Selamat tinggal masjid Al-aqsa..
Sabtu, 13/11/2010 – Seorang Pegawai Politik Senior Israel berkata bahawa pentadbiran Amerika mungkin akan menggunakan hak vetonya menentang keputusan untuk mengiktiraf wilayah Palestin jika Israel membekukan penempatan penduduk Yahudi di sesetengah kawasan di Tebing Barat hanya untuk 3 bulan.
Pegawai itu menambah bahawa hasrat itu akan menjadi sebahagian daripada pakej yang telah ditawaran kepada Israel oleh AMerika, termasuk memberi jaminan akan mengekalkan sokongan tentera ke atas negara dalam kawasan itu dan akan menentang semua usaha antarabangsa untuk mengharamkan negara Israel
Petikan tersebut di petik dari sini.
Merujuk kepada berita di atas, nampaknya USA akan mula menggunakan segala kekuatan yang ada untuk membela israel.
Baca pula berita bawah ini yang dipetik dari sumber yang sama ;
Yayasan Warisan dan Kepentingan al-Aqsa berkata bahawa Majlis Pembinaan dan Perancangan Israel di Jurusalem dengan sebulat suara meluluskan projek membina jambatan ketenteraan antara Dataran al-Buraq dan Pintu al-Maghariba di al-Aqsa.
Pelbagai akhbar berbahasa Hebrew memaparkan pengumuman kelulusan projek ini di mana majlis itu berkata bahawa ‘projek ini selari dengan polisi Israel dalam menyatukan Jurusalem di bawah jajahan Israel’.
Plan asas jambatan itu menunjukkan bahawa jambatan itu amat besar sehinggakan mampu digunakan oleh beribu penduduk Israel untuk melintas jambatan itu sekaigus ke dalam kawan Masjid al-Aqsa. Jambatan itu juga boleh digunakan untuk memindahkan tentera dan kenderaan mereka jika mereka bercadang untuk menyerang al-Aqsa.
Syeikh Ra’ed Salah, ketua pergerakan Islam, telah memberi banyak amaran tentang pembinaan jambatan itu sebelum ini, iaitu pertama kali apabila rejim Israel mula memusnahkan Pintu al-Maghariba.
Yayasan al-Aqsa memberi amaran dalam kenyataanna pada rabu bahawa projek ini menunjukkan Israel mempunyai niat jahat terhadap al-Aqsa dan merayu agar negara Arab dan Islam untuk bergerak menyelamatkan Jurusalem dan al-Aqsa sebelum ia terlambat.
Apakah perasaan kita selaku umat islam ketika membaca berita ini? Sekadar sedih, selepas itu meluahkan rasa geram, maki hamun kepada israel? Baik tak payahla, kalau itu tindakan anda. Buang masa! sumpah seranah sahaja tidak akan membuahkan sebarang hasil. Adakah mereka akan mendengar makian kita? Mereka tidak peduli. Mereka tidak kesah.
Kita sebenarnya terdesak. Kita terdesak agar pemimpin-pemimpin islam kita untuk mempedulikan isu ini. Kita kena desak mereka. Kita kena paksa mereka. Dengan segala kaedah yang ada.
Kenapa kita perlu peduli? Sebab masjid Al-aqsa adalah tempat bersejarah bagi umat islam. Baca sini dan sini untuk info lanjut bagi memahami betapa bersejarahnya masjid tersebut buat umat islam di seluruh dunia. Di sebabkan itulah kita kena sedaya upaya memastikan pemimpin-pemimpin kita sedar bahawa kerjasama malaysia-usa hanya akan menguntungkan israel. Ini terbukti melalui penglibatan APCO di malaysia. APCO dimiliki oleh orang israel. Malaysia menyalurkan rm77 juta kepada APCO sebagai bayaran atas khidmat nasihat.
Apakah najib sudah tidak mampu lagi mencari rakyat malaysia yang boleh memberikan khidmat nasihat / perunding kepada ekonomi dalam negara? Membina imej negara bagi mendapatkan pelaburan? Ya, betul. Kita perlukan pelaburan dari luar negara. Tetapi kebergantungan kita kepada pelaburan luar negara tetap tidak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa yang panjang. Sepatutnya kita mencontohi jepun dan korea. Daripada kita sibuk mencari pelabur untuk melabur dalam negara kita, kenapa tidak sahaja kita menjadi pelabur kepada product-product tempatan? Rakyat malaysia ramai yang bijak pandai. Apa yang kurang kini ialah peluang dan kenyakinan. Bila peluang tiada, maka tiada la keyakinan bahawa mereka boleh pergi jauh. Peluang dan keyakinan penting untuk mendapatkan modal.
Oleh itu, kenapa najib masih lagi tak nampak bahawa daripada memberikan kilang coke peluang untuk buka kilang di malaysia, lebih baik dia bagi peluang yang sama kepada HPA. kita ada product tempatan. Kita ada jenama sendiri. Kita ada semua pakej. Kita cuma mahukan peluang. Peluang yang najib tak mahu beri kepada kita sebagai orang islam. Dia melihat 1 billion adalah angka yang sangat besar. Tetapi kita melihat 1billion ialah angka yang berdarah. Dengan angka-angka ini kita membunuh dan menindas umat islam palestine. Setiap satu hirup coke yang kita minum, seperti kita meminum darah anak-anak muslim palestine.
Secara tidak langsung, kita inilah faktor-faktor penyumbang kepada penderitaan palestine. Agenda israel untuk meruntuhkan masjid Al-aqsa semakin pasti. Ini kita kena prihatin. Ini kita kena ambil tahu. Kita kena ambil peduli. Kita mesti bersatu. Kita umat islam. kita bukan umat parti. Kita bukan umat umno atau umat pas. Kita tidak hidup dengan parti. Kita tidak mati dengan parti. Kita lahir atas ehsan Allah swt. Kita hidup berlandaskan islam. Suka atau tidak, umno kena singkirkan apco dan kena menjarakkan hubungan dengan usa daripada segi ekonomi. Kita tidak peduli tentang parti. Kita mahu peduli pasal islam. Jika pemimpin-pemimpin kita masih angkuh, maka umat islam di malaysia akan terus berpecah belah. Umat islam di malaysia bukan semua nya tulen. Ada yang fasiq, ada yang munafiq. Tak lupa ada juga yang riddah (murtad). Ini belum masuk ajaran sesat. Ini belum masuk ajaran islam yang diserongkan. Berpuak-puak dan berkumpulan. Masing-masing menegakkan masing-masing adalah betul.
Segala jentera yang ada tidak berfungsi. Jakim tidak berfungsi. Majlis fatwa tidak berfungsi. Mahkamah syariah juga tidak berfungsi. Penganut islam juga hampir tidak berfungsi. Tidak berfungsi kerana kecewa. Dan kecewa itu memakan umat islam di malaysia. Tetapi sampai bila kita harus hidup dengan kecewa? Kita umat islam di malaysia sudah penat.
Mungkin kita perlu cara baru. Strategi baru. Rentak baru. Kita masing-masing keluar malaysia. Negeri-negeri yang mahu menjadikan islam sebagai asas pentadbiran dan perundangan, kekal dalam satu negara. Negeri-negeri yang enggan, kekal dalam negara yang lain pula. Perlu memecahkan negeri jika mahu menyatupadukan umat islam. Malaysia islam dan Malaysia sekular nama negara baru. Yang mahu pelacur, yang mahu zina dan yang mahu makan darah palestine boleh hidup di bawah pentadbiran malaysia sekular. Yang mahu Allah swt, yang mahu islam, yang mahu akhirat dikenali sebagai malaysia islam.
Berjuang menentang israel dan USA adalah kerja berat. Masa dan strategi diperlukan. Menjadi pemimpin negara islam bukan kerja mudah. Kesabaran dan kepandaian dalam membuat keputusan mesti wajib ada. Iman dan ilmu mesti seiring. Oleh itu, masa untuk kita berpecah belah tidak patut wujud. Kita pecahkan negara kita. Kita pecahkan pentadbiran kita. Adakah Umno setuju? Adakah BN setuju? Adakan PR setuju? Saya yakin PAS akan setuju.
Ameno : Saya sudah muak.. sudah muak makan daging dan minum darah penduduk palestine.
15 ulasan
ranapkan saja semua berhala dan rumah ibadat didunia
semuanya penipuan dan hanya menerbitkan sifat hasad
bila tiada lagi agama didunia ini lebih bagus
apa sedare merepek ni? bila tiada agama didunia lebih bagus?
masalahnye skrg manusia x praktik agama... tu sbb dunia porak peranda
kepada anonymous..kita hidup bukan untuk menongkat langit..kita tak hidup untuk selamanya..tidak logik sekiranya kita diberi kehidupan di dunia ini tanpa tujuan..atau sekadar untuk belajar, bekeluarga dan mati..semetinya kita akan ditanya semula tentang perlakuan kita..bukakan mata anda..lihat..perhatikan...semua nya telah diatur..oleh Yang Maha Kuasa..
Burhanudin kamu buta
911 itu orang praktis agama
afghanistan orang praktis agam juga yang membunuh wanita hanya kerna tak pakai tudung
di saudi yang wanita dihalang bawa kereta juga beragama
pergi ke Sweden dan Iceland
lihat jumlah jenayah berat..
Sweden dan Iceland.. 2 negara paling tinggi peratusan atheist
negara paling aman tenteran..
kemudia kita ke timur tengah.. negara islam
lihat bagaimana keadaannya? somalia? Sudan? Iraq? Iran?
Palestin?
Israel?
Chehnya?
Semuanya orang ada agama punya kerja
tiada agama lagi baik
bonggok mne yg wat statement mcm ni...duk pantat neraka la kau selama-lamanya..
pada anonymus.........
kamu lg buta, kamu x lihatkah video reopen 9/11, pelakunyer adalah kerajaan USA itu sendiri, bukan islam, kalau tiada agama, manusia tidak akan ade pantang larang, mereka boleh buat sesuatu yg melampaui batas.... nama islam rosak sebaba media USA seperti CNN.........
to the first Anonymus..
just 2 things..
firstly,not having a religion is just "another kind of religion"..in the end, you are just making one for urself..hehehe
the other thing is, do you acttually think that destroying religions are gonna swept away sadness and suffering?
I thought most of the wars that happen though history arent always
because of beliefs...most of just because of human's greed on wanting more and more power and wealth...just like in the mechanical revolution era..and us,malaysians have suffered from those greedy bastards..
seriously,will destroying all religions take away any suffering?
senang cerita kita bagi contoh yang orang buta pon boleh tahu. bila kita pergi sekolah, kita kena patuh peraturan sekolah, kalau masuk library pon kena patuh peraturan library, pasal apa agaknya kita kena patuh peraturan2 tu agaknya kan? pasal kalau hidup ni tanpa peraturan dunia ni akan jadi porak peranda, sekolah boleh jadi macam funfair, library pon boleh jadi macam pasar malam. kebanyakan peraturan2 yang dibuat dekat dunia ni semuanya hadir dari agama yang kita anuti. agama itu bukan setakat kepercayaan yang kita perlu ikut tetapi juga sebagai panduan atau peraturan yang kita kena ikut. saya tak rasa atheist tu bagus kerana peraturan berdasarkan otak manusia semata2 amatlah terbatas....macam kata Albert Einstein, kita cuma pakai 10% sahaja otak kita untuk berfikir...
peace no war
kate jgan sebarang kata..salah kata teros murtad..jgan maen2 dengan kata2 ni..jgan wat2 tunjuk pandai,sbb makin jelas kebodohan n kejahilan kita..sape kate xder agama lg bgos tu, sememangnyer da murtad(tu klu dia islam la..klu dia kapir, xder istilah murtad ni) klu xtahu bab2 agama, dia itu lebih bek..lembu bodoh
tak sangka ada juga org yg x faham agama berlagak seperti pandai agama....
nie kepada saudara yg x mahu ada agama,saya x mahu ckp psl agama lain,saya hanya mahu cakap pasal agama Islam...
utk pengetahuan saudara,Islam merupakan 1 cara hidup,bukan sekadar "agama" yg hanya dianuti...
jika manusia tiada cara hidup,mcm mana nak hidup?pernah kaji Al-Quran?tahu apa yg dimaksudkan dgn CARA HIDUP?
Kepada sesiapa yg sedang mengikuti perbincangan di blog ini sila berhati2 dan JANGAN MUDAH TERPENGARUH dengan komen2 yg berunsur hasutan. Bagi sesiapa yg baru ingin belajar tentang Islam, rujuklah terlebih dahulu kepada mereka yg benar2 memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Mohon petunjuk dari ALLAH SWT supaya ditemukan dengan insan2 yg benar2 dapat membimbing kamu dalam mempelajari Islam. Tetapi perlu diingat, jgn terlalu harapkan respon yg cepat kerana ALLAH SWT maha mengetahui apa yg kamu tidak tahu. ALLAH SWT maha mengetahui sejauh manakah keikhlasan kamu untuk mendalami Islam dan telah menyediaka balasan yg setimpal ke atas mereka yg menolak kebenaran2 yg telah ditunjukkan olehNYA di muka bumi ini.
kepada athis: manusia dijadikan secara fitrah nya beragama..fikirlah tentang kejadian alam..seperti kejadian siang dan malam..segala isi langit dan bumi..ada jawapannya selagi saudara menggunakan akal fikiran yang waras dan tanpa mengikut hawa nafsu semata2.semoga saudara mendapat hidayah.
Si anonymous (seolah2 pengikut atheist) seolah2 sudah putus asa dalam kehidupannya, sedangkan dunia ni hanyalah sementara, kita ibarat musafir singgah sebentar ke alam dunia sebelum melngkah ke alam yang kekal abadi iaitu akhirat, percayalah setiap yang bernyawa pasti akan mati dan kita semua akan mati..ke manakah kita selepas ini? yang berfahaman atheist ke manakah anda selepas kamu meninggal dunia? syurga dan neraka itu haq..dan setiap orang pasti menerima balasan yang setimpal atas perbuatan mereka sendiri..fikir sejenak, kat mana kita selepas ini? ke syurga atau ke neraka? mudah2an Allah s.w.t memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua termasuk anonymous..Amiin..dunia hanyalah sementara..ingat tu
Di manakah pengikut2 atheist akan dikebumikan setelah meninggal dunia kelak? nauzubillahiminzaalik..ke manakah mereka akan pergi? sesungguhnya mereka yang kafir Allah janjikan seksaan yang amat keras, dan semua makhluk melaknat ke atas mereka..sesungguhnya mereka akan menjadi kayu bakar api neraka untuk membakar org2 yg membuat dosa..tiada pengampunan buat mereka sesudah mereka mati..amat rugi serugi2nya..masyaAllah..
hidup x der agama hidup meraba raba dalam kegelapan.....ader otak tp xder akal.
Catat Ulasan