t>

Breaking News

Hot : Rahsia pemakaian susuk.



Buat pertama kalinya aku agak terkejut lah baca perkara neh dalam akhbar. Aku sebenarnya taktahu bahawa ada susuk halal di malaysia neh even di dunia neh senang cakap lah kan. Okey katakanlah susuk neh tak halal jadi apa sebab utusan malaysia promosikan pula pemakaian susuk neh? Pada orang bukan islam? Aik.. akhbar neh kebanyakkan dibaca oleh orang islam aka melayu beb. So pandangan pertama aku apabila terbaca artikel mengenai susuk neh for sure lah susuk neh jenis susuk yang halal. Kalau sungguh halal, aku pun nak pakai beb. Siyes.

Info yang aku dapat dari akhbar neh ialah ;

1. maksud susuk ialah memasukkan bahan asing ke anggota badan tertentu bagi mendapatkan sesuatu kelebihan.

Ini maksud dan tujuan dia. So halal ke tak halal neh? Aku sejujurnya rasa was2. Tapi kalau halal, aku sungguh buat. Siyes.

2. Dua jenis susuk yang di amalkan ialah ;

- susuk logam
- susuk ayat

3. Susuk bukan hanya utk dipasang pada wajah, malahan ia boleh dipasangkan di alat kelamin, payudara dan mana2 tempat yang mereka inginkan.

Biar betik bhai?


4. Pemakaian susuk neh pula bukan lama mana. Untuk ;


- susuk logam = 20 minit

- susuk ayat = kurang dari 60 minit


Dan bukan semua orang leh pasangkan susuk neh beb. Mereka guna khidmat bomoh. Dan bomoh yang dipromosikan oleh utusan ialah ;


- Awang mohd haji yahya


- dia neh bomoh artis. Dalam erti kata lain dah banyak dah artis guna khidmat dia.


- cara2 dia pasangkan susuk kepada pelanggan ialah seperti berikut ;


1. tempat yang nak dipasangkan susuk ditandakan dengan sejenis alat berbentuk pensil.


2. Selepas itu proses pembacaan ayat2 pun di mulakan.


3. terdapat kain2 yang dipotong kecil diletakkan di tempat yang ditandakan utk dimasukkan susuk tadi.


4. tujuan kain tersebut adalah utk memastikan susuk tersebut meresap masuk ke dalam tempat yang ingin diperbaiki.

5. Kemudian bomoh akan tutupkan muka sang pemakai susuk sehingga ke paras hidung [dari dahi sampai ke hidung] menggunakan kain kuning dan kain merah dari hidung ke leher dalam masa 10-15 minit.

6. Tujuan sama macam potongan kain kecil tadi iaitu untuk membiarkan susuk meresap dalam badan sang pemakai.

Then lepas proses tue habis, selesailah. Kata tukang bomoh neh kita kalau nak pakai susuk mesti ada niat yang baik. Tapi aku pelik. Kalau dah bersusuk di payudara apa kes pula? Takan si bomoh neh pergi tanda [mark] bahagian tue pula? Kalau tak mark bahagian tue macam mana dia nak pasangkan susuk? Dah kalau dia pergi mark benda tue, tak ke jadi haram? Ke boleh atas nama perubatan? Woitt.. korang faham ke apa yang aku fikirkan neh?

Dan tukang bomoh neh siap cakap ada pantang larang kalau korang nak pakai susuk neh beb. Pantang larang yang korang kena follow ialah ;

1. Kalau korang pakai susuk, diam2 sudey. Jangan citer kat orang lain. Pandai makan pandai simpan.

Alamak. Cam buat kerja curi2 plak bhai. Biasa kerja2 cam neh salah neh. Dan biasa kalau salah selalu haram dalam islam neh. Apa citer?

2. Selama sebulan si pemakai susuk tak boleh makan keladi dan rebung selepas dimasukkan susuk dalam badan mereka.

Fulamak.. aku makin pelik neh bhai.

3. Tidak boleh lalu di bawah ampaian basah selama sebulan.

Kah kah kah.. aku dah memang pelik neh bhai..

4. Dalam masa tiga hari kuku tidak boleh menyentuh ataupun terkena pada wajah sang pemakai susuk.

Kah kah kah.. ini btl2 khurafat neh bhai..

Adoiiyaii.. tolonglah jangan mengkhurafatkan umat islam. Neh siap promote dalam paper. Bagi no telefon. Orang yang taktahu tapi teringin nak cantik mesti tertarik. Adoiiyaii.. utusan utusan ko neh makin parah lah..

Sozcyili : khurafat versi 1malaysia kot.

8 ulasan

0 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
buDak MenTah berkata...

hahahahaha...mmg lawak..nk lawan islam nmpk...hmmm...sj je kn nk sesatkn kaum sejenis ak..aish! th la kmi ni pendek akl..ish!!

Ismi Azraf berkata...

Surat khabar cerita khurafat.
Tv3 tayang "Salahkan besar ..... ?"

FARISZ@AZ.Com
Wacana SiswaRakyat : Tolak Politik Jijik (Video)

Nurelly berkata...

mm....btul ke...tak brani kata apa2...cuma minta ulama tampil memberi penerangan agar kita tidak terus tersesat... nauzubillah....

Unknown berkata...

dah xde modal dah 2.. padahal byk lg citer ttg kemiskinan rakyat kat luar bandar 2 jugak yg dia cr mmg cr publishitti tol la

Azreen Rahman berkata...

:) bila xray rahang nk check gigi nnt bru nk segan2 sbb nampak segale jarum2. astagfirullah..

Unknown berkata...

bace bismilah baru halal

Iffah Zamri berkata...

astagfirullah..aku ingat sesat skit2 je utusan nih...ni mmg dah sesat terus nih...teruskan boikot utusan!!