t>

Breaking News

Amir maharajalawak sekarang di kedudukan tertinggi.

Siyes aku heran. Pasal apa ramai sangat puak-puak yang dengki kat kejayaan amir bertahan di maharajalawak sekarang? Wak lue lah!! Dasar dengki tak bertempat. Lawak amir adalah yang paling bernas setakat ini kalau dibandingkan dengan nabil dan jozan. Malahan amir dikatakan pencabar terdekat nabil dan jozan untuk merebut gelaran maharajalawak yang pertama di malaysia.

Setelah aku meneliti kes ini dari luar sampai ke isi dalam batin dan sanubari pendengki-pendengki amir, aku dapat simpulkan perkara ini kepada lima perkara. Lima je beb. Tak banyak mana. Lima perkara tersebut ialah ;

- pendengki-pendengki amir ialah penyokong fanatic tahap lunatic kepada nabil dan jozan. Siyes. Aku bercakap berdasarkan fakta yang ada kat kepala hotak aku neh.

- pendengki-pendengki amir tidak dapat menerima betapa amir lebih lawak daripada jozan dan nabil. Siyes gak. Bukti betapa lawaknya ialah amir masih berada di maharajalawak sehingga kini. 

- pendengki-pendengki amir bimbang kewibawaan amir dalam melawak akan mengurangkan peratusan kemenangan jozan dan nabil. Ini rugi. Memang rugi. Kalau amir menang dan nabil kalah.. nabil mesti bersara dari gelangang lawak semalaysia. Confirm punyoo..

- pendengki-pendengki amir sengaja menciptakan kontroversi bagi memburukkan amir supaya amir akan terkeluar cepat. Ini perlu bagi memastikan amir tidak dapat menang gelaran maharajalawak dan sekaligus boleh menyelamatkan maruah nabil dan jozan di mata peminat2 mereka.

- disebabkan itulah maka pendengki-pendengki amir bertungkus-lumus cipta pelbagai page dengan iltizam agar amir dapat dijatuhkan dengan cara yang paling keji sekali. Buktinya di sini. 
Tetapi sayang. Hasrat pendengki2 amir tidak kesampaian. Amir mendapat pengiktirafan dan popular di malaysia dengan mendadak sejurus maharajalawak ditayangkan di astro 3 minggu lepas. Amir malahan berjaya mengumpulkan fans di facebooknya sebanyak 100ribu orang dalam masa seminggu. WOW..

Hanya search ;


Dan korang pasti akan terpegun melihat betapa amir di minati di malaysia oleh semua lapisan masyarakat. Ini memang tak pelik. Amir memang lawak. Apatah lagi lawak2 yang dilakukan oleh amir berkualiti dan sering menjadi ikutan orang dalam dan luar negara. Contohnya baru2 neh dalam satu babak drama csi : new york pelakon yang memegang watak sebagai mac taylor berkata begini :

i'm sorry...

dari mana dia amek ungkapan itu? Dari mana? Dari amir maharajalawak beb. Ada ungkapan2 nabil dan jozan pelakon2 omputih amek? Ada? Ada?Takde beb..  sebab tue mereka dengki kat amir. Ini membuktikan bahawa penerbit csi pun tengok amir melawak dalam maharaja lawak 2011..

Selain dari itu, aku dapat tahu ada beberapa pelakon hollywood yang menyatakan sokongan secara terang2an kepada amir. Pandangan mereka boleh di ikuti ;




Jadi nasihat aku mudah je kepada pendengki2 amir maharajalawak.. korang takyah dengki2 lah dengan rezeki amir yang mencurah2 di gelangang maharajalawak 2011 sekarang. Redha lah dengan keputusan bahawa amir bakal memenangi gelaran maharajalawak tak lama lagi. 

Lagipun amir memang pandai buat lawak. Ini salah satu bukti betapa amir memang hebat dalam seni lawak melawak neh. Kalau korang baca dan korang kata tak lawak, siyes korang penipu. Aku yakin beb. Yakin. Heh

Sozcyili : I'm sorry..  hehehe..