa sedarnya akan mengeluarkan fail tersebut dan mengulangi sistem yang terdapat dalam fail itu. Inilah antara sebab mengapa ramai usahawan sukar untuk berjaya. Namun jangan dikhuatiri kerana ‘blueprint’ ini boleh di musnahkan atau ‘delete’. Setiap benda yang boleh diprogram pastinya boleh di reprogram atau program semula. Banyak sebenarnya program yang berbentuk SPAM dalam minda kita. Program tersebut bukanlah terjadi daripada pemikiran kita tetapi akibat pendedahan kepada persekitaran.
Minda Separa Sedar Kanak-kanak
Apabila seseorang manusia itu lahir ke dunia sehingga dia berusia 3-4 tahun, minda yang aktif menjalankan kerja adalah minda separa sedar. Keadaan ini berterusan sehinggalah dia mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk, dan ketika inilah minda sedarnya bertindak secara aktif. Ketika kehidupannya dikawal oleh minda separa sedar, apa yang berlaku disekitarnya akan diprogram oleh minda tersebut dan disimpan dalam fail minda.
Keadaan ini juga merujuk kepada perbezaan hidup dan tahap pemikiran seseorang individu yang lahir daripada kalangan usahawan dan yang lahir daripada kalangan biasa. Anak-anak usahawan yang berjaya, rata-rata mempunyai impian untuk berjaya dan lebih berjaya daripada bapanya. Manakala anak yang lahir daripada golongan keluarga yang tidak berlatarbelakangkan bidang keusahawanan mendapati agak sukar untuk memulakan perniagaan kerana perlu berkerja kuat dan usaha yang lebih keras.
Akan tetapi jika anak itu memiliki ilmu MINDA yang betul, perjalanan menjadi usahawan akan lebih mudah dan impiannya akan lebih cepat tercapai. Evolusi Minda memperkongsikan ilmu minda ini secara PERCUMA di Seminar Percuma Evolusi Minda.
Dalam seminar percuma 3 jam ini, kami juga kongsikan ilmu berkaitan mengenal potensi, warna, minda sedar dan separa sedar, paradigma serta ilmu minda. . InsyaAllah, kami akan perjelaskan perkaitan secara langsung ilmu-ilmu tersebut dengan kehidupan seharian mahupun kejayaan. Anda juga berpeluang bertanya dengan Puan Hjjh Arina jika ada sebarang kemusykilan dalam sessi tersebut.
Untuk pengesahan tempat sila hubungi En Yusmi – 013 377 8004 (telefon/sms) atau isi borang untuk berdaftar secara online di www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html. Segala maklumat lanjut seperti jadual dan peta juga ada di sana
Artikel ini ditulis oleh Puan Hajjah Arina Abbas. Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan yang memberi latihan serta seminar berkaitan kuasa minda.
Temui beliau di Seminar PERCUMA Evolusi Minda. Maklumat lanjut sila rujuk link di atas.
Tiada ulasan
Catat Ulasan