Ganti mykad secara online.
Hah yang neh satu perkara yang aku suka baca dan suka nak share dengan korang. Sekarang neh kalau korang nak ganti mykad korang yang rosak tue boleh dilakukan secara online. Almaklumlah mykad kita semua memang jenis yang cikai-cikai dan confirm lah jenis cepat rosak. Even kalau ko jer letak dalam dompet 24jam pun boleh rosak cipnya. Sensitif tak sudah.
Baru2 neh memang mykad aku dah rosak. Pengimbas takley detect mykad aku. Cip rosak. Aku tak gi repair lagi. Malas. Tengoklah bila2 aku senang. Korang tahu macam mana aku jaga mykad aku? Aku letak dia dalam sarung. Sayang. Kalau rosak kang nak duit lagi. So aku sayang nak keluar duit ganti mykad. Aku dah pernah ganti sekali dulu. Lama gak. Ada lah 3 tahun lepas.
Alih2 walaupun aku jaga mykad aku beria2 dan letak dia dalam sarung sekalipun tetap tak guna. Sebab bila ko tanggalkan je sarung tue, dengan segala tulisan dalam kad2 tue pun sekali ikut tanggal. Hait. Biar betul bhai?Bukan kena panas hujan pun. Sudahlah member aku cakap mykad neh pantang kena air. Dia nya mykad 3 kali ganti. Yelah pergi kerja naik motor. Kadang2 kena redah hujan. Dompet pun apa lagi ikutlah basah sekali. Dah bila kena air mykad tue pula rosak. Bila rosak kenalah ganti. Bila ganti kenalah hulur duit. Apa lagi.
Ble tulisan2 kat dalam mykad aku beralih pergi melekat kat sarung mykad tue, aku dah tension. Bila aku bagi mykad aku untuk di imbas oleh kakitangan pejabat tue pula takley detect. Dia cakap dah rosak. Elok buat baru. So kesimpulannya bukan cip je mudah rosak, kualiti mykad tue sekali haprak.
Kebetulannya [bukanlah kebetulan sangat sbb mmg aku suka baca berita pun hehehe] aku tgh baca2 berita tadi. Dan aku ternampak ini ;
Aku dah seronok dah. Aku seronok memikirkan yang aku boleh terus apply mykad baru. Okey fine aku direct buka website dia. Yelah dah berkobar2 punya pasal. Of coz lah aku nak apply mykad baru utk replace yg dah rosak rabai neh.
Then tiba2 ia keluar begini ;
Arh sudah. Website problemo pula. Takpe. Aku cuba lagi. Takley. Masalah sama. Takpe aku sabar. Dalam pada aku bersabar tue aku sempat berharap kepada kerajaan agar mereka boleh soh tribuces repair website2 kerajaan daripada dok bagi email percuma 1malaysia.
Sozcyili : Adoiii banyak kali dah website kerajaan mcm neh.. WHY?
5 ulasan
sgt betul la kan!! jadah betul... baru igt nk apply online...~
betul...setuju...
ni sbb kena hack dgn mat indon sbb tak kasi mykad masa prn serawak ari tuh...hahaha
risiko secara online, sebab ia akan guna email dan akan membongkarkan seluruh data.
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
yg haram jadah nye,ak 4x buat,nk msk ke lima tu,website under construction
Catat Ulasan