Cara-cara nak jadi blogger popular
Ini adalah entry kali kedua yang aku tulis selepas entry pertama hilang macam tue je. Kenapa ia hilang? Jangan tanya. bahasa maki tersemat di dada. Jangan cungkil. Aku merana.
Seringkali aku terbaca posting di gb atas title di atas. Ramai orang nak jadi popular. Kenapa nak popular? Mudah. Apa yang kita tulis, kita nak orang baca. Ataupun apa yang kita tulis, orang baca, dan duit iklan masuk. Boleh juga. Pilih salah satu. Hak korang.
1. Be yourself. Jadi diri sendiri. Apa yang korang nak
- tulis
- sampaikan
- hasilkan
- mengarut
- merepek
pedulikan. Yang penting jadi diri sendiri. Jangan jadi orang lain. Kalau korang tengok blogger popular suka buat perkara itu, korang pun nak buat juga semata2 dia buat. Korang rugi dan binasa. Binasa kerana tiada pendirian. Tiada matlamat. Tiada tujuan.
2. Ikhlas. Tulis kena ikhlas.
Lantaklah korang nak tulis pasal. pasal duit? hah suka ahti ko. pasal awek? hah suka ahti ko gak. jangan tulis macam neh. Blogging bkn utk duit tp utk keseronokkan. tapi dalam masa yang sama ko tayang duit kat pembaca. ini hipokrit. Ko tangkap gambar cek. Ko tunjuk jumlah earning. Ko nasihatkan pembaca jgan blog pasal duit. tp ko sendiri blog pasal duit. apa kebenda tue? boleh blog pasal duit. takde masalah. hak masing2.biarkan. Begitu juga bila time review product. Kena ikhlas. Jangan angkat product lebih2 sangat. Kalau rasa product tue tak bagus kutuk je. Macam aku kutuk celcom churpchurp. Macam aku kutuk iklan bikini advertlets. Rilek sudey. Jangan paksa diri utk duit.
3. Tulis ikut kepandaian dan minat.
Korang kena tulis ikut topic yang korang mahir. Kalau minat lagi bagus. Jangan tulis topic merapu meraban pasal satu benda yang ko tak faham. Kalau ko tak faham bab politik yang ko pergi melalut merepek bab politik dalam blog ko buat apa? Kalau ko tak pandai bab fashion yang ko pergi mengarut dalam blog ko pasal benda alah tue buat apa? Apa? Blog aku, aku punya suka lah. Oii.. same do i. Heh.
Tak boleh macam tue. Kalau nak pembaca kena tulis ikut perkara yang kita mahir. Kalau kita mahir bab merapu, teruskanlah. Ada juga pembaca yang suka bacaan macam tue. Macam aku.
4. Rapati blogger senior.
Kalau boleh rapat lebih dari rapat lagi bagus. Gunakan mereka sebagai batu loncatan utk bina populariti. Sapa cakap tak boleh? Boleh. Gunakan ben ashari utk bina populariti. Tak salah beb. Aku sendiri gunakan saiful bukhari dan rosmah mansur sebagai batu loncatan utk jadi popular. Sekarang blog aku dalam pemerhatian skmm. Kan mudah untuk popular?
Kalau diperhatikan ben ashari tidak meletak politik dalam mencari blogger baru di blog nya. Mahu tahu kenapa? Entah. Aku bukan dia. Tanyalah dia sendiri. Heh.
Dua blog popular yang aku suka baca ialah kak kujie dan arifshah. Keikhlasan mereka ada. Aku suka. Nasihat mereka direct. Aku lagi suka. Aku kenal mereka pun kat GB. Kalau tak satu haramjadah aku tahu pasal mereka.
5. Bina network.
Korang kena bina rangkaian komunikasi utk hasilkan traffic bagi mengekalkan pembaca. Faham ke apa yang aku cakap? Korang buat ada fanpage fb. Lepas tue tampal di blog korang. Ble sapa2 masuk blog ada fb page mereka like. Setiap kali update post, mereka alert. Baca tak baca belakang citer. Apa yang penting ko update mereka tahu. Kalau topic tue kena dengan perkara yang mereka nak baca, maka mereka tahu mana nak cari. Twitter, forum GB.. dan mana2 yg boleh membantu meningkatkan traffic harus korang cuba.
6. Bina trademark.
Buat trademark sendiri. Aku ada. Banyak. Ramai dah guna.
- Ahaks.
neh ciptaan member online aku 10 tahun lepas. Aku bawa ke fb. musuh politik aku popularkan bagi pihak aku. kemana aku pergi mereka mengahaks aku. dua tahun lepas. aku tinggal.malas layan.
- neh
semua orang pakai ejaan neh. original datang dari kepala hotak aku. tiru tidak.
- ahti
semua tahu amenoworld eja hati = ahti. Ini trademark aku.
- Heh.
orang punya. aku pakai. ia popular. fans seme follow. terima kasih pada pencipta. Anda brilliantic.
Hot! Panas! neh seme trademark aku. takpe. aku nampak org ikut. tak kesah. tak rugi. Sekarang aku create yang baru. Entry tergolek. Entry mengumpat. Entry panas. Entry hot. Biar aku popularkan dulu. Jangan tiru buat masa sekarang ya.
7. Blogwalking.
Buat. Tapi jangan auto blogwalking. Ia menyampah. Siyes.
8. Link exchange.
Kalau ada mana2 blogger nak exchange link, sertai lah.
9. Contest.
Masuk untuk dikenali dalam komuniti. Tak rugi apa.
10. Bergaul.
Kena bergaul sesama blogger. Aku ketika mula2 menulis dalam blog bulan 8/7 tahun lepas aku hanya bergaul dengan blog2 politik. Rugi. Dah tentu2 ahli2 politik mmg bercakap pasal politik. Aku nak lari dari kebiasaan itu. Aku terokai pasaran aku. Cari org yang tak cakap pasal politik so mereka amek tahu apa yang aku cakap politik.
Sbb tue aku join forum gb. Berapa banyak pembaca baru yang aku dapat sehari? Itu matlamat. Aku nak kan pembaca baru dan mengekalkan pembaca lama. Perlu kepada pergaulan agar apa yang kita sampaikan mereka boleh terima. Aku berblog tak lama mana. Bulan 7 tahun lepas. Jumpa jati diri bulan 10. Kenal gb bulan 1. Aku tak perlu followers yg ramai. Tapi aku tahu sepanjang mana pun aku tulis mmg mereka baca. Aku tahu. Aku dah yakin sangat neh. Siyes.
11. Jangan dedah aurat.
Ini nasihat yang aku suka2 bagi. Kalau nak jadi blogger popular jangan dedah aurat. Ble tak popular takpelah takde sapa mengata kecuali malaikat je catit dosa. Kalau dah popular, orang mengata2. Malaikat pun makin laju mencatit. Ibarat dulu tulis tangan kini pakai mesin. Laju siot.
12. Jangan dedah earning.
Sebenarnya untuk menjadi blogger popular korang takley dedahkan earning korang. Pada saat korang dedahkan earning korang, ialah saat korang mendedahkan risiko utk blogger2 lain agar jadi popular macam korang. Rugi. Persaingan banyak. Kalau seme buat blog sapa nak baca pula? Kan? Heh.
Ketika brblogging amat penting utk kita merasa selesa. Jika tidak selesa melakukan satu2 perkara itu maka jangan buat. Contohnya tak suka bergaul dgn blogger popular so jangan buat. Jangan paksa dan tekan diri sendiri.
Niat dan matlamat blog kena amek tahu. Catitkan dalam kertas. Macam mana nak capai matlamat. Usaha kena ada. Tapi macam biasa jangan paksa diri.
Mengampu, membodek dan mengipas blog popular. Perlu ke? Tak perlu sebenarnya. Aku rasa blogger popular pun tak suka benda2 alah. So jangan tulis komen2 macam neh kat blog2 dorang. Yang baca muntah. Yang terima sakit.
Kalau berani tulis entry panas patut berani terima komen panas. Aku dah selalu kena dah. Biasa sangat. Kalau nak tutup komen takpe. hak masing2 kena hormat. Tapi dalam masa yang sama jgn komplen kenapa blog org mcm tue macam neh. Kita terima dia seadanya sama seperti dia terima kita seadanya. Tolenrasi. Settle masalah.
So adakah amenoworld popular setelah mengamalkan langkah2 di atas? Entah. Popular ke? Popular gak. Popular kena kutuk. Heh.
Sozcyili : Cukuplah tue setakat neh. Aku nak sambung berpolitik balik. Dah cukup rehat dah aku dapat dengan melarikan diri dari kekusutan politik.
3 ulasan
Terima kasih di atas panduan tersebut
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Pendapat Ulama Berkaitan Fitnah Zina dan Politik Lucah
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
Antara di sebalik kematian adik Saiful Syazani
Tersenyum sambil baca No.12 bar pertama tu
kehkehkeh...
best ke jd fames?
Catat Ulasan