Orang islam juga tentera israel.
Percaya atau tidak, terdapat tentera israel yang menganuti agama islam. Mereka ini walaupun islam tetapi mempunyai kerakyatan israel. Ini adalah disebabkan mereka lahir di israel. Bukan semua penduduk israel adalah yahudi semata-mata. Jangan cepat salah sangka dan mempunyai andaian yang negatif terlebih dahulu. Mereka berkhidmat sebagai tentera di israel adalah atas nama sayangkan negara. Mereka mahu israel di iktirafkan oleh dunia antarabangsa. Susur galur dan sejarah israel adalah sangat rumit dan sukar untuk dimengertikan jika pembacaan kita tidak menyeluruh. Andai seumur hidup kita, dihabiskan untuk membaca sejarah-sejarah terdahulu belum tentu kita boleh menguasai sepenuhnya.
Memang benar, orang islam yang menjadi tentera kepada israel ada yang bermotifkan duit semata-mata. Di israel, rakyat mereka yang pernah membantu mempertahankan negara dengan mudah akan beroleh pinjaman dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Malahan mereka juga dengan mudah mendapatkan pekerjaan.
Namun, saya sama sekali tidak setuju jika kita menghukum mereka terlalu cepat. Meskipun ada di antara mereka membunuh umat islam di palestine, tetapi cuba kita tanya diri kita terlebih dahulu, satu soalan yang penting. Adakah kita sendiri sememangnya adalah seorang pejuang islam yang tulen? Kalau ya, apa buktinya? Daripada pakaian kita, makanan kita, kehidupan kita, kita dilingkari israelian dan yahudism dari segenap segi dan sudut. Adalah hipokrit jika kita mengkritik mereka sebagai pembunuh umat islam, sedangkan kita juga adalah penyumbang dari segi dana/modal kepada syarikat2 israel, yang mana hasil dan keuntungan yang mereka perolehi, mereka salurkan kepada negara mereka iaitu israel untuk membeli senjata dan membuat kajian demi kajian samada dari segi sains dan kelengkapan, serta latihan ketenteraan, kita adalah pembunuh saudara-mara kita di sana. Akuilah .. mereka dan kita adalah sama sahaja..
Jangan lupa, penasihat bagi pemimpin kita juga adalah datang dari negara israel. Kita juga ada hubungan diplomatik -halusinasi- dengan israel. Tak nampak di mata masyarakat, cuma pemimpin2 atasan kita sahaja yang tahu sejauh mana hubungan itu terjalin. Ada di antara kita mengatakan ianya sia2 untuk boikot barangan dari israel. Saya terpaksa setuju. Memang sia2 kalau hanya kita yang boikot tetapi pemimpin2 kita tidak memboikot. Kita, umat islam dan rakyat malaysia sudah mampu membina jenama yang baik. Kita sudah mampu memiliki jenama makanan segera yang baik dan berkualiti tinggi. Apa salahnya jika kerajaan kita memperluaskan lagi francais untuk product2 HPA yang sememangnya terbukti halal lagi suci? Malahan membantu menaiktarafkan ekonomi orang islam.. ? Ini tidak, kita buka ruang untuk coke bina kilang disini.
Baguslah tue, pada hari ini, kita semua telah berganding bahu meminum darah2 saudara palestine kita. Mungkin ada di antara kita yang bangga. Mungkin ada yang di antara kita yg cuba untuk menafikan nya. Tetapi kita tak boleh menipu hakikat sebuah kebenaran.
Sumber dari sini
Ameno : Suka atau tidak, kita juga adalah penyumbang kepada kesengsaraan rakyat palestine. Jangan ingat dengan menghantar misi bantuan/perubatan kita kepada palestine akan menutup dosa2 kita terhadap mereka.

16 ulasan
tapi yg salah tetap salah..alasan mereka sertai tentera israel kerana sayangkan negara dan mahu ia diiiktiraf pon dah terang2 salah..
dlm Quran ade kate psl kaum yahudi xboleh ade negara sendiri..
setujungan komen atas, al Quran mmg dah ada termaktub benda tu. cuba kita fikir, cinta pada negara atau cinta pada agama yang lagi mulia. pemilikan negara hanyalah sementara kerana tiada penakluk selain Allah.
mmg post yg sgt2 baek utk kesedaran sendiri dan masyarakat..hmm, kalo pemimpin kita baca ni pon bagus gak..tp hakikatnya, duit masih kepentingan utama yg dipikirkan oleh pemimpin kita..
salam.. minta maaf ye admin, tapi, ada sedikit yg saya xberapa nak setuju..
apa2 yang berlaku pun, kita perlu melebihkan Allah dan agama Islam berbanding negara, bangsa, duit dan lain2. Walaupun mereka beragama Islam, tetpi jika bersekongkol dgn pihak yahudi, maka xke berdosa jgk tu. Tiada negara bernama Israel patut wujud dalam peta dunia. Lagipun, bukankah mereka nak tubuhkan ISRAEL untuk satu bangsa Yahudi (yg berketurunan yahudi pure) dan atas dasar 1 agama, iaitu agama Yahudi sahaja? Walau pun kita hanya memberikan sumbangan atau derma shj ke rakyat Palestin, bukankah itu lebih baik dr terang-terangan menyokong penubuhan pihak yahudi zionis (dan membunuh org palestin )dgn menyertai ketenteraan yahudi itu..? Jangan lupa, cara mereka cuba menakluki bumi Palestin dan menubuhkan negara Israel adalah melalui cara penindasan dan kezaliman.
Sama lah macam kat negara kita ni atau di mana2 sahaja, ramai yang nama shj Islam, tp peribadi xsemestinya xislam. Bergantung kpd diri individu tersebut sama ada hidup dgn CARA Islam atau hidup dgn sekadar NAMA Islam.
Sekadar pendapat dan sedikit pengetahuan. Wallahualam.
maaf. ada kesilapan typin tadi "ramai yang nama shj Islam, tp peribadi xsemestinya xislam." ayat tu should be this one >> "ramai yang nama shj Islam, tp peribadi xsemestinya islam."
Boikot produk Israel sia-sia?
Aku Denmark kerugian berjuta2 Euro akibat kempen boikot produk Denmark hari tu.
Sia2 sebab hanya segilintir je boikot. bukan bermaksud yg boikot tak perlu boikot. usaha mesti ada. boikot mesti boikot. dan boikot mesti berterusan.ttp boikot juga kena seiringan dengan kepintaran. boikot habis-habisan la. dari atas sampai ke bawah, bukti kita membela islam.
lagipun bukan pasal alasan mereka buat itu dan ini aku persoalkan. aku persoalkan kerasionalan kita mempersoalkan mereka jika kita sendiri masih tidak betul jalan nya
Assalamualaikum~
Saya bersetuju yg kita mmg susah nak elak dari guna jenama dr israel, tapi usaha itu tidak pernah sia2 because one is better than none. Tapi hakikat yg kita sama2 membantu israel membunuh rakyat Palestin mmg xdapat disangkal lagi. Tapi sebaik2nya cubalah mengubah keadaan dari hanya duduk dari tepi dan menengok sahaja. Tak ade hadis @ ayat quran yg saya boleh berikan, tp usaha untuk membantu rakyat Palestin tidak pernah sia2, walaupun bantuan itu tidak sampai, tapi dunia masih bercakap pasal Palestin n xluput dlm fikiran mereka. Its like a light of hope in a field of darkness untuk mereka.
Kepada org islam yg menyertai tentera israel tu, selagi meraka masih hidup, mereka telah diberi pilihan samada nak stay israel @ keluar. Atas pilihan tu, biar Allah je yg putuskan. Theres always been a choice...
Tetapi kalau kita berjumpa org begini di medan perang, kita harus perangi walau apa pun alasan mereka menyertai tentera israel...
Dan negara israel sememangnya negara yg haram. Tiada resolusi mahupun rundingan yg boleh menidakkan fakta ini, kerana ia kata2 Allah S.W.T. sendiri. Tanah yg diperolehi dgn tipu helah dan rampasan... Itulah israel~
Semoga org2 begitu diberi hidayah oleh Allah S.w.t. suatu hari nanti... Amin~
hurm... boikot2 ni.. kita kna sedar jugak... perlu ke sekadar berboikot kalu tak ada langsung alternatif dari umat islam sdiri.. kita perlu sedar kita sememangnya lemah...apa yang peliknya juak2 di atas, pemimpin² islam sdiri bersekongkol dengan pemimpian yahudi dan kafir... tgk saja pemerintah² negara Arab...Jordan,Mesir Saudi dll walaupon berjiran dengan Palestin,tapi enggan menolong jiran mereka sdiri...Malu sangat bila puak2 kafir pulak yg ingin menghulur tangan memberi bantuan kepada Palestin...
kita ni memang nak boikot sume produk israel.. namun ade jugak yg terlepas pandang ataupun memang dah takde sumber lain..
tetapi askar muslim israel tuh terang-terangan bunuh umat islam palestin...matlamat diowg pun nk tubuhkan negara israel.. lain la kalo diowg nak sabotaj tentera israel dr dlm..
aku rse yg klau diorang slah pun, tu biar Tuhan yg judge diorang...
Tuhan Maha Adil...
ape hak kte nk judge org...
klau kte xde dosa, xpela jgak..
maybe diorang mmg slah dan kte tau diorang slah, tp kte bkn bley ubah diorang...
Tuhan je bley bg hidayah...
Kte ptut amek iktibar dgn kslhan org lain... bkn memaki hamun je...
Peace...
dlm hal ini kt ptut slahkn para pemerintah skang sbb xmengutamakan Islam dlm sgla hal...sdgkn Rasullah pnh bersbda Islam itu adlah jln hdup yg bnr...meaning Islam is the way of our life,,not else....klau pmerintah memerntah ngara dgn mengutamakan Islam dlam sume aspek mslah2 cmni xtmbul..ni x...ley plak skong bnda 2 yg xberfaedah...nk2 yg psl hub hburan n iff 2...nta ap2 je...xsbo sgt ke nk dpat bala..aisshh...
Manusia adalah manusia ..... kenapa la manusia ni jahil ....kenapa nak wujudkan jurang kerana agama ?bangsa ? warna kulit ???
kikis la perasaan stereotype tu ... macam mana dunia nak aman ????
aku tak yakin mereka ini Islam kerana yahudi pandai menggunakan pelbagai dakyah dan cara untuk menunjukkan mereka ini baik. Percayalah kalau mereka islam mereka tidak akan sanggup bersama sama zionis untuk membunuh saudara mereka sendiri.Sejahil jahil umat islam mereka masih ada perasaan marah apabila islam diperkotak katikkan oleh orang kafir. Hanya orang kafir saja yang gembira melihat umat islam hancur. Lebih tepat lagi nama mereka sahaja islam tetapi iman mereka kafir. Wallahualam
saya sokong la sikit pandangan admin ni..teman2 sekalian tolong lah baca dgn lbh byk lagi ttg isu israel palestin ni..isu ni lbh kpd politik bukannya agama..jgn kerana TV3 siarkan psl agama kamu semua fikir ini antara yahudi dan islam..no..di israel juga ramai penduduk beragama islam dan kristian walaupun majoritinya yahudi..kalau sememangnya isu mereka ini berasaskan agam sudah tentu ramai penduduk islam di israel yg melarat..jgnlah menyumpah2 "laknatlah yahud" tapi sebenarnya diri sendiri byk kekurangan..ramai antara penduduk israel juga menentang perang ke atas palestin tapi dalam masa yg sama, mereka masih nakkan hak tanah dan penempatan dari palestin..isu ini memang sgt membingungkan terutama sekali bila kita dari dulu disua dgn fakta2 yg xbrp benarnya..jadi silalah bykkan pembacaan anda..thanks..
Lunting, komen mu memang bernas dan dibuat dengan pikiran bukan perasaan. Aku liat ramai yg mengomen membabi-buta je tanpa mengetahui fakta yg sebenarnya. Perang antara Israel dan Palestin ni memang bukan kerana agama sebab d Palestin pun ramai jga orang Yahudi dan Kristian biarpun majoritinya Muslim. Perang ni lebih kepada merebut tanah penempatan. Jadi betul lah katamu yg TV3 hanya mengapi-apikan rakyat Malaysia dengan beritanya yg berat sebelah tu. Semua orang tahu TV3 memang berat sebelah, lebih2 lgi dengan isu tempatan antara Kerajaan dan Pembangkang. Pernah kah TV3 menyanjung kebaikan yg dibuat oleh Pembangkang d negeri yg dperintah oleh mereka? Tak pernah! Yg ada cuma kritikan dan kutukan...
makasi
Catat Ulasan