t>

Breaking News

Raja Petra sah bebas ISA..



Terbaru, melalui berita yang dipetik dari sini kita dapati hakim telah pun membebaskan raja petra daripada tahanan ISA, sekaligus dia bebas daripada didakwa dalam akta ISA. Ini membuktikan masih ada hakim yang telus dan   jujur dalam perkhidmatan mereka. Meskipun pada saat ini mereka sering berhadapan dengan pelbagai ancaman dan situasi sukar apabila memilih untuk memperjuangkan keadilan yang kadang kala membelakangkan kepentingan rakyat. 


Apa yang menjadi tanda tanya ialah ;


1. Adakah kerajaan akan menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh hakim?


2. Sudah tentulah hakim membuat keputusan setelah menimbangkan fakta dan bukti yang perlu.


3. Pembebasan raja petra oleh mahkamah membuktikan kerajaan telah menyalahgunakan kuasa mereka.


4. Raja petra ditahan sebab ancaman kepada negara, bukan menfitnah. Kenapa faham apa itu ancaman, hasutan dan menfitnah.


5. Fitnah ialah melemparkan tuduhan yang tidak terbukti.


6. Hasutan ialah menghasut orang untuk membenci individu/kumpulan atas sebab-sebab tertentu.


7. Manakala ancaman ialah seseorang individu yang boleh mengangugugat keselamatan rakyat di malaysia.


8. RPK tidak mengancam rakyat, sebaliknya cuma mengancam kedudukan umno.


9. Andai UMNO tidak zalim maka saya percaya mereka tidak perlu takut dan khawatir. 


10. Lagipun akta ISA sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, bukan melindungi umno. Kena faham itu dengan jelas.


11.Untuk rekod, pada November 2008, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membenarkan permohonan habeas corpus dengan berkata Kementerian Dalam Negeri telah bertindak melampaui batas kuasanya.


12. Ini bermaksud, KDN telah melanggari etika ketika berkerja. Jadi, adakah persoalan ini patut dilupakan begitu sahaja? Apa kuasa yang rakyat ada untuk menghukum menteri yang langgar kuasa (salah guna kuasa) ketika bertugas?


13. Dalam erti kata lain, dimanakah keadilan untuk rakyat persendirian yang teraniaya dek angkara perbuatan menteri KDN? Atau mana2 menteri yang berkuasa?


14. Peguam yang mewakili KDN (kerajaan) boleh pula memberikan alasan, kononnya tak tahu alamat RPK. Sebab itulah gagal menyerahkan notis rayuan kepada RPK. Padahal jika mereka mahu mereka boleh sahaja emelkan notis tersebut kepada email RPK, ataupun sekurang kurangnya post di laman web RPK. 


15. Apa yang menjadi tanda tanya ialah, mereka kata mereka gagal kesan RPK, tetapi dalam waktu yang sama, mereka dapat kesan 2,3 aktiviti RPK malahan sempat menangkap gambar RPK bersama beberapa orang wanita di satu tempat. kenapa?


Ameno : Saya tak rasa KDN nak tangkap RPK, apa yang mereka nak buat ialah halang RPK kembali ke malaysia, sebelum PRU-13 itu sahaja. Sebarang tangkapan ke atas RPK sebelum PRU-13 hanya akan melemahkan BN. Itu adalah hakikat. Sebab itulah, mereka melengah-lengahkan proses penangkapan RPK sedangkan mereka memang mampu berbuat demikian. Untuk rekod, PDRM bukanlah polis yang tercekap dan terbaik di malaysia. Saya bagaikan di shock oleh elektrik bila terbaca ada yang mengatakan bahawa PDRM adalah polis tercekap di dunia. Samada dia sedang bermimpi atau berangan saya tidak pasti. Sedangkan dalam mimpi pun kita tahu 'cekap atau tidak' PDRM kita. 

Tiada ulasan