t>

Breaking News

Keseronokan yang tak terhingga bila berhasil merobohkan surau.



Merobohkan surau bukan kerja yang senang. Merobohkan surau bukan kerja yang mudah. Sebab setiap kali apabila kerja-kerja perobohan surau berlaku, setiap kali itulah juga ada penduduk-penduduk di kawasan perobohan surau akan meroyan tak senang duduk. Nyampah!!


Semalam sepatutnya tercatat satu lagi sejarah dalam negara bahawa satu lagi perobohan surau akan berlaku akibat perbezaan politik. Nama surau terbabit ialah surau Madrasatul Falah di kampung kerinchi. Madrasatul Falah ini telah melanggar beberapa perkara yang kerajaan pusat tak suka. Dan surau ini terpaksa dihapuskan demi kesejahteraan kerajaan. Jika surau ini dibiarkan hidup dengan aman, surau ini akan subur, berkembang dan membiak ajaran islam yang sebenarnya. Ini yang kita tidak mahu. Kita tidak suka apa-apa bentuk perkembangan ilmu islam yang akhirnya akan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan. Ini yang kita mesti sekat. 



Namun kerajaan telah tersilap percaturan. Saya rasa kerajaan terlalu focus kepada isu liwat sayfool. Saya agak hampa dengan kerajaan yang agak sambil lewa menanggani krisis ini. Sepatutnya kerajaan bom sahaja surau tersebut dan tembak semua penduduk seperti dalam peristiwa memali. Barulah rakyat kecut perut.

Untuk pengetahuan rakyat, pada 2 bulan yang lepas DBKL telah meluluskan peruntukan untuk penambahbaikan surau tersebut. DBKL ialah yang bertanggungjawab membina surau ini suatu masa dulu. Dan kini DBKL juga dipertanggungjawabkan untuk merobohkan surau ini. Surau ini telah berpindah hak milik dan perlu dirobohkan atas nama pembangunan. Surau ini menyemak dan menyibuk. Surau ini menumpang di tanah kerajaan dan menyusahkan kerajaan yang sedang cuba untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

Surau ini juga terlalu ramai pro pembangkang. Surau ini juga mengadakan kelas PASTI dan mengajar budak-budak kecil mengaji, belajar, bersolat dan sebagainya. Ini melanggar peraturan TASKA. Kalau dah miskin, dah takde tempat nak ajar budak-budak kecil neh, tak payahlah sibuk-sibuk nak ajar. Bagi aje lah bebudak kecil neh kat taska KEMAS. Yang PASTI neh suka sangat menyibuk dalam hal-hal pendidikan agama kanak-kanak. Alamakkkk.. lue nak alim, lue alim lah sorang-sorang. Yang lue sibuk ajak bebudak kecil neh kenapa? Selalu sangat menyalahgunakan fungsi surau. Surau tue tempat SOLAT sahaja. Faham? SOLAT. kalau lue nak solat lue pergi surau, kalau nak buat benda len selain solat, pergi tempat lain lah!!



Namun sayangnya campur tangan dari YB PKR yang membosankan iaitu Nurul Izzah mematahkan hajat kita untuk potong kek bila surau tersebut berjaya dirobohkan. Kita mahu potong kek dan bakar mercun bilamana surau tersebut berjaya dimusnahkan sepenuhnya. Ya, ya memang DBKL bersetuju untuk menangguhkan perobohan semalam bukan membatalkan perobohan. Ingat tue penduduk di kampung kerinchi. Korang takan duduk diam dan aman kat situ. Kami akan berusaha keras untuk hapuskan surau tue. 

Mereka juga menuntut satu kawasan baru jika surau tersebut tetap akan dirobohkan. Heh. Satu kawasan baru bermaksud kena keluar duit kerajaan kan? Lepas kerajaan dah keluarkan duit, korang buat base untuk hentam kerajaan kan? Ya, ya islam tulen. Peduli hapa kami dengan semua islam yang sebenar-benar yang korang bawa tue. Kami tak mahu ambil tahu pun. Jika islam berkembang, kerajaan sekular BN akan dijatuhkan. Apakah BN bodoh memberikan wang kepada mereka untuk jatuhkan kerajaan dengan pembawakan dan perkembangan ISLAM di malaysia? Of course no no no.. Pergi jalanlah dengan segala macam dakwah ISLAM yang dibawa oleh PAS kat malaysia neh. Jangan harap kerajaan nak keluarkan peruntukan untuk pembinaan surau bagi memgantikan surau yang bakal dirobohkan itu. Aku suka.. surau roboh, PASTI musnah, jemaah islam yg suka tarbiah juga takde base untuk meluaskan empayar mereka. WOW. Ini memang berita yang menarik. Inilah dia keseronokkan yang tak terhingga bila berhasil merobohkan surau.

Info lengkap  : sini


Ameno : Kerajaan bila takut dengan islam, itu bererti kerajaan tidak menerima  Allah swt.

13 ulasan

Anonymous berkata...

spt bese, post ini adalah sarcasm, b4 sape2 yg br bace nk meletop n komen mencarut2 sila paham tulisan ini adalah berbentuk SINDIRAN

baginda® berkata...

kan najib nak buat kelab malam banyak pes nih... kalau ada surau nanti ramai tak g kelab malam rugi lah kelab malam kene bersaing ngan surau.. wakaka

Zam berkata...

Mcm biasa... Fhm2, surau mana lg nk diroboh? Baik roboh sarang pelacur kt brickfields dulu baru robohkn surau..

Anonymous berkata...

betul.. anggaplah penulis hanya meletakkan dirinya ditempat orang yg terlibat..

Anonymous berkata...

kepada sapa2 yg tak biasa kene troll. baca dan fahamkan dulu. bukan tgk je dah hentam

sian.

haha

Anonymous berkata...

ntah... 2 pn dorang bleh xfaham2 lgi... rupanye rmai yg lurus bendul..patut la melayu senang ditipu dgn kerajaan...

afiffuddin berkata...

Penulis blog ini mempunyai daya pemikiran dan tinggi dengan memasukkan penggunaan kalam mantiq tahap 7 Petala langit. Hehe!

kritik berkata...

keciwa umno dengan sikap orang yang mempertahankan surau tersebut......

kalu berjaya robohkan surau, dah tentu umno sambut dengan doa kesyukuran berserta dengan arak dan perempuan gelek sekali...

Anonymous berkata...

ameno world=UMNO world? gud 1...

fisabilillah berkata...

umm tgok pun tau...posting neyh xmsuk akal..xlogik lngsung...harap pmbce sume bleh mnilai...ini la cranye org xbtgungjwab mrosak kan bngse n negara...

Kelly Clarkson berkata...

I used to love reading your blog, but lately it's been a little boring. I'll still read it though =)

Roof Repair berkata...

This post doesnt tell us anything we dont know, yet it is still one of the single most enjoyable blog postings that I have ever read in my life. He is truly without peer. I love when Trevor Hoffman gets mentioned in the same sentence as Mariano I cant help but laugh at that thought.

gay hot get pledges berkata...

http://www.straightcollegeguys.org/pledges-get-hot-gay-hazing/ Thanks for that awesome posting. It saved MUCH time :-)