t>

Breaking News

Ya ampun.. yang bawa sosej babi ke sekolah ialah muslim!!

Terkejut aku baca blog ahli parlimen cina mualaf Dr. Khalid Idham Lim.. Korang baca petikan neh yang menceritakan apa yang berlaku di parlimen hari ini ;





Insiden bermula apabila Zulkifli membangkitkan isu seorang pelajar dirotan akibat membawa sosej babi yang dimasak oleh ibunya, ke sekolah dalam satu kes yang berlaku di Kuching.Zulkifli juga mendakwa bahawa bapa pelajar berkenaan beragama Islam dan semestinya anak tersebut juga seorang Islam.

Justeru, tidak wajar bagi seseorang Islam membawa makanan haram ke sekolah.Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.



Nak baca petikan penuh klik sini

Aku taknak komen pasal politik ke apa, aku cuma nak ulas isu neh sebagai seseorang yang beragama islam ;


1. Rupanya bapa budak itu orang islam


2. So budak itu orang islam gak.


3. Ibu budak tue bangsa apa? agama apa pula? Neh kes kahwin tapi masing2 jalani agama masing2 ke? (sekadar nak tahu aje)


4. Kenapa ibu budak tue masakkan sosej babi (tak halal) sedangkan dia patut tahu anak dia tak boleh makan?


5. Apa status hubungan ibu-bapa budak neh? Bercerai ke, masih suami-isteri? Kalau dah murtad.. takan takde tindakan? Tak bolehla keluar masuk islam sesuka ahti..


6. Budak neh kesian dia, malang.. jadi mangsa di rotan. Mungkin dia tak tahu kot babi tue haram? (cuma bersangka baik meskipun aku rasa mustahil)


7. Macam mana kes neh boleh kecoh? sapa tahu dia bawa sosej babi? budak yang kena rotan neh ke yang bising kat member2 dia? lepas tue member2 dia mengadu kat cikgu ke? aku tak faham, kalau betul budak neh bawa makanan tak halal ke sekolah, memang tak patut la. Tapi dia neh muslim.. lagi2 tak patut.. aku rasa sedih la


8. So apa masalahnya kalau budak neh kena rotan? Budak neh mmg bersalah sbb bawa makanan tak halal, kalau dia non-muslim aku rasa patut bagi warning je la. Aku rasa patut siasat lanjut pasal budak neh.. takut2 dia ter-murtad. aku bukan nak tuduh tapi bimbangla, kita concern la dengan mereka jgn salah faham.


9. Apa pun aku rasa isu neh patut diperhalusi lagi. Ahli politik bukan islam tak payah campurla isu orang islam, aku kena cakap neh pasal apa, korang bukan islam so korang tak tahu apa2 pasal islam, better keep quite.


Aku dapat beberapa sipnopsis cerita daripada carian di internet. Ramai tak tahu budak neh orang islam. Mereka ingat bahawa isu neh isu kecik. Budak darjah 4 bawa babi ke sekolah. So, automatik kita akan ingat budak neh orang bukan islam. So memang la tak patut kalau budak darjah 4 bawa makanan babi ke sekolah, di rotan kalau dia non-muslim, sepatutnya bagi warning cukuplah. Tapi kita silap, sebab isu sebenarnya budak neh dirotan sebab dia orang islam. Ramai tak jelas sebab itulah timbul salah-sangka.  Yang paling kurang ajar, mak budak tue, siap buat press conference, bagi kita salah sangka.. apa ke bebal mak budak tue, anak dia owang islam la, dah bapak budak tue islam.. jangan suka2 nak memurtadkan budak tue pula bodoh!! Memang la ko mak dia, tapi semasa ko lahirkan dia, dia dah lahir sebagai seorang islam sebab berbintikan bapa dia .. apa la nak jadii.. aku keliru.. kenapa islam jadi macam neh kat malaysia??


Lagi satu aku nak betulkan persepsi serong terhadap PAS. Isu disini ialah PAS tidak membela budak tersebut membawa sosej babi ke sekolah. Ini adalah disebabkan mak budak tue mengaku kat media dia adalah orang bukan islam. Kalau ko diberitahu bahawa ko kena bantai sebab bawa babi ke sekolah, sedangkan ko bukan islam, mestilah kita rasa aik.. tak patutlah.. patut bagi warning sudahlah, tak pun pada mereka yang bukan islam makan senyap2 sudahlah tak payah la kecoh2 ke kawan2 yg mereka bawa sosej babi. Kesian juga dengar budak darjah 4 kena rotan. Tapi, bila dapat tahu budak itu ialah orang islam, so persoalan lain pula timbul. Tak patutlah la mak budak tue buat press conference mengaku bukan islam padahal dia murtad terang-terangan, tak segan silu pula masakkan babi untuk murtadkan anak dia sekali. Mana boleh macam tue. Nasib baik anak dia citer ke kawan2 dia yang mak dia masakkan sosej babi. Mungkin anak dia pun serba salah nak makan sebab tue dia citer kat kawan2 dia. Yang cikgu pula mungkin salah faham then rotan budak tue. Apa pun, mak budak tue yang patut dihukum. Bukan budak tue. PAS sama sekali tidak membela mana2 budak islam yang mahu memakan apa jenis makanan haram.


Ameno : Kita bersaudara meskipun berbeza ibu-bapa.. dia (budak itu) saudara kita kawan2.. saudara seagama.. kita kena tolong dia untuk kembali ke jalan yang sepatutnya..

10 ulasan

Anonymous berkata...

kenapa "ni" jadi "neh" mengganggu pembacaan betullah.. bahasa jiwa bangsa

Anonymous berkata...

hmm..apa yg boleh diperkatakan..kemungkinan semasa membeli sosej itu, ibu bapa dia jahil sampai x perasan yang sosej itu sosej babi( sangka baik)..mungkin sosej itu nampak besar, sedap dan murah..(sekarang ini,isu halal haram sangat2 mengelirukan pengguna islam)

apapun, kesalahan patut di tanggung oleh ibu bapanya..anak yang berumur 10 tahun belum akhil baligh tak tahu apa-apa





-F-

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

dEngar citer mak budak tue yg mengaku dia bukan islam.. baca kat internet nanti aku kasi link.. so seme owang ingat dia bukan islam.. kalau betul dia tahu dia masak sosej babi, aku ingat budak tue pun takan la citer kat member2 dia sosej neh sosej babi kan? tue la kita sangka baik2 je la.. huhu

Anonymous berkata...

aku xheran hal ni..kalau kat sarawak tu org islam mkn kat kedai cina dah jadi hal biasa..kawin pun sekarang byk yang campur..kawin sebab cinta je..ramai kawan2 aku mcm tu..mak atau bapak asal non muslim..bila kawin tukar agama atas ic je..hidup mcm dulu gak b4 masuk islam..sedih aku tgk..sampai kan ada penah aku gurau dgn kawan aku..aku ckp kat dia" marabbuka@atau siapa tuhan kamu"lau seorang islam mestilah tahu kan benda ni..ada pulak dia jawab..apa tu??pelik aku tgk..ada gak yang citer kat aku..mak bapak dia dari kawin sampai anak dah umo 26 tahun x pnh solat..kesian aku tgk..

anak sarawak berkata...

woi2. jgn prejudis sgt kat org sarawak ni. dan biar betul sikit kalau nk buat post. baca leklok lu berita baru post kaat blog. ini tidak. http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/politics/sabah-and-sarawak/12424-student-caned-for-bringing-non-halal-food-from-home-

budak tu clearly non-muslim, iban. mana dtg cerita die ni bdk muslim plak? pasal ckp org swk islam skang dh makan kedai cina tak usul periksa lagi aku x setuju. kalau stakat dgr2 cerita org, baik x yah. dtg swk sendiri, sama je mcm org islam len. kalo yg convert tu aku x nafikan ade certain2 yg just dasar nk kawen, tp bkn sume. ni yg jd isu dok cakap agama2, tapi sendiri x tau apa bnda sebenar yg terjadi. karang buruk nama kita org islam. pandangan org kat kite nnti pun jd x elok.

mahaza berkata...

Saya rasa budak ni memang tak patut dirotan... mungkin dia penah cerita ngan kawan-kawan dia bapak dia muslim, jadi bila kali ni dia bawak sosej nampak sedap mungkin kawan dia mintak sikit dan dia cakap takleh sebab ini sosej babi... bebudak... naif aje jawapan dorang... masa korang bebudak tak pernah buat macam tu? kawan bawak nasi lemak kerang, korang penah mintak lauk kerang sikit....
Apa pun alasan guru yang merotan agak over the board dan tidak usul periksa. mungkin berpandu kepada borang pendaftaran asal? Kalau dapat borang pebdaftaran tu baru boleh buktikan ibubapa dia memang Islam.
kalau bapak dia pernah di Islamkan kenapa ini berlaku... pernah tahu tak kat Pulau Ketam dulu ramai masuk Islam... takat di suruh masuk Islam tapi la ni tinggal 4 keluarga aje sebab apa? Cara majlis agama banayak kena perbetulkan dahulu ...

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

Bab sarawak apa2 aku taknak campur pasal aku tak pernah pergi sana.. member2 sarawak mmg ramai aku kenal, tapi aku malas nak cakap apa2..

cuma yg cakap budak tue islam ialah ahli parlimen zulkifli nordin. dia cakap dalam parlimen. mak budak tue mmg confess dia non-muslim..so camne plak bapak budak tue leh jadi muslim? dia convert ke islam selepas berkahwin atau sebelum? tue je la persoalan nya..

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

ahli parlimen yg cakap dia owang islam.. ko pun satu baca la link yg aku kasi.. dah sah2 ko tak baca datang sini men tuduh2 lak.. baca bebetul apa yg aku tulis .. pada awal nya aku pun dia budak tue non-muslim.. huhu leh kali sebelum terjah baca bagi habis bro

Anonymous berkata...

kenapa jd kucar kacir mcm tu? huhu
umat islam skrg nie sdg berusaha meruntuhkan agama sendiri ke?
mak bapak budak tu pn , dah jahil jgn lah menjahilkan anaknya sendiri . ada jugak ibu bapa yg mcm nieyh . nauzubillah .apa motif ntah di masak sosej babi bg anak dy makan . mmg nak cari publisiti kot . kajian saintifik sendiri dah buktikan yg daging babi nieyh x da bwk kebaikan pun . hmm .. mnusia , mcm2 ragam .

Anonymous berkata...

nape quiet jadi quite? hehe
gurau je bhai..jgn amek ati..