t>

Breaking News

Terkini! Umno kantoi di galas..

Ini ada beberapa informasi tentang keadaan di galas buat masakini. Antara salah satu informasi yang saya terima, ianya agak PANAS.. WOW!! Panas! Panas! Panas! Baiklah saya akan kemukakan beberapa informasi mengikut suhu kepanasan informasi tersebut.. hahahahha..


Berita panas yang pertama ;



Nampak gambar ini? Ianya di tangkap oleh rakan saya ketika berada di galas untuk berkempen baru2 ini.
Persoalan nya ialah siapa yang menurapkan jalan yang masih elok ini?


Berita panas yang kedua ;


- Konon nya, BN telah mengumpan pengundi dengan wang rm1,000 dan sebuah peti television.


- BN juga telah menyumbangkan wang rm100 + susu + milo pada rakyat di galas di bawah kementerian Kementerian Pembangunan Dan Keluarga. Saya tak kata salah, jangan salah faham. Cuma saya nak tanya, jika BN menawarkan perkara sedemikian kepada rakyat, atas sebab mahu membantu rakyat miskin, maka apa salahnya pas membiayai rm250 setiap pengundi yang bakal pulang untuk mengundi di galas? Jika ini mampu meringankan beban mereka?


- Adakah kes di atas sepatutnya termasuk dalam cubaan memberikan rasuah ataupun tidak? Tolong berikan penjelasan la.


- Penduduk di batu sapi juga telah ditawarkan kerakyatan percuma oleh BN. WOW! Apa maksudnya? Bolehkah mereka yang tiada kerakyatan mengundi di batu sapi? Ataupun adakah BN sangka bahawa pengundi akan memangkah BN semata-mata utk BN memberikan kerakyatan percuma kepada warga asing?


Berita panas yang ketiga ;


Menurut satu sumber yang saya terima ;



Kisah penipuan Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Gombak,Mohd Fairus.Beliau telah bernikah untuk kali yang ke-2 di Selatan Thai pada 1hb Oktober 2010 tanpa pengetahuan isteri yang pertama hingga sekarang.Beliau juga memegang jawatan di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kampus Cheras,Kuala Lumpur.Perkahwinan itu juga belum di daftarkan di Malaysia,kerana terlalu sibuk berkempen di Galas.
Harap Maalum.
Ini adalah petikan mesej yang saya dapat. Pemberi maklumat mohon dirahsiakan kerana bimbang keselamatan diri.


Persoalan nya ialah 


- Kita tidak mahu peduli, jika dia mahu bernikah 2 kali, tiga kali ataupun empat kali samada dia layak ataupun tidak layak itu adalah urusan peribadi dia. Bukan urusan kita. Tetapi kenapa dalam pada mereka (Umno) sibuk berkempen mengatakan Calon pas kena tangkap basah sampai merahsiakan perkahwinan dan tidak mendaftarkan perkahwinan tersebut di malaysia, mereka tidak fikir ini adalah salah satu isu peribadi yang tidak patut diketengah sehingga akhirnya mereka terbukti telah menyebarkan fitnah dan akhirnya minta maaf?

- Bagaimanapun, calon pas sering dikaitkan dengan ubat kuatlah, kuat nafsu la dan suka kahwin banyaklah, rupanya dalam umno pun ada juga yang kahwin 2,3 orang..


- Lainkali nak kutuk orang, cerminlah diri sendiri dulu. Saya tidak berminat dalam urusan peribadi dia. Saya kira, itu adalah hak dia samada dia mahu berkahwin empat sekalipun.


- Saya terpaksa hitamkan nama dan tempat dia berkerja bagi memberikan laluan kepada dia untuk menyelesaikan masalah peribadi dia. Walaubagaimanapun, sesama islam kita kena bersangka baik.


Ameno : Paling tak suka bila sentuh isu peribadi, sebab peribadi kita pun tak secantik mana..

Tiada ulasan