Hebat!! Login facebook dapat RM500 dalam masa 15 minit sahaja!!!
WOW! Login facebook dapat rm500? Ya. Saya tahu ramai yang tak percaya dengan kata-kata saya. Malahan akan ada yang menuduh saya mengarut, menipu, dan cuba memperbodohkan orang melayu. Nanti dulu kawan-kawan. Sabar dulu. Lihat testimoni ini dulu. Lepas dah lihat barulah komen. Jangan suka terjah dan sangka buruk tak tentu pasal.
Cara-cara nak dapatkan rm500 itu mudah sahaja. Hanya satu step yang diperlukan. Iaitu hanya perlu login facebook. Tak perlu keluar modal satu sen pun. Cuma perlu keluarkan duit rm500 je. heh. Dasat bukan? Lihat testimoni di bawah. Ini adalah testimoni dari individu yang dah dapat banyak-banyak ratus hasil dari login facebook dapat rm500.
Dasat ke tak dasat tue kawan-kawan? Dasat kan. Banyak kan duit yang mereka dah raih hasil
dari mengikuti sistem login facebook dapat rm500. Product yang baik memang memerlukan testimoni. Kalau takde testimoni tue, sah-sah product tue penipu!
Step dia senang. Korang tak perlu perah kepala hotak nak cari downline. Easy beb, easy. Apa perlu korang buat ialah tipu kawan-kawan terdekat. Alamak, member sama member takan tak percaya kot. Betul tak? Rm500 apa lah sangat kan? Bagi mereka yang berminat, korang kena follow step di bawah. Kalau nak rm500 dapat masa 15 minit, korang hanya perlu usaha, doa dan tawakal, ikut testimoni kat atas tue. Heh.
1. Mula-mula korang login facebook.
2. Lepas tue korang cari facebook aku.
3. Kat dalam facebook aku ada terpapar beberapa gambar duit dengan beberapa title login facebook dapat sebillion, login facebook dapat sejuta, login facebook dapat seribu, login facebook dapat seratus, tapi korang hanya perlu cari title login facebook dapat rm500.
4. Lepas tue kat situ ada no acc aku, ala kalau nak senang amek neh. Bank-ikut-suka-aku
no acc - 44444-4444-4444 lue kena tipu wa kaya.
5. Then terus masukkan rm500 dapat acc aku. Cepat2 taw.
6. Dah masuk inform aku terus. kat dalam inbox.
7. Lepas tue nanti aku kasi la ko tahu plan marketing dia.
8. Plan marketing dia macam kat atas neh gak, ko hanya perlu copy paste dan sebarkan kat wall ko. Mereka yang berminat suruh dorang inbox ko privately. Plan neh kena kasi secret2.
9. Kang ramai yang tahu, susah kita nak tipu orang beb.
10. Hasilnya ko dan aku sama2 kaya, yang lain plak terus jadi bodoh. Kan best macam tue.
Dah tak payah lah risau, kalau ada member-member ko cakap, neh skim piramid ke?? Skim cepat kaya ke? Skim segala skim ke, ko tak payah buang masa layan dia. Mereka tue jenis tak cerdik akal. Akal menipu mereka terhad. Susah kita nak communicate dengan orang macam neh. Korang hanya perlu tunjukkan dorang benda neh je. Tengok bawah, copy paste gambar neh dan upload kat wall facebook masing2
Nampak tak gambar segi tiga kat atas neh? Menurut pandangan pakar psikologi yang aku cedok dari mana-mana blog kat internet neh, mereka cakap orang yang gemar kepada segitiga ialah orang yang mempunyai arah tujuan dan termasuk dalam kategori manusia yang cerdik sebab dia tahu tujuan untuk dia hidup kat muka-bumi neh. Heh. Bagus kan?
Dan sistem login facebook dapat rm500 neh gak ada kena mengena dengan gambar segi-tiga di atas. Kita sebenarnya meng-adopt-kan sistem segi-tiga-emas dalam sistem login fb dapat duit ini untuk jana pendapatan lumayan. Segi-tiga- EMAS. Sebut betul2. Segi-tiga-EMAS. EMAS = duit = login fb dapat rm500. Heh.
Masih ragu2 lagi? Kalau ada di antara korang yang masih ragu2 lagi, aku nak bagitau satu lagi informasi yang hebat. Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Malaysia berada di tangga kedua di bawah US, dalam meraih pendapatan menerusi login fb dapat duit hari-hari. Dasat kan? Hah, kalau nak cakap aku tipu, takan lah ramai yang masuk program neh kan? Betul tak?
Yang paling ramai sekali ialah meleis-meleis yang moden. Yang kerja nya hanya nak duit tanpa goyang tenaga. Kaum lain kat malaysia neh semua tak sehebat meleis-meleis moden. Mereka bodoh2 kerja siang malam cari duit, tetapi meleis-meleis moden hanya perlu perah strategi skill menipu, asah otak pembohong dan terus menciplak wang meleis-meleis yang bebal langsung takde otak nak fikir. Heh. Benda senang pun takley beza.
Dan jika masih ada lagi kawan2 yang dok potpet potpet pasal hukum haram ke, halal ke sistem neh, dont worry sebab ustaz zaharuddin dah pun memberikan sepenuhnya panduan bahawa sistem login facebook dapat duit neh 100% halal, siap ada certificated dari jakim lagi. Jangan was2. Layankan aje sistem neh sebab terbukti halal. Baca link kat bawah neh ;
So, apa tunggu lagi? Cepatlah masukkan duit kat dalam acc aku. Nak duit kena bagi duit dulu lah! Kah kah kah.. kah kah kah.. kah kah kah..
Ameno : Ramai bodoh gila melayu bengok kena tipu.. adoiiii!!
22 ulasan
haha.. ini skim untuk org yg pemalas..
sian kawan2 kene tipu..
sape yg masuk skim ni die cuma pentingkan diri sendiri jek..
sama la macam MLM... sape yg tak sanggup tipu.. kompem akan jatuh klu guna skim camni...
posting yg terbaik! Malaysia tangga ke-2. Ramai2 masuk bagi naik tangga ke-1.
takde jalan mudah utk kaye..
kalau ade kompem menipu..
hahahhaa...
sistem tiga segi?? dah macam iluminati aku tgk..
pyramid la tu 3 segi
Kisah Dongeng Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100
Ali & Abu ialah dua sahabat baik.
Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.
Ali : “Abu…aku ada berita baik ni…”
Abu : “Berita apanya?”
Ali : “Aku dapat iklan ni la…pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki ‘lif ajaib’ dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja…”
Abu : “Wow!…hebat tu…kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu…apa syarat2 dia?”
Ali : “Tak ada apa2 syarat la…bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana…”
Abu : “Apa lagi…jom la…peluang baik ni…”
Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.
Di Kaki Gunung Kinabalu…
Ali : “Yeah…kita dah sampai akhirnya..”
Abu : “Apa lagi…jom kita cari pihak penganjur tu…aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni…”
Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari ‘lif ajaib’ yang di katakan itu.
Ali : “Aduuuhhh!!…apa cerita ni…tak jumpa pun lif ajaib tu..”
Abu : “Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni..”
Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..
Pakcik : “Anak berdua ni…mesti nak cari ‘lif ajaib’ kan?”
Ali : “Ye la Pakcik….Pakcik ke penganjurnya?”
Pakcik : “Pakcik bukan penganjur…tetapi pakcik tinggal di kawasan ni”
Ali : “Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari ‘lif ajaib’ tu?”
Pakcik : “Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung…itu tandanya dia sedang mencari ‘lif ajaib’ yang tidak wujud sebenarnya…”
Ali : “Haaa…tidak wujud…biar betul Pakcik…kami dah bayar seorang RM100 ni…kami tertipu ke?”
Pakcik : “Ya..anak berdua sudah tertipu…’lif ajaib’ hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas…jalan mudah tanpa usul periksa…”
Abu : “Saya dah agak dah…saya memang rasa pelik…tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud…kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni…..hmmm…rupa2nya kena tipu aje”
Pakcik : “Anak2…mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah….kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak…itu semua bukan perkara mudah…kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul…”
Ali : “Hmmm…”
Pakcik : “Ilmu paling penting….ilmu mendaki gunung kena betul…baru awak akan berjaya sampai ke puncak…”
Abu : “Saya sedar sekarang…tak ada jalan pintas sebenarnya…kalau nak mendaki gunung…kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul….”
Ali : ” Hmm…kami bertindak tanpa berfikir…kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul…tiada jalan pintas…”
Pakcik : “Nasihat pakcik…kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni..belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap…pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti”
-Tamat-
Anda mungkin pelik kan…apa benda cerita ini…macam cerita dongeng aje…
Harap tuan blog adalah seorang yg bertanggungjawab, benda yg diiklankan ni tak lain tak bukan hanyalah kaedah untuk mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain, dah keluarkan RM100 mestilah nak kena carik orang untuk cover balik duit tu kan? Kalau ada bank account statement yg tunjuk duit masuk RM100-RM100 tu sbenarnye duit2 orang yg join, you should be ashamed of yourself
hahah 1lg penipu nk wujudkn skim cmni..ape nk jdla mnusia zaman skunk ni..sggup mkn bangsa sndiri plax 2.
kadang2 aku pelik ngan sesetengah melayu 2. takan x faham simple sarcasm dalam ameno world?
4. Lepas tue kat situ ada no acc aku, ala kalau nak senang amek neh. Bank-ikut-suka-aku
no acc - 44444-4444-4444 lue kena tipu wa kaya.
2 kali baca baru aku faham. perli makan dalam. menganjing je kerja ko. terkena aku.
yeah profit!! trolol ;D
nape byk beno anon? hurmm
bang, saya berminat nak join ni bang. nanti saya bank in duit dlm akaun abang ya.
kalau abg berminat pula, saya ada satu lagi skim ni, nama dia 'korek hidung dapat rm100'.sila search dlm fb. terbukti memang ngetop!
baik punye skim nie..hahhaaa
Valuable info. Lucky me I found your site by accident, I bookmarked it.
jesse jackson
ohh pedihh..... memang pedih....
Jom Ramai2 Sertai Skim ini.. usah peduli dgn Ameno ni.. dia kaki dengki...
dlm bahasa bussiness, i partner u, u partner kwn u, kwn u partner kwn2 u and so on..
dlm bahasa simple, i add u, u add kwn u, kwn u add kwn2 u and so on...
kalu dlm bahasa melayu, i kencing u, u kencing kwn u, kwn u kencing kwn2 u and so on...
tak payah peduli dgn propaganda blog ni..
kalu ada soalan, call me, 1-800-5254-5362464 ( sms text )..
lagi satu, bila u dah jd bawah i, u cari la kwn2 utk rekemen jd bawah i lagi... bila ramai dah jd downline i, masyukk la i..
downline u ? cari sendiri la...
hahaha...mmg makan dalam punyer...dah tahu yg skim n haram, masih lg ramai melayu yg mengaku "Islam" iklan skim2 n..duit tambahan la..kipas2 duit la...ubah gaya hidup la..rezeki tanpa disangka2 la..haha..Allah melaknat org yg mengambil keuntungan dari hasil menipu..dapat duit, isi perut, jadi darah daging yg menjadi bahan bakaran API NERAKA...
lagi baik Meniaga Lewat Malam dri join Multi Level Menipu
memang pntang betoi ngn MLM ni!!bila la melayu nk sedar?
MLM...piramid...online MLM...sumer tu lain2 yerrr...
MLM konvensional...walaupon ader yg sah...tp cara ahli2 tarik downline...sy mmg x sukerr...sy pnh join sbb ditipu2...ckp lain...bwk tmpat lain...pastu mengepush smpai x bg org kuar...sy join gak dl...tp biler disuruh cr org dgn g umah org..diajar selok-belok tarik org...mmg x nak buat lerr....x sesuai dgn jiwa ragaku yg mmg suker dok memerap di rumah...
piramid lain...org bwh x kan dpt lbh dr org atas punyerrr...dlm MLM, leh dpt...janji usaha lbh...biase downline dpt lbh...tp byk piramid skim bertopengkan MLM sebenarnyer...
online MLM...samer gak ngn MLM...cume cr org secara on9...for me...dis is gud...sbb x paksa org...kite citer ttg biz...org nk join...x nk join...suker hati lerr....prospek ramai...so, no need to paksa2 kan?
networking besar mmg leh sukses...tp utk besarkan networking tu...amik mase....sometimes cara yg x brp elok...tp itu konvensional MLM lerrr....x jd hal ngn online MLM....
so, saper2 yg x brp tau pasal biz2 cam niii....jgn cepat sgt nk komen2 yerrr....coz sometimes its really funny....tq
Catat Ulasan