t>

Breaking News

Minyak naik, rakyat tersepit.

Menurut  Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim, kerajaan berhak menaikkan minyak pada bila-bila masa yang disukai tanpa memaklumkan kepada rakyat, apabila berlaku kenaikan minyak di peringkat global, boleh baca sini untuk maklumat lanjut.


Persoalan nya ialah ;


1. Memang kita sedia tahu kerajaan telah mengapungkan ron 97 akhir ogos yang lepas. Yang kita mahu tahu ialah kenapa tidak kerajaan jual murah kepada rakyat sendiri, dan jual dengan harga biasa kepada warga asing? tak kiralah samada mereka berkerja ataupun melancong kat sini. Mereka tak berhak menikmati kesenangan yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat malaysia sahaja. Kenapa perlu anak-tirikan warga tempatan?


2. Kerajaan kata subsidi membebankan kerajaan seolah-olah rakyat menyusahkan kerajaan. Memandangkan kerajaan ada wang untuk buat bangunan seperti hub hiburan malam dan menara warisan kenapa tidak sumbangkan wang tersebut kepada rakyat malaysia yang tidak mampu menahan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan minyak?


3. Ya kita mungkin boleh berjimat dengan tukar ron 97 kepada ron 95. Tak kisahlah kalau lepas neh kereta kita rosak, atau motor kita jahanam. Seterusnya kita perlu simpan duit untuk repair pula. poket kita akan semakin kokak. Namun pernah tak kerajaan fikir, bila minyak naik, maka semua barang lain juga akan turut naik? Daripada bahan makanan, keperluan dan macam2 barang akan naik, yang mana mereka menggunakan pengangkutan sebagai salah satu sumber penghantaran.  Tak semua mampu pakai lori besar untuk mengangkut barang dari satu tempat ke satu tempat. sila fikir dengan teliti.


4.Bagaimana pula dengan gaji dan pendapatan harian kita? Tiada kenaikan tetapi kita rasa semakin kurang dek kenaikan barang2 di sekeliling kita sehingga kita berubah menjadi seorang manusia yang kedekut dan suka berkira dalam perbelanjaan. Mana tak nya, kalau tak berjimat, bukan kata rm100,  rm1,000 pun boleh habis kalau sesekali shopping kat pasaraya untuk beli barang dapur.


5, Di manakah penjimatan yang pemimpin2 kita buat? Contohnya pemotongan gaji? Perbelanjaan berhemah? Sewa rumah rasmi PM dan TPM yang jarang2 di guna? Baca sini. Atas sebab apa rakyat yang tak mewah, tak kaya dan hidup serdahana kena berjimat cermat untuk kesenangan para pemimpin malaysia? Atas sebab apa rakyat perlu menangis untuk membiarkan pemimpin-pemimpin malaysia bergelak ketawa? Kenapa tidak kita ketawa sama2 dan menangis sama2? jawablah najib!


6. Ketika kerajaan menaikkan harga minyak pada tahun tahun sebelum nya, kerajaan juga sudah mengaut pelbagai keuntungan kan? Apa kata kalau dalam 4,5 tahun ini, sehingga ekonomi betul2 pulih, barulah kerajaan menaikkan harga minyak. Kenapa kerajaan taknak pertimbangkan masalah rakyat marhaen terutamanya kaum melayu dan india termasuk sabah dan  sarawak yang rata2 masih hidup dalam serdahana dan miskin.


7. Setiap kali minyak naik di pasaran global, kerajaan kita untung sebab kita adalah pengekport minyak. Saya ulang, pengekport minyak. Kita bukan pengimport. Kerajaan dapat pulangan yang lumayan apabila menjual minyak di pasaran antarabangsa. Minyak yang kita pakai kini, adalah minyak yang di import semula. Minyak ini rendah kualiti dan murah harga nya. Oleh itu saya tidak nampak apa perlu kerajaan mengikut harga global untuk minyak yang takde kualiti neh.


Kesimpulan nya, kenaikan harga minyak ini adalah BULLSHIT! Mereka suruh kita berjimat, dalam masa yang sama mereka BOROS. Mereka kata mereka jaga kebajikan kita, tetapi bila kita bersuara mereka kata kita rakyat yang derhaka. Mereka buat sesuatu perkara yang kita tak minta, tetapi bila kita minta mereka berbuat sesuatu perkara bagi memenuhi kehidupan kita, mereka enggan. So, pada siapalah tempat kita mengadu dan mengharap kalau pemimpin kita bersikap 'binatang' kepada kita? Hanya Allah swt sebaik-baik tempat kita meminta pertolongan. Mari kita bersatu berdoa kepada Allah swt agar melaknati pemimpin yang menzalimi kehidupan kita kini. Kita teraniaya dari segenap sudut. Masa untuk bangkit sudah tiba.


Ameno : Jangan menyeksa rakyat. Sehingga kami bangkit dan bersatu, tahula kamu apa rakyat yg miskin, lemah dan hina ini mampu buat.

Tiada ulasan