t>

Breaking News

Saya mahu murtad..

Mahu tahu cara terbaik untuk berdiet?

Dem! Topic neh sebenarnya takde kena mengena dengan aku. Tetapi dem! Aku tetap nak menyemak hal rumahtangga orang lain. Memang dem!

Begini alkisahnya. Tadi,  siang tadi kan aku pergi singgah jap rumah member yang nak kahwin esok. So apa lagi dengan slumberland lah aku mengumpat bagai nak rak macam2 perkara. Perkara yang mmg biasalah orang buat time2 kenduri. Ataupun mungkin perkara tue yang aku paling biasa buat kot. Heh

Ketika aku tengah ejek member aku yang bakal berkahwin esok,  tup2 dia kena keluar plak. Nak pakai inai rupanya. Dia kena pergi rumah sebelah pakai inai. Ajak aku, malas aku nak ikut. Aku cakap kat dia aku tunggu kat bilik jelah sambil isi bekas telur. Kusyuk gila aku buat kerja sesorang. Then tiba2 aku rasa haus, aku keluar lah nak g amek air neh. Nak minum. Tengah lalu nak pergi tempat air tue ada lah depa bentang meja kerusi siap2. Aku pun terdengarlah makcik2 sembang lebih kurang beginilah ayatnya ;

"kawan tue dah taktahu nak buat apa. Si [nama aku lupa plak] tetap nak tukar agama. Kata dia kalau paksa2 dia lari.  Carilah takan jumpa. Habis menangis la kawan tue. Buat report pun tak guna"

Gatal dah telinga aku dengar. Sapa makcik tue pun aku tak kenal. Tapi aku mmg slumber. Aku g rapat kat makcik tue.

Aku : kenapa makcik? sapa yang nak tukar agama?

Makcik : Hah.. ada anak sedara makcik. Anak adik makcik. Budak tue nak kahwin dengan cina tp nak masuk agama cina.

Aku : Kenapa dia nak masuk agama cina?

Makcik : Manalah makcik tahu kan. Budak zaman sekarang mmg gitulah rhupernye.

Aku : Habis sekarang macam mana?Dia dah tukar agama ke belum?

Makcik : Awak pun tak tahu cam mana gayanyer. Udahler kawan tue nak kahwin ikut adat kristian. Katanya kebebasan beragama. Itu pasai awak takmahu hantar anak belajar jauh2. Udahnyer bila balik cakap awak dilawannyer. Cakap deme je betui. Cakap awak seme salah.

Terdiam. Gila aku rasa. Bukan pasal anak belajar jauh2 or belajar pandai2 tp pasal akidah. Ini seme soal akidah. Contoh terdekat tengoklah shahrukhkhan itu sendiri. Mulanya aku taktahu yang shahrukhkhan tue islam. Entah tak pernah pun terfikir kat india ada org islam.  Kat china pun ada orang islam. Budak2 lah katakan. Tak pernah fikir sampai ke situ time tue.



Time tue siap mengidolakan mahathir lagi. Siap membayangkan betapa bagusnya negara arab. Dem. Aku tertipu dengan minda aku sendiri. Ble dah sedar baru rasa rugi. Gila punya rugi. Berbalik kepada citer shahrukhkhan tadi aku rasa ramai kot yang tahu dia islam tapi kahwin dengan hindu. Dia pernah bagitau kat satu channel astro yang dia dan isteri mengekalkan agama masing2 selepas berkahwin. Tetapi dia tak pernah buat upacara keagamaan [apa upacara keagamaa bagi org islam?] kat kediaman dia. Kali terakhir dia bersolat ketika ibu dia meninggal. Tue dah berapa tahun dah. Sebelum ibu dia meninggal dia solat ke tidak aku pun tak sure.

Sebaliknya bini dia mmg rajin buat upacara keagamaan. Isteri dia orang beragama yang agak baik. Itulah yang dia cakap kat dalam tv. Habis tue dia apa? Orang beragama yang jahat? Entah. Lue orang fikir sendiri.

Yang tak boleh blah ada juga individu muslim yang minat kat shahrukhkhan neh. Yelah dulu aku minat. Time tue aku jahil otak. Aku pun tak sedar dia islam sebenarnya. Last2 macam aku cakap tadi aku tertipu. Dem!

Dulu pernah gak member aku citer yang kat sabah dan sarawak pun sama macam india. Dua agama berkahwin. Boleh. Tak salah. Yeke? Dem. Aku taktahu. Aku dengar je dia cakap. Tapi betul ke tidak kena tanya orang sabah dan sarawak sendiri. Bukan aku takde member sarawak atau sabah. Pernah gak aku tanya. Tapi jawapan mak ai.. macam2.

ada yang cakap betul

ada yang cakap salah

ada yang cakap tak berapa betul

ada yang cakap ikut tempat.

ada yang cakap yang suka2 tukar agama tue org asli

macam2 jawapan. Nak analisis pun payah. Kesimpulannya aku tak bolehlah nak buat conclusion. Heh

Tapi kalau ikut kes anak sedara makcik tue yang nak tukar agama tadi, aku tahu mmg tak salah. Budak lepas 21 tahun berhak tukar agama. Bukan aku bela budak tue. Tapi aku cakap ikut hukum perlembagaan. Kita pakai perlembagaan demokrasi. Kita kena hormat perlembagaan. Kalau tak hormat perlembagaan itu derhaka. Bukan aku cakap. Tapi orang umno yang selalu sebut gitu. Aku copy paste je. Heh

Yang pilih perlembagaan pun bukan orang lain. Kita juga. Yang pilih pemimpin pun bukan orang lain. Kita juga. So tak salah di sisi undang2 utk budak tue tukar agama. Heh

Mungkin ada yang akan berhujah,  salah disisi undang2 islam jika penganut islam murtad. Tapi melayu muslim tak boleh lupa. Kita tak rujuk Alquran buat undang2. Kita rujuk britian. So, jika budak itu memilih utk tukar agama, maka biarlah. Undang2 tak pernah halang macam mana kita nak halang pula?

Apatah lagi kes murtad kat malaysia neh bukan perkara baru. Memang tiada pembelaan utk keluarga sang murtad. Kena keji lagi ada. Ada yang cakap ibu-bapa tak berhak control agama anak2. Agama hak individu. Orang lain tak berhak tentukan agama orang lain. Heh

Games menarik dengan hadiah lumayan

Ameno : Suka atau tidak kena patuh pada perlembagaan.. kalau tak suka tukar..  hahahahha..

18 ulasan

jampang berkata...

bodoh ko ni..
kat sabah dan sarawak mana ada orang asli? orang asli kat semenanjung jer. tak reti jangan tulis sebarang-sebarang. macam pandai!

Abdul Razak Baharum berkata...

@Jampang, mungkin yg dimaksudkan oleh kawan si penulis tu adalah suku kaum yg duduk di pedalaman kot.

Victor berkata...

pe bezanya org asli? kat semenanjung mmg dipanggil camtu...kat amerika pon ade org asli yg dipanggil TRIBE - suku kaum mcm2..kat sabah sarawak pun ade org asli tp suku kaum lain2...kat smenanjung pon sama, byk suku ...org asli juz mrujuk pada org 'asal'....

sape yg pandai skang? hahahaha

Masyarakat asli yang menumpang di bumi sendiri berkata...

Masyarakat asli (bukan org asli) negeri Sarawak adalah kaum dayak tetapi tanah tumpah darah kami telah diragut oleh penjajah iaitu kerajaan Malaysia. Masyarakat dayak merupakan masyarkat pribumi terawal yang mendiami kepulauan Borneo sebelum kepulauan Borneo terbahagi kepada tiga buah negara (Malaysia, Brunai dan Indonesia) yang telah meragut tanah tumpah darah kami. Masyarakat dayak harus bankit berjuang untuk mewujudkan negara dayak yang merdeka.

coolifebeb berkata...

bagi muslim jangan memandai nak tukar agama sebelum mengenal keindahan islam hundred percent.. sekiranya anda berasa tidak suka dengan agama islam, sebenarnye, anda belum mencapai tahap keimanan sebenar. :))

Homo sapien berkata...

Woi Gampang@jampang.

entri ni pasal isu murtad dikalangan muslim. Yg ko pegi highlight minor error wat pe bodoh! nmpk sgt suke cr kesalahan org lain.. sah2 golongon songkok tinggi ni. NYAMPAH AKU!!!

btol kata ameno...rakyat yg memilih kerajaan yg menggubal segala perlembagaan. so, patuhlh rakyat yg memilih kerajaan mcm ni. bising pon xdak guna, sape suruh pangkah UMNGOK yg mmg BONGOK.

daivista berkata...

orang asli = orang asal = penduduk asal
apa masalahnya?
jampang baca entri utk cari kesalahan...open la sket...

homo sapien punya musuh berkata...

home ko pun aku tgk comment lari dari based topic.. tak ada beza pun.. 2x5 je.. haha.. anyway.. tak silap aku kat Indonesia negara dia kuat beragama islam tu pun diorang ramai yang amalkan kawin campur ni.. maybe benda ni ikut mazhab masing2 kot.. pape pun kaji jelah dulu.. tapi nak murtad tu mmg tak patut r.. akidah ...

rotibasi berkata...

kat india keadaan dia lain..dengan agama hindu yang jd pegangan terkuat rakyat tak heran kalau diorang terpengaruh. Ala..nak mengata india pun tengok lah diri sendiri dulu.. adat hindu pun duk amal lagi tang majlis sanding..Islam tang mana pun tak tao la... inai2 berukir kat tangan cube tanya ustaz boleh ka?

sebab tu ko patut berterima kasih kat ulama'2 dulu yang bersusah payah buang pngaruh hindu kat tanah melayu ni..cume yang tertinggalnya majlis perkahwinan yang korang duk bangga sangat mahal2 skarang...tayang sana tayang sini..haish..islamik betul na..

Aku nk mengingatkan la kan admin blog ni..nk buat post jgn sampai nk judge orang.. judge shah rukh khan tak solat la ape la kan..solat ko memang hari2 cukup ke? awal waktu ke? iktikad dia bukan kita tahu pun..serahlah pada Allah..aku xpaham asal ko nk masukkan pasal shah rukh khan sedangkan ada lagi aktor2 india lain yang kahwin campur..Islam Hindu sume.. ko bagi je la contoh secara kiasan..tak yah nak point kt sapa2..kang satu hari nanti shah rukh tu lagi alim dari ko baru ko tahu..ko sendiri pun tak sure mati ke tak dalam islam..pastu sedap2 je nk judge dia mcm tu heh Hidayah kan milik Allah..tak payah nk judge sapa2..ko pun bukan bagus sangat..(termasuk aku) lagipun ada lagi ke minat shah rukh skrg? kuikui

mamat berkata...

ala da j0d0h la
apa bule bwat kn
urng ckp j0d0h ada d mna2
kta tda pya la maw nafi kn
e2 s0ma dri tuhan

albab5c berkata...

Salam,
ameno, cantik ayat ko nih... boleh membuka menggegarkan minda2 orang2 umno...
izinkan aku nk share link ko ni.. n copy paste ayat ko dkt facebook.. dan untuk kegunaan hujah aku hehe..
terima kasih.. kerana berkongsi....

..kepada yang suka menghentam.. (pengomen2) ...kalau korang pandai... apa kata tulis la blog korang juga.. teringin aku nk baca... dan jgn lupa tinggalkan LINK untuk aku klik esok2...

...sebelum hentam baik la kita bertanya... dahulu....
MALU BERTANYA, SESAT JALAN beb~ eheeh!

budak SABAH berkata...

aku org sbah dan tk perna pulak aku dgar org islam msuk agama lain..stahu aku org yg msuk islam rmai la..pcik aku org srwak sblum ni dia krstian n dia da msuk islam n dia pun bru lpas g haji..dia perna ckp kt srwak sstngah msjid@surau bnyak tapi ksong je tk de org sbhyang sbb sane rmai yg beragama kristian..org islam sbah lgi rami bndingkn srwak..
jadi tk elok ckp sbah srwak ni cm india pulak..kt smnanjung ni pulak ape kurang nye nu kt ulu langat slgor tu mmber aku ckp sane rami yg org islam nk msuk kristian tapi tk lpas..mmber aku ni keje jbtan agama kt smnanjung ni beribu ribu org islam nk mhon tkar agama...

kulin berkata...

jom kita undi omno...lagi ramai nanti yg jadi jahanam
kat malaysia ni...kes murtad ni pun dah lame...ada jugak
yg dalam omno dah murtad kot...cuma terlepas pandang jer kot...oppps sory big bosss....

Ameno World berkata...

rotibasi ;

india tetap bumi Allah swt tak kiralah macam mana lain pun dia. soalnya sekarang bukan aku hentam negara india ataupun balon shahrukhkhan..baca bebetul2 apa yg aku tulis. sket pun aku tak nilai dia solat ke tidak. yg sedang menilai ialah ko. sekarang neh ko menilai aku yg tak menilai shah rukh ttp ko merasakan bahawa aku menilai dia sedangkan aku tidak. heh.

baca biar faham. ;)

Ameno World berkata...

Jesus dan bubble..

is that true? what prove that u have guys.. some me something will u? ;)

Islam is The Best berkata...

If Islam semakin pupus di muka bumi ini, maka akan kiamatlah dunia... Aku berharap diri ini dipanggil-Nya sebelum tibanya hari kiamat tidak berapa lama lagi.... wallahualam...

dan berkata...

mane ade agama cine....bangsa cine ade la....huhu..

HAMBA ALLAH yang mencintai jihad berkata...

adoii...kenapa org sekarang ni lebih suka ikut perlembagaan drp AlQurn wa sunnah?
Kita ni hamba manusia ke hamba Allah.....walaupun budak tu ada hak nak tukar agama pon,Haram hukumnya,kita sesaudara islam wajib tegur dan halang dia jangan cakap 'suka hati dia'...patutlah islam kat malaysia ni tak bersatu....
INGAT!!! MELAYU TAK SEMESTINYA MASUK SYURGA....ISLAM YG SOLEH SEMESTINYA MASUK SYURGA.....!!!cepat2lah bertaubat....istighfar...