t>

Breaking News

Kisah pelik adinda sultan brunei



Kisah neh pelik tapi benar. Ianya berkenaan adinda sultan brunei. Adinda sultan brunei, ada beberapa buah patung yang konon-nya dalam aksi bersetubuh. Perghh.. gila betul! Patung tersebut kan ada empat. Satu patung menyerupai adinda sultan brunei, iaitu putera jefri bolkiah, satu lagi menyerupai tunang kepada putera jefri bolkiah, dan yang lagi dua, ialah aksi ketika mereka berdua bersetubuh. Manusia makin pelik. Hahaha.. 


Baca berita kat bawah ;


[KOSMO] MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.
Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.
Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.
Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.
Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.
"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.
Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi


Hahahah.. 


Updated dari member blogger saya dapat gambar2 patung lucah terbabit.. tengoklah sendiri lucah ke tak lucah.. 




Ameno : Hahahaha hobi tersebut pelik. Tapi orang kaya biasalah..

2 ulasan

Anonymous berkata...

dh xtau nk bt pa agaknya ngan duit yg byk sgt tu, baik bg aku byq htng mara ka apa ka pon bgs

wintergurl berkata...

Bagi la duit tu dengan saya .. klu tak nak bagi saya ... buat la kerja amal ....anggap la hobby ...