t>

Breaking News

Senator MCA Melampau tolak adik ipar TBH!!

Adik ipar TBH sebenarnya telah dikasari oleh salah seorang ahli MCA dalam satu majlis di galas ketika mereka berkempen bagi pihak BN baru-baru ini. Saya tidak pasti la kenapa adik ipar TBH ditolak oleh ahli mca tersebut, sebab adik ipar tbh yang bernama Soh Cher Hai cuma nak minta tanda-tangan je daripada senator MCA bagi menubuhkan siasatan diraja untuk menyiasat kes kematian abang ipar nya Teoh Beng Hock yang mati ketika dalam tahanan SPRM. Salah ke? Sudahlah tak dapat tanda-tangan, ditolak lagi. Konon nya nak jumpa di majlis yang lain (alasan senator terbabit bila kes ini dah terbongkar), malahan ada juga cakap-cakap dari mca yang mengatakan mereka (kumpulan keadilan utk TBH) mengangu majlis MCA. 

Ganguan macam mana dan ganguan seperti apa? Sejurus selepas ditolak, mereka (kumpulan ini) beredar la dari majlis tersebut, tetapi tiba-tiba pula mereka ditangkap oleh polis. Baca sini. Tidak kah itu menimbulkan keraguan yang munasabah? Alahai nak suruh tandatangan pun bukanlah kerja yang susah. Tak sampai 5 minit pun kalau ikhlas nak membantu kan? Yelah, bukan ahli keluarga dia yang mati sebab tu la mereka (MCA) neh tak kisah dan tak peduli. Lagipun, TBH juga dikatakan mencekik diri sendiri oleh peguambela bagi SPRM. Haiii.. orang dah nak pergi daftar kahwin sehari sebelum kematian, apasal la orang nak bunuh diri sendiri? Lagipun mendiang tak sabar-sabar nak tunggu kelahiran anak sulungnya, takan la bodoh-bodoh nak bunuh diri sendiri? Sudah tentula dalam kes ini kita tahu bahawa mendiang dibunuh. 

1. Atas sebab apa mendiang naik ke atas bumbung?

2. Atas sebab apa mendiang SPRM beria-ria mengatakan TBH bunuh diri nya sendiri?

3. SPRM boleh sahaja mengangap itu adalah satu kemalangan ataupun pembunuhan yang berlaku di bangunan SPRM kan? Meskipun demikian, tak bermaksud SPRM terlibat. Tetapi SPRM dilihat cukup risau, dan cukup takut sehingga tegar dan tergamak mengatakan bahawa TBH bunuh diri.. dalam laporan autopsi yang pertama. Ini adalah satu penganiayaan kepada mendiang TBH. Malahan lebih melampau bilamana peguambela bagi SPRM mengatakan ada nota bunuh diri pula. Apa neh SPRM?? 

4. Tidak kah SPRM sedar bahawa kenyataan palsu itu sebenarnya membunuh perasaan ahli keluarga TBH? Mungkin jika ahli keluarga SPRM sendiri dibunuh dan kemudian nya diklasifikasikan sebagai bunuh diri barulah mereka rasa apa yang TBH rasa.. sama seperti aminulrashid, adik kecil yang tidak berdosa di tuduh penyamun.

5. Belajarla menerima dosa sendiri. Rakyat sudah muak dan jemu, melihat pemimpin yang bermuka-muka.

NONE

Ameno : Orang gila pun tak akan tegar nak bunuh diri bila tahu dia bakal kahwin dan bakal dapat anak..

Baca berita lanjut disini

Tiada ulasan