t>

Breaking News

Samada DSAI, Azmin ataupun Zaid yang salah..



Ini adalah artikel terakhir yang akan saya ulas tentang krisis kepimpinan dalaman PKR. Saya tidak berminat masuk campur tentang krisis pemilihan parti dalaman PKR sebab saya bukan ahli PKR. Namun sebagai sahabat kepada PKR, saya kira eloklah serba sedikit, PKR boleh meneliti beberapa perkara bagi menjernihkan suasana semula. Suka atau tidak, masalah mereka sedikit sebanyak akan mempengaruhi Pakatan Rakyat.


Pihak DSAI dan Azmin Ali


DSAI dan Azmin Ali tegas mengatakan ada unsur-unsur yang tidak baik dalam proses pemilihan PKR pada kali ini. Yang mereka sebutkan itu adalah perkara yang berkaitan dengan wang.. Konon nya pihak di sebelah sana cuba membeli undi dengan menggunakan kuasa wang. Jika dilihat dari segi jasa, mereka memang bukanlah jasa sangat-sangat malahan sering mencari peluang untuk membuat wang segera. Malahan ada yang lebih berani memburuk-burukan PKR menggunakan media alternatif untuk meraih perhatian demi mencipta persepsi serong buat DSAI dan Azmin Ali.


Pihak Zaid. 


Ketika Zaid mula-mula menyertai PKR dia pernah mengatakan dia tidak mahu pangkat. Namun selang beberapa bulan dia bertanding bagi hulu selangor dan kini dia baru sahaja tarik diri daripada pemilihan barisan kepimpinan parti PKR. Tindakan terbaru Zaid telah menimbulkan persepsi yang sangat negatif buat PKR. Zaid juga dikatakan telah mendedahkan bukti-bukti ketidaktelusan dalam proses pemilihan parti yang melibatkan DSAI. Malahan Zaid juga telah disokong melalui resolusi amk oleh chegubard baru-baru ini.


Apa salah Zaid, DSAI dan Azmin Ali?


Dsai dan azmin ali salah sebab tidak berjaya membuktikan zaid terlibat dalam permainan wang. Kalau zaid terbukti terlibat dalam sebarang unsur-unsur negative, zaid terbukti membeli undi itu dan ini, zaid terbukti berlagak dengan orang melayu yang tidak pandai berbahasa english, zaid malas nak jumpa rakyat bawahan, maka, cara terbaik ialah membuktikan zaid adalah seperti itu. Mudah. Jika tiada bukti, maka tiada siapa yang akan percaya. Cakap, semua orang boleh bercakap, tetapi siapakah yang boleh bercakap dengan bukti? Rakyat makin matang. Mereka tidak mahu 'makan' cakap-cakap sekadar. Yang mereka mahukan ialah bukti dan fakta. Boleh tak pihak Azmin Ali berikan kepada kami?


Zaid pula kena memberikan bukti bahawa DSAI adalah telefon sana telefon sini untuk memastikan ahli-ahli PKR tidak mengundi zaid. Ya zaid ada berikan bukti bahawa terdapat beberapa proses yang dicemari. Yang aneh nya, di sebelah sana mereka menentang zaid sebab zaid mencemari proses demokrasi dengan menggunakan wang, manakala di sebelah sini pula, mereka juga menentang proses demokrasi dengan menggunakan telefon dan arahan daripada pihak-pihak tertentu. So apa beza DSAI, AZMIN dan ZAID?


Kita perlukan satu garisan yang tepat membezakan yang mana satu salah dan yang mana satu betul. Hey come on lar, sebagai seorang gay, takan la aku nak pergi kutuk-kutuk  golongan lesbian sedangkan aku gay? Begitulah perumpamaan nya. Kalau rasa diri itu di pihak yang benar, maka buktilah.. 


Sepatutnya dari awal lagi, DSAI hanya perlu tunjukkan bukti bahawa zaid main kotor. Itu sahaja. Panggilan telefon tidak perlu wujud. Masalah semakin besar, akibat kesalahan diri sendiri. Menunding jari kepada pihak lain? Bukanlah solusi terbaik.




Ameno : Kita tak perlukan ramai orang untuk menyokong perjuangan kita. Tetapi kita perlukan perjuangan yang menyokong dasar islam.

4 ulasan

Camilla Belle berkata...

Oooh, you're such an inspiration. I love this blog!

Replacement Windows berkata...

I wonder how you got so good. HaHa! This is really a fascinating blog, lots of stuff that I can get into. One thing I just want to say is that your design is so perfect! You certainly know how to get a girls attention! Im glad that youre here. I feel like Ive learned something new by being here.

lawn berkata...

Dude. This site is cool. How do you make it look this good .

Paraiso VillaHotel - Marbella berkata...

Crises and time lack when they take place, happen are useful at least in the following: they force us to think.