Syabas ketua audit negara kerana berani..
Dibawah ini adalah sesi interview ketua audit negara 2009 dengan malaysiakini. Andai negara kita dipimpin oleh mereka yang adil, jujur dan berani bersuara, saya yakin malaysia mempunyai masa depan yang cerah.
Sila baca petikan berita ini ;
Apabila Laporan Ketua Audit Negara 2009 dikeluarkan minggu lalu, pelbagai kepincangan dalam perkhidmatan awam yang membabitkan wang rakyat oleh kerajaan didedahkan.
Daripada papan tanda menunjukkan arah tandas berharga RM871 yang dibayar oleh Majlis Perbandaran Bentong hingga projek tergendala yang menelan kerugian perbelanjaan jutaan ringgit - tidak ada yang terlalu kecil kepada Jabatan Audit Negara.
Di sebalik pendedahan semua itu, kekuatan dan teraju di belakangnya tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Audit Negara sendiri - Tan Sri Ambrin Buang.
Pejabatnya di Putrajaya bertimbun dengan kenyataan kewangan negeri-negeri, kementerian dan agensi kerajaan yang sesetengahnya membabitkan pelbagai bayaran yang 'agak merapu' pernah disaksikan.
Buat kali pertamanya, Malaysiakini berjaya menemubual Ambrin, baru-baru ini di mana beliau bercakap mengenai campur tangan politik, kakitangan awam dan bahaya kesihatan pekerjaan.
Berikut petikan temuramah itu.
S: Jadi, bagaimana proses audit setiap tahun?
J: Terdapat tiga jenis audit atau laporan yang perlu diterbitkan, audit pembuktian atau pengakusaksian, audit pematuhan dan audit prestasi.
Dalam audit pengakusaksian, ia berhubung kenyataan kewangan oleh badan berkanun atau syarikat kerajaan disediakan mengikut piawaian perakuana. Jika ia menepati piawaian, mereka diberikan sijil bersih. Jika tidak, mereka mendapat sijil layak tetapi ada yang beranggapan ia sebagai teguran.
Jika anda mendapat hanya sijil layak, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan cara akaun disediakan.
Jadi bagaiamana projek-projek dipilih?
Kami mengambil banyak perkara untuk pertimbangan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan lombong pasir (kedua-duanya dimuatkan dalam laporan 2009). Perkara ini adalah kepentingan umum. Meskipun media membuat siasatan sendiri, kami juga menjalankan penyisatan sendiri. Mungkin kami meliputi perkara yang tidak diliputi. Kami cuba berlaku adil tetapi menjalankannya secara rawak. Ada kalanya kami mendapati panggilan dan cadangan untuk siasatan.
Bagaimana pula kes yang menjadi tajuk utama seperti kes enjin jet yang hilang dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang juga muncul tahun lalu?
Seperti enjin jet, ia dilaporkan dan disiasat oleh polis dan Jawatankuasa Kira-kira Awam. Oleh kerana sudah ada orang menyiasat, biarkan mereka kerana sesetengah siasatan itu memerlukan kaedah forensik.
Ia adalah tindakan jenayah. Bila sesetengah benda hilang, kita kena maklumkan kepada polis. Jadi ada perkara yang mereka dilengkapi dengan baik untuk menjalankan tugas, jadi mengapa membazir sumber tenaga saya?
Kita tidak membuat andaian. Kita tidak anggap seseorang itu bersalah hanya kerana seseorang membuat tuduhan. Kita tidak bertindak cara itu. Setiap perkara mesti disiasat oleh pihak berkecuali. Seperti 'barang' Kementerian Pertahanan, ia mesti disiasat oleh polis.
Ameno : Ketua audit negara pun mengakui ada campurtangan politik. Bila sebut campurtangan politik kita patut tahu dengan tepat siapakah 'tangan-tangan ghaib yang gemar campurtangan tue' kan?

1 ulasan
he alway say membetulkan yg biasa dan membiasakan yg betul.,
Catat Ulasan