t>

Breaking News

Surau kena roboh? Owhh syoknya..

Ini ada satu kisah. Kisah ini berlaku di johor. Nama tempat itu ialah taman impian emas, skudai, johor bharu. Baru-baru ini menjelang aidil-adha, terdapat satu perkara yang menyedihkan umat islam disana. Pelbagai barangan dan kelengapan untuk membina surau telah dirampas oleh pihak berkuasa bagi daerah skudai. 


Penduduk di taman impian emas, skudai sebenarnya telah lama mengidamkan pembinaan surau tersebut. Surau tersebut sebenarnya akan memudahkan urusan ibadat mereka. Penduduk-penduduk islam di kawasan tersebut berjaya mengutip dana sehingga RM54,000.00 dengan pelbagai usaha dan cara semata-mata mahu merealisasikan impian mereka.  Impian mereka bukan impian yang besar. Impian mereka cuma mahu sebuah surau yang lengkap sahaja. 





Tapak yang dicadangkan untuk membina surau terbabit telah diberikan kelulusan, malahan bayaran cukai tanah pun telah diperjelaskan. Selaku kerajaan persekutuan bagi malaysia dan kerajaan negeri bagi johor, umno disarankan untuk menghentikan perbuatan yang sangat biadap ini. Mereka cuma dambakan sebuah surau. Itupun menggunakan dana sendiri. Tolong jangan tindas umat islam di bumi sendiri. 


Link penuh mesti baca :


Surau ku dihalang daripada dibina.. Why?


Ameno : Apsal nak halang pembinaan surau tersebut?

2 ulasan

budak kecil berkata...

tak pahamlah.
apa masalahnye tak boleh bina surau ni?
DD:

max2_seekers berkata...

Pnah berlaku kt BBB (Org area Selangor je yg tau kt mane..)
Tpi yg truknye (dgr cite la) imam siap kene tahan lagi ngan anggota polis atas alasan x ikut arahan polis apabila imam laungkan azan...
N surau tu dirobohkan atas alasan dibuat di bawah rumah flat n menganggu penghuni flat kt situ (bising bile azan katenye) dan juga kawasan tu mmg susah nk cari surau or masjid yg berdekatan utk solat....
(Ingat lagi last yang aku pegi surau yg dh x de tu,pnah didatangi seorang penceramah paling terkenal Dato' Dr. Fadilah Kamsah utk solat AidilAdha.Tpi x ingat tahun berapa.)