t>

Breaking News

Artis melayu islam gay bermesra di kelab gay.


SIAPA sangka buah cempedak sekarang boleh jadi nangka. Itulah kata-kata yang sesuai SS gunakan kerana kalau melihatkan perangai seorang artis kacak ini yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita.  
Sudahlah kacak dan sedap mata memandang, penampilannya juga nampak seperti orang baik-baik dan ‘cool’. Apalagi kalau membawakan watak hero, ramailah wanita yang akan cair dan meleleh air liur. Pendek kata, bertuah sungguh si isteri artis itu kerana dapat memiliki suami yang segak dan sasa.  
Namun macam SS cakap tadi, buah cempedak sekarang sudah boleh jadi nangka dan pepatah sekilas ikan sudah tahu jantan betina pun makin susah hendak dilafazkan.  
Walaupun nampak bahagia dengan isteri dan anak, sumber berkata, artis ini masih lagi dengan selera lamanya iaitu meminati kaum sejenis! 
Remang sekejap bulu tengkuk SS mendengar�nya kerana dari segi sifat, artis itu nampak cukup baik dan sempurna. Tapi dalam diam-diam dia suka mengunjungi pusat hiburan yang turut dikunjungi golongan songsang. 
Sumber SS itu berkata dia sangat terkejut kerana melihat artis itu berpeluk cium tanpa segan silu dengan pasangannya di kelab eksklusif itu. Mereka nampak sungguh bahagia dan seolah-olah tidak pedulikan tetamu lain. 
SS tak tahu nak cakap apa, cuma SS harap artis itu akan cepat sedar bahawa perbuatannya itu menyimpang daripada norma kehidupan ini dan tuntutan agama. 
Patutlah dia jarang digosipkan dengan artis wanita lain kerana dia tidak pernah main kayu tiga dengan artis perempuan. Jadi selamatlah rumah tangga daripada mara bahaya. Namun bahaya yang satu ini pula jangan dibuat main-main. Tahulah zaman sekarang, macam-macam orang boleh buat kalau alpa dan khayal. Tup-tup muncul di Internet. Masa gitu, menangis air mata berlian pun sudah tidak berharga lagi. Ingat-ingatlah.

Hehehe.. Inilah dia salah satu contoh gossip yang selalu terpapar kat ruangan gosip. Kata orang kalau tak bergosip, bukanlah ruang gosip namanya. Sekaligus mencipta persepsi bahawa orang2 melayu + islam macam kita konon-nya suka kepada gosip.

Ko suka gosip? Aku? Nak cakap tak suka tue mmg tak suka. Tapi aku ttp dengar dan baca jugalah benda2 gosip neh. Dulu2 memang cam seronok gak membaca. Tapi lama kelamaan aku rasakan ruangan gosip neh cam tak munasabah pula. Contohnya cerita di atas neh. 

Bagi aku kalau dah wartawan tue nampak ataupun tahu siapakah pelaku maksiat itu mereka wajar mencegah dengan tangan iaitu menasihati depan2 dan terang2 kat artis yang dimaksud sebab mereka berupaya untuk berbuat demikian. Kalau tak makan nasihat, lapor pada penguatkuasa. 

Aku ada nak sembang sket wartawan ss neh ;

1. Kalau dah sumber ko tue nampak artis tue berpeluk cium, dah sah2 sumber ko tue pun kat kelab songsang kan? So dia pun gay juga larh? Dah dia gay, apsal dia sibuk pasal artis tue pula? Apa? Dia nak menyiasat sebab tue masuk kelab gay tue? Boleh takde masalah. Tapi sumber tue report lah pegawai agama. Bukan report kat tukang gosip. Bila sang sumber report kat tukang gosip inilah jadinya. Orang yang baca akan buat mcm2 andaian. Kat google tadi aku search dorang mengandaikan [aaron aziz] (ini tidak benar sbb tiada bukti) artis yang dimaksudkan. Hak eley.. bukti takde dan2 je dia jadi gay. Hehehe.. lawak pula aku rasa. 

2. Aku sebenar faham wartawan ss neh nak menasihati artis trbabit menerusi media. Good job aku ucapkan. Tapi kan ss neh tak sama macam aku. SS neh boleh je berjumpa dan berbincang dengan artis yang dimaksudkan sebab ss neh wartawan hiburan. So ruang untuk hubungi artis gay [konon-nya] itu bila2 je terbuka utk ss. Lainlah aku. Seorang rakyat biasa. Merayu 1000 tahun pun belum tentu najib dan rosmah layan. Almaklumlah taraf dan darjat dorang tinggi. Mana lah sama dengan aku. So daripada ko tulis pasal artis tue kenapa tidak ko cegah dengan tangan [perbuatan] ko dengan menasihati dia depan2 dulu? Sambil2 tue ko pun boleh menyiasat gak samada sumber ko share benda yang betul atau tidak. 

Bagi aku tugas wartawan neh memang mulia. Sebab mereka akan menulis tentang satu2 perkara berdasarkan fakta untuk tujuan sebaran dan ilmu. Tapi wartawan gosip macam neh aku taktahu apa tujuan dia menulis citer macam neh. Fikir dia orang suka baca kot gosip2 macam neh. Cuba ubah sket format penulisan tue. Apa kata lenkali wartawan siar je nama artis yang buat onar berserta bukti kalau ;

1. Jabatan agama tak layan kes korang
2. Artis tak makan nasihat

Itupun kalau tindakan mereka itu membawa imej buruk pada masyarakat contohnya kelab gay. Sepatutnya satu laporan dibuat terhadap kelab gay itu. Hebahkan nama kelab itu. Tangkap gambar lokasi kelab itu. Baru betul. Kalau agak2 dia buat dosa yang tak melibatkan org lain, takyah tulis lah. Doa kan aje dia bertaubat. Wartawan hiburan jangan fikir korang tue wartawan, korang ada hak nak hukum artis membabi buta.Sedikit sebanyak bidang hiburan di pandang buruk sebab korang juga aku rasa.