t>

Breaking News

Salah ke bina gereja besar di bukit jalil?

Ada satu persoalan yang bermain di minda aku mengenai isu ini. Persoalan neh sebenarnya bemain rapat dengan akidah. Silap percaturan kalau kita terlebih terbuka boleh terlajak. Soalnya sekarang aku belum lihat lagi suara imam2, mufti2, alim ulama yang memberikan respon untuk perkara ini. Perkara yang aku maksudkan ialah pembinaan gereja di bukit jalil. Sila tengok gambar di bawah neh yang aku petik dari website gereja itu sendiri ;



Satu perkara yang aku mesti puji ialah pihak pengurusan gereja neh memang cekap dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang wujud pada ketika ini. Mereka siap ada twitter lagi. Tak percaya? Tengok bawah ;



Kalau facebook aku rasa belum ada. Sebab tak nampak pun facebook group dalam website tersebut. Kalau orang islam leh adaptasi sistem gereja neh dengan update segala maklumat, ceramah dan event masjid2 utama di seluruh malaysia adalah sangat baik. Update via twitter dan facebook. Gunakan satu nama seperti masjidmalaysia supaya senang di search dan dapat ramai follower. Itupun kalau kita sedarlah kelebihan it yang wujud pada zaman sekarang. Boleh alertkan anak muda/tua yang lalai, yang sibuk, yang tidak tahu,  mungkin akan hadir kesedaran ble mana ada ceramah2, event2 ataupun maklumat2 yang berkaitan dengan masjid disebarkan menerusi facebook ataupun twitter.

Bagaimanapun itu bukan isu sebenar yang aku nak rungkaikan pun. Isu sebenarnya ialah pembinaan gereja terbesar di bukit jalil untuk kegunaan dakwah kristian di malaysia. Apakah pandangan yang sepatutnya orang macam aku dan orang islam patut pegang sebenarnya? Adakah kami patut bertolenrasi ataupun tidak dalam hal2 seperti ini?

Kisahnya begini. Ada rakan cina aku bertanya "apakah pandangan u mengenai pembinaan gereja di bukit jalil"?

Jawapan aku pada dia? Aku tak jawab. Ataupun lebih tepat belum mahu jawab lagi persoalan dia tue. Sebab apa? Sebab aku taktahu nak jawab apa. Silap jawab boleh jadi bahan hasutan buat syaitan utk bermain dengan akidah aku. Sebab itu aku diam dan aku takmo jawab.

Bukan bermaksud aku takut kepada gereja tersebut. Aku tidak. Bukan juga bermaksud aku cuak dengan dakwah kristian melalui gereja itu. Aku tidak. Kalau ikut logik akal aku, aku rasa pembinaan gereja itu ada pro-cons masing2. Kenapa pros dan cons? Sebab ;

1. Gereja itu dibina di kawasan bukit jalil. Kawasan bukit jalil neh adalah tempat yang digunakan untuk buat macam2 event larh. Jom heboh selalu buat sini. Ada stadium bukit jalil. Ada sekolah bukit jalil dan ada macam2 lagi larh. Senang kata bukit jalil ialah kawasan orang keluar masuk. So, dari segi lokasi, relevant kah ianya dibina di situ?

2. Pernah aku terbaca penulisan oleh ustaz ridhuan tee mengenai jumlah penganut kristian di malaysia. Kata ustaz tersebut jumlah penganut kristian tak sampai pun 10% di malaysia. Jumlah mereka sangat sedikit dan kecil pula bilangan nya. Jumlah penganut kristian lebih ramai di sarawak dan sabah. So dari segi lokasi itu sendiri, sabah dan sarawak sepatutnya ditapakkan untuk pembinaan gereja tersebut bukan bukit jalil. Dari situ baru wujud kerelevantnya. Senang untuk penganut2 kristian di sana mengunjungi sesuatu yang mereka memang sure pergi atas tujuan ibadat.

3. Adakah size gereja itu menjadikan ianya bermasalah dibina di bukit jalil? Pandangan aku tidak. Lokasi bukit jalil tidak strategik untuk penganut kristian. Rumah ibadat sepatutnya ikut logik penganut. Logiknya penganut kristian banyak di sabah dan sarawak. Selaku pengguna terbesar kepada gereja tersebut maka layaklah pembinaan gereja terbesar di malaysia di bina di sabah ataupun sarawak. Ini sebab utama bagi pandangan aku.

4. Adakah orang islam patut marah dengan pembinaan gereja tersebut? Ini satu soklan yang aku tak boleh jawab sebab aku taktahu nak menjawab macam mana mengikut naluri org islam. Bagi pandangan aku sendiri.. aku tidak marah. Sebaliknya aku kena hormat ajaran kristian. Hak mereka telah diberikan oleh kerajaan untuk bebas menganuti apa2 agama selagi mereka tidak menindas dan menekan penganut islam. So kenapa pula nak kena marah? Mungkin marah kerana lokasi tersebut tidak bersesuaian. Tetapi bukan marah sebab pembinaan gereja tersebut. Ataupun marah kerana gereja tersebut akan menjadi tarikan pelancong sebab gereja tersebut adalah gereja terbesar di asia tenggara [betulkan kalau salah]. Tetapi, itu cuma ikut logik akal. Sebagai orang islam aku tetap merasa tidak selesa apabila mempromosikan gereja sebagai destinasi pelancongan. Tidak selesa bukan sebab aku anti-kristian so tak perlu salah faham. Tidak selesa kerana aku tidak pasti apakah cara terbaik yang sepatutnya umat islam ber-reaksi mengenai perkara ini.

5. Sudah tentulah bila gereja dibina ianya akan menjadi lambang untuk berdakwah kristian. Apatah lagi ianya dibina berdekatan bukit jalil. Bukit jalil ialah bandar yang berhampiran pusat bandar. Kebanyakkan orang islam bandar zaman sekarang memang moden teramat sehingga mengabaikan aspek2 islam dalam kehidupan mereka. Bukan sedikit jumlah melayu muslim yang telah keluar dari iktikad islam dan kemudian-nya masuk kristian. Namun tidak pula aku salahkan dakwah kristian. Kelemahan umat islam apabila mereka gagal mendalami apa itu islam. Adakah ini akan mempengaruhi umat islam di bandar untuk tukar agama? Aku tak pasti. Gereja belum dibina. So stastistik belum ada. Akan tetapi akidah umat islam bukan soal pratikal. Kita tak perlu latihan amali untuk itu. Kita tak boleh main2 bab akidah. Apatah lagi umur 18 tahun anda bebas pilih [tukar] agama. So apakah ada perlindungan supaya orang islam tidak boleh tukar ke agama kristian apabila gereja tersebut beroperasi kelak? Kita perlu tahu, ada atau tidak perlindungan itu?

Sehingga sekarang pun aku tengok belum ada mufti menaikkan perkara ini ataupun membincangkan secara terbuka. Perlu wujud diskusi supaya kita tahu di mana duduk letaknya perkara ini. Kerisauan aku bersebab. Tidak risau kristian merasa selesa dengan tempat ibadat mereka. Aku malahan tertarik melihat betapa tersusun nya cara paderi kristian berkerja untuk mengembangkan dakwah mereka. Bahkan mereka menyediakan beberapa kelas dan dana untuk membantu bagi mereka yang perlu. Ada sesuatu yang baik untuk umat islam tiru disitu.  Tidak dapat aku nafikan beberapa organisasi kerajaan, NGOs, dan PAS sendiri rajin berdakwah tetapi tidak dapat dilakukan menyeluruh dan meluas mungkin akibat kekangan pihak atasan ataupun lebih tepat angkara kerajaan pusat.

Asal ceramah agama ditangkap.  Alasan takde tauliah alasan paling bodoh pernah aku dengar. Tetapi ble paderi kristian berdakwah tiada ganguan buat mereka. So perjalanan dakwah kristian itu tenang dan selesa. Berbeza dengan perjalanan dakwah orang islam yang pada bila2 masa boleh ditembak sampai mati seperti arwah ustaz ibrahim libya ataupun difitnah macam2 seperti tuan guru nik aziz.

Sekali lagi aku sebut, ianya bukan salah penganut kristian apabila dakwah kristian itu berkembang baik di malaysia. Penganut kristian tidak patut memandang artikel aku ini berbentuk kecaman kepada ajaran kristian. Perlu hormat kepada ajaran kristian sebab itu asas dalam pergaulan. Sekadar memberikan pandangan ikhlas mengenai pembinaan gereja terbesar asia di malaysia. Tak lebih dan tak kurang.

Jika kerajaan boleh membiarkan dakwah kristian membiak tanpa ganguan, harapnya kerajaan yang sama boleh memberikan lesen tersebut kepada agama islam juga.



Ameno : Sudah muak membaca islam agama rasmi di malaysia.. rasmi apa?

44 ulasan

acer laptops berkata...

it would seem it's all uncomplicated yet there is certainly really much more you would think initially, don't you think

faiz berkata...

rasmi kat upacara2 je

kaki ampu be end berkata...

sape ckp slah....iiissshhh...mne ade slah...ktekan ngara demokarsi terpimpin....negara islam tu cume simbolik jea.....aik...x'n wat kat bukit jalil jea....buat la kat setiap negeri menusuk ke daerah2 dan menerobos ke kampung2...pe de mslah..kan..???

sayangkan agama berkata...

tgk tempat la nak wat....ni tmpat islam x kan nak buh jadi gereja kot...gila ka pa???aku stju ngan pndangan pnlis kalu tmpat 2 bnyak krtian wat jala sapa nak kaco,yang jadi mslahnya knpa nk wat kat tmpat norg islam??sprti kita tahu akidah umat islam skrg bnyak yang dah terpesong ....so x kan nk psongkan lagi???ingat tuan2 dunia smentara ja...demokrasi 2 gak tpi jgan smpai langgaq hukum dan syariaat ja.......bkan nk hsut tapi klu brkaitan ngan islam,akidah islam jangan nak main2....

Jack berkata...

Tak lama lagi hancur jugak Malaysia ni kerana terlalu open camni..... Wang bukan segalanya, Islam itu yang Utama... Sapa la yang luluskan projek ni? "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional"???

fauzi@Oz berkata...

Pandangan aku la, yang menjadi masalah utama kat Malaysia ni adalah Pemerintah Islam itu sendiri, pendakwah2 disekat dan dihalang contoh yang nyata Parti PAS, umno sendiri tentang pas habis2an, yang menjadi masalahnya pemimpin yang kat atas tu pun belum tentu mengamalkan kehidupan cara islam, hanya pada nama dan keturunan sahaja, agama2 lain tiada halangan nak berdakwah. Soal akidah, sekiranya pemimpin dan masyarakat mengamalkan cara islam yang berterusan nescaya kau bina la gereja ke tokong ke sebesar gunung sekali pun tetapi bila hati dan iman kuat nescaya tidak timbul masalah ini

ambo muslim berkata...

Pada pendapat aku x salah kalu gereja ini didirikan kat situ. Mengapa kita perlaku takut jika tahap keimanan kita kuat. Sebagai sebuah negara yg mempunyai berbilang agama adalah x salah. Cuba tengok di mesir dan turki. Gereja besar diorang cuma disebelah masjid aja. Jikalau mahu didirikan di sabah atau sarawak adalah tidak logik kerana kebanyakkan yang beragama kristian ni tinggal di pendalaman. Dan ini menyukarkan mereka untuk ke gereja tersebut. Sedangkan gereja kecil2 di sana terlalu banyak seperti org islam yg setiap kampung terdapat masjid. Adakah kita takut org2 islam turut memeluk agama kristian dgn adanya gereja tersebut. Tidak perlulah anda risau jika anda mempunyai tahap keimanan yg tinggi.seperti kata Iman Ghazali."Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati,agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dan dengan izin Allah, segala dosa mereka akan diampuni."

Hartman berkata...

This is just a trigger for Muslim to react... Its not the Christian but the government... They want us to fight each other...

Ntahler... berkata...

..."prevention is better than cure..."
...tak semua orang kuat imannya, pada aku lebih baik jangan sebab takde jaminannya...
...Apa2 pun ALLAH Maha Mengetahui & Maha Menentukan....segala yg berlaku di dunia ada hikmahnya...

a berkata...

Sudah muak membaca islam agama rasmi di malaysia.. rasmi apa? rasmi pada nama jer... pernah terbaca kenapa indon x nak jd kan islam agama rasmi...sbb x nak jd mcm malaysia... nama negara islam tp isinya x mcm negara islam ... pemimpin x berfikir dan bertindak mengikut landasan islam ...

orang parit bakar berkata...

Satu je soalan dari aku:

Pada zaman Rasulullah, adakah baginda pernah menentang pembinaan kuil atau gereja ?

sudah tentu gunanya gereja itu untuk menyampaikan ceramah berunsur kristian atau apa saje yang berkaitan. boleh la dikatakan semua gereja tujuannya dibina adalah sama.

http://islamicscholars.newsvine.com/_news/2008/06/04/1542206-building-churches-allowed-qaradawi-islamonlinenet-news

iz ng berkata...

cisssss..aku baru tau ker yg nih gereja..
boleh kata kan dlm seminggu mesti lalu kat simpang nih..
simpang petronas/shell bukit jalil..
da lame project nih..
dlu nih tanah MSN xsalah aku..
dulu penah gak nampak atlit traning kat situ..

zyzone berkata...

wallahualam.. smoga Allah kuatkan iman insan2 yg lemah n jahil dlm agama islam. moga Allah tetapkn akidah dorng dlm islam.. insyaallah.

Zamell berkata...

Tak salah pun. Dulu, takde gereja besar, tapi orang Islam tetap murtad. Bukan salah kristian mendirikan gereja. Salahkan umat Islam yang tak reti nak tambah dan tebalkan keimanan. Wallahu'alam.

any berkata...

ape bende je pon yg salah. ni bukan soal open ke ape. n kena ingt, kita ni negare berbilang agama. haruslah, bertolak ansur dan bertoleransi. walopon dorg kristian, tu tetap agame. n agame bukannye mengajar bende2 x elok. gereja, tmpt worship tuhan dorg, so ape slhnye? at least dorg ade faith. dpd dok sebok2 nk bising org bine gereje besa2, lg baek sebok2 kuatkan iman tu. kalo iman kuat, ape yg nk ditakotkan? sedih tol la kalo nnt malaysia dh dpt taraf negare maju tp still ade rakyat yg still pemikiran tahap dunia ketiga.

i am sya berkata...

islam bukan agama rasmi malaysia kawan2,
islam ialah agama persekutuan...
kalau islam agama rasmi,
sudah tentu semua 28 juta plus rakyat malaysia akan menganuti islam..
hanya satu pendapat saya,drpada kita smua dok smua memikirkan benda2 ini,apa kata,kita smua umat islam dlam malaysia ini bersatu padu,menggelembeng usaha utk jadykan umat islam malaysia kuat dr sgy ekonomi,sosial dan bidang2 laen..
engat,cina pegang ekonomi malaysia,

usriey berkata...

mana2 yg blh memberi keuntungan pada kerajaan, diaorg balun je...silap2 nty, akan dtg akan timbul pulak pembinaan pusat perjudian baru di m'sia ni,sbb genting dah x blh lwn casino s'pore. Dan s'pore pn dah umumkan kenaikan kadar pelancongan selepas terbinanya 2 pusat perjudiannya.
Nak ceta psl bab negara2 islam, aku dah malas dah, yg penting kita yg beragama islam ni, berpegang pd ajaran rasul dan alquran dijadikan panduan.

renung berkata...

huhu.. paderi berdakwah untuk agama diorg, tp PAS berdakwah untuk parti diorang.. itu lah bezanya pendakwah kristian ngan pendakwah islam kat malaysia ni.. dan jgn tanye la knp kristian makin berkembang dan islam makin pudar..

renung jugak berkata...

knape msti PAS je? UMNO tlpas ke tgungjwb ni? Stiap org Islam adalah pendakwah.x pyh tggu dri parti mane2, kerjaya mane2, yg pnting dkwh tu dsmpaikn.x dpt ckp, tnjuk teladan, x dpt tnjuk teladan, muhasabah diri, kuatkan iman.hrap2 aku pn ambik pedoman pkataan aku ni.May ALLAH bless us with faith every seconds.salam.

acam.. berkata...

ye la..bagi yg rasa imannya mantap..alhamdulillah..tapi aku kesian pada rakyat kebanyakan lain yg mengamalkan budaya sosial zaman kini, termasuklah aku..
ini semuanya racun dlm diam..sepatutnya kerajaan pun kena bijak dan cerdik dalam hal nie..
sebagai contoh, bina gereja..binalah juga masjid di situ..tak salah..org islam yg pegi bukit jalil tengok Jom Heboh pun boleh sembahyang atau jadikan tempat istirehat..kalo gereja jer yg ada kat situ, nanti kalo ada yg murtad jgn salahkan rakyat kebanyakan pula..ingat tue..
peace :)

jebon berkata...

renung :
PAS berdkwah pada mnusia la...bukan parti, bebal juga ko ye...
negara islam makin pudar sbb orang yang berfkiran cam ko masih banyak .

Muaz berkata...

insyAllah, dkat2 situ ade masjid Sri Petaling, markas Tabligh Malaysia.. moga2 Allah turunkan rahmat untuk lindung umat manusia.. sbb mereka x slh pun sbb nk bina pusat ibadat mereka.. rasulullah sendiri larang rumah ibadat diusik ketika perang.. pada pendapat saya, usah gentar jika iman anda kental.. apa bukti iman anda kental? solat di awal waktu berjemaah di masjid.. =)

renung berkata...

to renung jugak dan jebon..
aku sebut pasal PAS sebab dlm artikel kat ats tu ade sebut pasal PAS. aku pon x tau aku yg bebal ke ko yg bebal. aku byk dgr ceramh kat merata2 tempat dan kat internet. tp yg sedihnye ceramah agama jd ceramah politik. tu yg aku bosan tu. aku x sebelah mana2, aku tak cakap yg kerajaan tu betol jgk, tp aku x jumpa lagi mane2 parti politik kat malaysia ni yg betol2 perjuangkan agama. semua sekadar PUNG PANG PUNG PANG je.. hakikatnye semua gila kuasa gila harta.. aku x jumpa lagi mana2 parti politik yang menggunakan politik untuk agama, yang aku npk menggunakan agama untuk politik ada la.. (pendapat dari aku yg bebal kepada korang yang cerdik pandai) sekian..

renung berkata...

apa yg jadi hari ini adalah ramai orang yang jahil berlagak alim & warak dan semuanya untuk politik. aku tak benci politik, tp aku meluat dengan politik malaysia. xde ketelusan, xde kejujuran semuanya PLASTIK.. baik kerajaan baik pembangkang semua sama..

whois lookups berkata...

:o so mush info :o … this is he most awesome websites dude…

whoami berkata...

i can’t feel that you truly aren’t popular because you certainly contain the existing.

Anonymous berkata...

Org yang beriman, sama2 lah kita perangi golongan2 munafik..

buyong berkata...

xder sape yg rugi atau untung kecuali kpd org yg beriman.selamatkn diri sendiri. ..

Anonymous berkata...

aku rasa tempat tersebut mmg tak sesuai langsung...kalau ikut dr apa yang u tulis..nampak sgt tmp tsbt memang strategik utk penyebaran agama mereka dan smmgnya mrk bercita2 spt itu...bagi aku benda ini patut diwar2kan krn ianya tidak patut berlaku bagi negara yang penganutnya agama islam..spt yg saudara kata..megapa tidak disabah n sarawak..disitu pun boleh dibuat tarikan pelancung...tapi tidak di kl hatta di semenanjung ini...jgn jadikan agama pun 1 malaysia..prinsip tuu salah..!! bukannya kalau tak ada gereja tsbt mrk tak boleh beribadat ..tapi lihatlah kesuaian tempat dan majoriti rakyatnya...!!

anak abah sulung berkata...

kat seberang jalan bukit jalil tu ada masjid tabligh, sri petaling.. nak celen masjid tu ler kot... wallahua'lam

ikki berkata...

ambo muslim : memang xslah kalau nk bina gereja disitu..tetapi yg jadi masalah..kenapa bila pembinaan sekolah agama rakyat kerajaan tidak benarkan..tetapi bila bina gereja terbesar di asia tenggara..kerajaan luluskan..dimana kebenaran nya? ini semua di sebabkan kroni2 umno atas pihak2 atasan..

Anonymous berkata...

tanda umno semakin lemah..umno mesti undur beri laluan kepada pas.

MBT shoes sale berkata...

Hi, to start with I want to tell you that I follow your blog.

adult film izle berkata...

Can I just say what a relief to find someone who actually knows what theyre talking about on the internet. You definitely know how to bring an issue to light and make it important. More people need to read this and understand this side of the stor. I cant believe youre not more popular because you definitely have the gift.

mindproject berkata...

bukan ke kita orang islam tak boleh menyumbang walaupun satu sen kepada orang kafir dalam mebuat ape2 yang berkenaan agama lebih2 lagi sebuah gereja
tapi kenapa kerajaan salurkan duit kepada mereka?
kalau tak salah ustaz kazim ada ulas mengenai perkara ini

iman keisuke berkata...

ape nk kesah??? NEGARA ISLAM ADE PATUNG BESAR KAT BATU CAVE??? ade berhala kat langkawi? dataran helang? ade berhala kat tugu negara? ape nk kesah? HAHAHAHAHAHA!

Unknown berkata...

Tak salah bina geraja... sapa cakap salah? yg penting bukan dari duit kerajaan.

Contoh... Kemboja bukan negara islam.. Rakyat dia mintak derma sampai ke malaysia sebab nak dana buat masjid..

Kat malaysia pun sama.. Buat lah gereja... janji pakai duit sendiri...

Unknown berkata...

Sebab ape karajaan bantu.... aku rase sebab nyer satu jerk... kerajaan tak nak kehilangan undi..

Betul ke tak betul... tapi masalah tu bermula dgn diri kita sendiri...

Tp jelas lah bahawa.. kerajaan tidak peka terhadap agama islam di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Great for Blackingstone. korng sume penah pike x maksud dn tujun greja tu di bina at MSY.?
Ade sape2 leh explen.???????
tell me....!!!
kerajan pentingkan kemajuan>
kerajaan kejar 2020.
MSY berazaskn islam.
Tp Islam bukan tumpuan bg Msy.
betol x broooo>>?????


kita bakooooor...
kita bakoooor...

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kita org bersatu padu di bumi mysia ini...tentang agama bro...sama saja,kita sama sembah tuhan bro..kmi org sembah tuhan,xkan kmu org sembah tanah bro...apa salah nya kmi org bina gereja terbesar di mysia...kmu org bro di mysia ini,mungkin ada 3biru majlis bro..kita org ada apa bro...jngn nak salah kn agama kristin bro...xbaik mcm tu fhm...!

Tanpa Nama berkata...

Alaa..xda slh nak buat gereja tue..bkn ada kacau org laen pon..dkt sarawak sini pon ada bnyk masjid..xkn itu pn nak nak jaDikn isu ke? org islam nak bina masjid, org kristian xckp apa2 pn..bina bnyak tmpt beribadah pn, kalau hnya smbyg xckp xda guna nya... xpyh nak sebut KITA BAKOOORR! Kalau org kristian nak btindak nnt, urmmm..nothing to say.. kta tgk dkt newspaper, berita..atau apa2 kh..pnjenayah mana yg plg bnyak? Saya no komen..dkt berita asyik2 sbt psal islam..dh xda apa2 nak sbt lg ker?cer tgk brita mlm nie..kta catat siapa yg plg bnyak jd pnjnyah.. dpd mrka buat mcm tu baik suruh mereka solat ke, smbhyang ke..xaDa guna bina masjid, gereja, kuil klau org mcm tu xbtamadun..yg pemimpin skrg nie, xbrapa sgt.. asyik nak mnta smpati rkyt dan mnipu sana sini..xsmbyg ker?

Tanpa Nama berkata...

Sa stuju dgn kmu ambo muslim.jesus loves you.

Tanpa Nama berkata...

Aku x stuju dgn kata2 kmu.
Jesus loves you..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan tulisan anda ..
kita patut cermin diri kita ...
nilai kelemahan kita
buang ego kita...