Digi : Senang-senang menang contest halal ke? II
Semalam aku ada buat satu review pasal contest digi senang menang neh, boleh baca sini untuk sesiapa yang belum baca dan hari neh aku carilah jawapan kepada persoalan tersebut. Hasil carian aku di website e-fatwa dan blog uzar aku dapati bahawa aku boleh merumuskan bahawa contest ini haram bagi umat islam untuk mereka sertai sebab ia menjurus kepada unsur-unsur perjudian.
Baiklah. Ini adalah jawapan mereka.
Okey aku rasa kita sekarang dah tahu bahawa contest neh haram untuk disertai oleh umat islam. Masalahnya ia belum selesai setakat itu. Kenapa belum selesai? Meh aku elobrate kan kat korang satu persatu-satu.
Contest neh sekarang di promosikan oleh churp-churp. Apa itu churp-churp? Churp-churp ialah pengiklan. Boleh check sini detail. Dalam churp-churp contest digi ini ialah salah satu promosi yang perlu pengchurpers promote / edar kepada rakan-rakan mereka.
Sebenarnya ketika kempen ini berada di dalam kotak dashboard masing-masing, digi tidak elobrate pun kaedah untuk menyertai kempen neh. Hanya dia tulis ada contest. Ada hadiah kereta. Ada hadiah ipad. Penerangan tak detail. Kalau nak tahu aku ketika mula2 pun tgk contest neh aku tak fikir ia ada unsur-unsur perjudian. Malahan aku lihat berapa ramai orang islam siap promosikan ia di fb dan twitter masing2 termasuk aku yg ketika itu tertanya2.
Bila aku dah start wondering situ sana sini aku pun apa lagi, aku klik je lah iklan sendiri. Memang betul salah klik kempen sendiri. Tapi nak buat macam mana salah tak salah aku tetap nak fahamkan benda neh dulu btl2 sebelum promosikan ia kepada orang berulang2 kali. [satu kali dah lepas]
Sudahnya betul lah tanggapan aku. Makan duit haram. Cuba tengok bawah neh ;
Maksudnya kat sini mudah. Contest yang ko tak payah waima satusen sekalipun, ko boleh sertai. Contest yang ko kena bayar waima satusen sekalipun ko kena periksa betul2 bagi mengelakkan unsur2 perjudian.
Contest yang seelok-eloknya ialah yang menekan usaha dan kaedah untuk menang tanpa melibatkan wang satu sen sekalipun bagi pandangan aku.
Jadi di sini memang jelaslah contest neh haram disertai oleh umat islam. Tapi kalau dah haram masuk bagaimana pula dengan mempromosikan ia? Adakah termasuk dalam kategori haram juga? Ada tiga keadaan yang aku boleh fikirkan situasi yang melibatkan pengchurpers. Iaitu ;
1. pengchurpers yang taktahu ia haram lalu mereka promosikan ia so apa hukum nya?
2. pengchurpers yang tahu ia haram ttp tetap mempromosikan ia sbb fikir hanya haram disertai ttp tidak haram untuk dipromosikan apakah hukumnya?
3. pengchurpers yang tahu ia haram ttp cuma mempromosikan kpd orang bkn islam sahaja. Contohnya dia tulis macam neh ==> contest neh hanya untuk orang bukan islam sahaja. Jadi apa hukumnya?
Aku tak tahu untuk jawapan no 1 dan no 3. Apa yang aku tahu ialah jawapan no 3. Dalam blog uzar ada dijelaskan samada nuffnang dan google neh haram ataupun tidak untuk di letakkan dalam blog masing2. Bila sebut nuffnang tue jangan anggap nuffnang je ye. Ianya termasuklah advertlets dan innity sekali.
Aku akan elobrate benda neh dalam artikel yang lain. Entry neh dah terlalu panjang untuk mengupas isu neh.
Jawapan yang uzar berikan ialah haram untuk mempromosikan iklan yang menjurus kepada perbuatan yang haram. Baca info lanjut di sini.
Menjawab pula pandangan sesetengah pihak betul ke contest says tue haram untuk disertai? Sebab hadiah2 nya kita tak pasti dari mana. Setelah aku mengabungkan pandangan uzar [baca sini pandangan penuh uzar] aku dapati bahawa contest says tidak cukup syarat untuk mendapat title haram.
Bila aku buka balik laman says aku dapati memang says ada jelaskan penaja2 hadiah mereka. Datang dari syarikat apple, dari samsung, dari kedai buku. Maksudnya disini mereka mempromosikan product mereka dengan mmberikan satu hadiah kepada salah seorang yang mendaftar dengan says. Secara tak langsung orang yang dapat hadiah tersebut akan pakai product itu dan sudah tentulah promosi dari mulut ke mulut akan berlaku. Contohnya ;
pemenang ipad II : hey aku dapat ipad II, aku join contest says.com
kawan2 : yeke? aku nak join lah. mana lah tahu kot2 aku bertuah macam ko.
says.com pula menyiarkan iklan @ promosi2 terbaru daripada syarikat2 tersebut. Secara tak langsung ini bantu mereka mempromosikan product mereka kepada pengguna. Mereka memberi dan mereka mendapat dalam satu masa yang sama. Jadi tiada transisi duit wujud kat sini. Aku tak perlu duit untuk masuk contest neh. Aku tak perlu guna sms untuk daftar. Aku cuma perlu gabungkan akaun fb aku dengan says dan automatik aku leh masuk contest neh dan tunggu cabutan bertuah.
Sama juga macam churpchurp. Memang syarikat nuffnang @ churpchurp dipilih untuk mempromosikan contest digi neh. Tapi kita sebagai umat islam diberikan pula pilihan untuk mempromosikan ia ataupun tidak. Dah tahu contest neh haram, usahlah promote. Promotelah contest yang takde unsur-unsur perjudian dan pembabitan wang. Macam contest yang terbaru dari churpchurp neh. Bukan ko kena bayar waima satusen pun untuk masuk contest neh. Hadiah dia sama gak cuma takde kereta. Yang ada ialah ;
- blackberry x 1
- ipad II x 1
- ipod touch x 1
- tiket wayang x 100 individu
Okey gak. Lumayan gak hadiah dia. Memanglah takde lumayan cam contest digi yang dapat kereta sebijik tue. Tapi atleast kita tak payah keluar duit. Dan keraguan bahawa kemungkinan contest neh haram pula hilang. Bagi korang yang belum pernah register dengan churp2 dan nak masuk contest boleh klik sini. Tetapi hanya pada mereka yang betul2 berminat. Kalau agak2 korang tue kaya takyah arh masuk. Bagi peluang pada mereka yang susah nak beli benda2 di atas tue. Okey?
Link e-fatwa di sini.
Nota tambahan : DIGI berhak untuk mengendalikan contest ini kerana dia bukanlah organisasi yang dinaungi oleh orang islam. Akan tetapi orang islam tidak boleh ikut serta dalam pertandingan seumpama ini. Adalah lebih baik jika DG memberikan peringatan bahawa hanya orang bukan islam je boleh menyertai contest ini.
Sozcyili : Adehh.. aku jadi pakar review contest pula.. hopefully digi tak bengang dengan aku sudey. Heh.
Sozcyili : Adehh.. aku jadi pakar review contest pula.. hopefully digi tak bengang dengan aku sudey. Heh.
4 ulasan
Memang banyak khilaf pendapat gak kalo bincang hal ni kan.. Tp best summary for me is:
What ever we get from Nuff or Chup2 or Pengiklan lain is HALAL but ONLY IF we promote the ads yang tidak memperomosikan produk haram and judi and maksiat pape.
Macam churpchurp kan bley pilih nak promote iklan mane..
Nuff plak bley pilih nak buang ads judi dan arak..
wahh..bagus ni..bila nak bncang bab halal haram mmg byk khilafnya.
err, tapi aku tengok popular post ko kat sidebar tu pon byk buat dosa. mcm lucah2 belaka je kat situ. erkk..
Sumber kewangan yang meragukan boleh jatuh subhah.Jika sumber kewangan jelas haram atau meragukan baik di jauhi.FARISZ@AZ.Com
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Tidak boleh buat dosa untuk menghalang dosa, kata2 jejaka mmg ada point, sbb itu utk entry2 terbaru aku, tutup/sensor part yg lucah. thanks atas reminder yg tak macam reminder.
Catat Ulasan