t>

Breaking News

Siapakah wartawan utusan neh?

Pelik betul aku. Bukanlah aku nak kata apa, tetapi perkara neh memang pelik. Bagi memastikan aku tak rasa pelik sowang-sowang kat sini, aku cadangkan kowang baca artikel ini dulu. Bila kowang dah baca, maka kowang pepandaila buat kesimpulan sendiri ya, selepas aku kemukakan satu bukti neh. Apa pun, aku nak petik beberapa petikan daripada artikel tersebut dulu untuk kita hayati bersama.




Dalam isu Ladang Rakyat Limau Kasturi, kerajaan Pas Kelantan telah didakwa melakukan penipuan apabila mereka gagal menempatkan peserta yang terpilih walaupun projek itu telah dilancarkan tiga tahun lalu.


Dalam pertemuan bersama Utusan Malaysia dan Pergerakan Wanita UMNO di kediamannya kelmarin, Rozali memberitahu, dia dan 300 yang lain menerima sijil tersebut dalam satu majlis pada 2007.


Baiklah, persoalan saya mudah sahaja ;


1. Adakah 300 pemilik sijil tersebut gagal mendapatkan apa yang dikotakan oleh kerajaan negeri? Ataupun sebahagian dari mereka sahaja?


2. Adakah kerajaan negeri kata akan membantu mereka secara berperingkat? Ataupun berjanji membantu mereka semua sekali jalan? Yakni, bila seorang dapat tanah, semua sekali akan dapat? Ataupun menawarkan mereka tanah di kawasan yang berlainan bila mendapat kekosongan di bahagian2 tertentu?


3. Adakah kerajaan negeri menawarkan tanah mengikut kekosongan tanah yang ada? Dan mengikut kesesuaian tanah? 


4. Kena fahamla, kerajaan negeri dah membantu mereka secara berperingkat. Ada di antara mereka yang enggan berpindah bila mendapat tahu tanah tersebut jauh dari kawasan kediaman mereka. Saya dapat dari sumber yang sahih, yang mana dia terlibat secara langsung dengan isu ini.


5. Ada juga yang enggan berpindah setelah merasakan tidak sanggup berpisah dengan kediaman yang mereka duduk kini. 


6. Jangan sampaikan berita separuh-separuh, saya percaya rakyat tidak suka.


Dan kowang tengoklah gambar kat bawah neh yang didapati dari sini. (Sumber ehsan, misteri, terpaksa dirahsiakan atas keselamatan diri dia) Neh la bukti yang aku sebutkan tue. Kenapa wartawan neh sibuk nak bergambar dengan pemimpin umno?


Siapakah gambar di atas? Gambar di atas ialah wartawan utusan yang menulis artikel ini. Sila lihat ini dan iniIni bermaksud wartawan tersebut adalah proksi kepada umno sekurang-kurangnya. Oleh itu tidak hairanlah kalau artikel dia di atas mengutuk PAS. Maka tepatlah saya katakan bahawa kini terbukti utusan malaysia adalah dimiliki oleh UMNO. Sebagai rakyat marhaen, saya mengesa utusan tukarlah nama nya kepada utusan umno. Jangan perasan kamu memaparkan wadah berita untuk rakyat! Kamu hanyalah pengampu tegar yang memaparkan wadah dan berita perjalanan serta kebaikan umno dalam masa yang sama kamu selindungkan keburukan umno! Berhenti menipu rakyat ataupun berhadapanlah dengan balasan Allah swt. Ingatlah, bahawa Allah swt tidak pernah berhenti MELIHAT!


Ameno : Benci betul bila baca artikel2 berat sebelah macam neh..

3 ulasan

puteriikhwan berkata...

saya atas pagar ye..tapi memang utusan antara paper yang banyak memanipulasi fakta....takpela, dia tahan api neraka sbb tulis ikut akal, bukan ikut iman!

me berkata...

dh memang umno punya.. takan nk citer ttg kehebatan pas plak apa raaa...lagipon kat utusan tu ada penasihat agama konpom la dewang dh standby utk kemungkinan ke sana... hahaha...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Okey aku faham dah so tak perlula nak menipu rakyat lagi. pekata terang terangan tulis wadah berita umno. huh senang beb