t>

Breaking News

Kilafairy berkemban ikut skrip.



Pelakon yang nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, itu dikatakan sengaja berkemban dalam filem Karak arahan Yusry Abdul Halim untuk mencipta kontroversi dan populariti. 
Ketika soalan itu diaju kepadanya, Kilafairy menafikan dia berkemban untuk mencari populariti atau kontroversi sebaliknya apa yang dilakukan sekadar mengikut skrip dan babak yang sesuai.Katanya, apa yang dilakukan adalah mengikut jalan cerita dan bukan sengaja mencari publisiti murahan. 
Anak penyanyi Rohana Jalil itu berkata, apa yang terlintas di fikirannya hanyalah untuk memberi lakonan berkesan pada adegan tersebut. 
" Adegan berkemban itu dibuat pada pukul enam pagi. Sejuknya memang tidak terkata. Untuk adegan itu, Kila sebagai Ida sedang mandi di kampung, jadi sudah tentulah berkemban. 
" Kila sedar kesan selepas orang ramai melihat adegan tersebut. Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi Kila ia dibuat berdasarkan kesesuaian skrip dan tidak ada maksud lain," jelasnya yang turut berlakon drama Ayu Suraya. 
Kilafairy yang mengaku dirinya seorang penakut namun sanggup berlakon filem bergenre seram semata-mata mahu mencabar kebolehan diri.Disebabkan filem Karak juga berat badan Kila naik sebanyak dua kilogram (kg) iaitu daripada 44 kg kepada 46 kg. 
" Macam mana berat badan tak naik. Penggambaran pula malam. Di lokasi makanan banyak, lepas makan tidur sementara menunggu penggambaran babak Kila," katanya tersenyum. 
Menurut pelajar jurusan pemasaran dan pengurusan fesyen di Kolej Raffles, Kuala Lumpur ini, sejak kecil beliau minat berlakon bagaimanapun peluang menyanyi datang terlebih dulu. 
" Walaupun orang kenal Kila dalam bidang nyanyian, namun minat sebenar Kila adalah lakonan. Sekarang ini pun kalau ada undangan, Kila akan terima. 
" Selalunya untuk persembahan tertutup, orang minta Kila nyanyi lagu Hindi. Lagu-lagu lain Kila nyanyi juga. Sekarang ini bila sudah berlakon, ikut kelapanganlah," kataya terus-terang. 
Kila yang mengaku tidak pernah mempunyai teman lelaki tapi ramai yang cuba mendekatinya itu berkata, jika tidak ada halangan beliau akan muncul dengan single sebagai platform dalam bidang seni suara.


Dia cakap terpulang kepada pandangan masing2. Maksudnya terpulanglah pada kita nak bagi pandangan apa2 pun kat dia. Kalau dia cakap macam tue so takde lah aku segan2 nak bagi pandangan sket kat dia neh. Pandangan aku ialah ;


1. ko melakukan adegan berkemban tue time subuh, ko tak rasa cuak ke dengar azan berkumandang? Rock2 aku pun cair dengan azan beb. Kalau aku tengah type2 atau dengar lagu terus aku berhenti buat apa2 bagi mendengar azan. Belum masuk frasa menghayati baru masuk frasa menghormati. Insya-Allah kalau iman aku dah upgrade kelak, aku masuk lah bab menghayati azan. Heh.


2. Ko ingat orang kampung mandi berkemban ke. Acecececeh.. pandai2 je buat telahan begitu. Kot ye pun ada orang mandi berkemban bukan dorang mandi depan orang. Yang ko tue mandi depan orang kan ada perbezaan tue. Mesti kamera sempat shoot2 bahagian tertentu kat badan ko kan? Heh.


3. Tak caya aku berat ko 46kg. Aku lebih kurus dari ko. Seme kecik. Ko seme besar lebih2 lagi kat bawah tue. Dengan ketinggian ko, aku suspect ko 50 kg ++. Heh


Muka ko memang cantik. Alangkah lebih indah kalau ko jaga sket aurat dan perlakuan ko. Islam bukan melarang ko berfashion2, bercantik2, ataupun berlakon2, tapi biarkan menepati kehendak syariat. Bukan main langgar je. 


Blackberry percuma lah pulakkk!!


Sozcyili : Mula2 berkemban, lama2 berporno macam artis indonesia. Hehehe

10 ulasan

mykhalis berkata...

skrip dapat rezeki sebab pengarah bagi..sebab tu ko taat pada perintah pengarah kan? artis skrang ni bangang arr..

Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

kenapa bantah email 1Malaysia


Ada apa dengan dara

Ms.ze berkata...

die tu muda lagi..
baik smbung beljar dulu..
berlakon bukan boleh bawak ke mana.
lain la ngan ilmu..

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

ishh..mak cik ni, ayat xleh blah..
aku nk ty ckekt,kalau skrip tu suh ko bogel, agak2 kau bogel x? emm, almaklumlah..ikut skrip kan..nk jiwai watak la konon..haaa...lg satu, budak xcukup umur dilarang berkemban..hikhikhik

Rob berkata...

dia lg besar dr aku. berat bdn aku aje dh lebih 55kg. tipu la berat 46kg...
berkemban... hmm... jgn ckp plak dia nk pikat yusry... ekekeke... :P

Ismi Azraf berkata...

Alasan liberal juga yang sering diberikan oleh kebanyakkan artis. Xpernah lagi artis cakap "memang salah saya sebab dedah aurat".

Skrip lakonan nak dengar,"skrip" dalam al Quran bila nak dengar?

Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki


Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita


Cara menyorokkan Shoutbox di Blogspot.

Kini berada di blog gosip artis kah? =))
.

Quilling@miechan berkata...

jahil punya artis n pengarah orang kpg dah lama tak mandi berkemban kat sungai, zaman p ramlee adalah...orang kpg mandi berkemban kat bilik air yang bertutup dlm rumah depa. Kalau sendiri suka berkemban jgn duk kait dgn orang kampung

Farhana Jafri berkata...

asal mndi je nk berkemban.. kuno betul! org kmpung mandi pkai baju tutup dr atas smpai ke bwah.. dlam bilik air bru brkemban.. pe daaa~~ nk brlakon pon agak2 la..

jemput singgah ANASAURUS :)

ZASH VENTURE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

ek eleh..ko ingt ko kurus brat ko kne same dgn prempuan r..haha..bengap tol..

Tanpa Nama berkata...

Apabila orang munafik (sekular) bercakap berdusta tak serupa bikin...itukah yg dianggap 'hati baik Tuhan sahaja yang tahu'...suruhan Nabi dibantah dan didustakan dgn kata2 pendapat sendiri tp kata cinta Allah & Rasul bila bawak sepanduk?...depan wartawan dan kamera mcm2 nak diucapkan sehingga sewenang2 lafaz nama 'Allah' disebut merata2 tempat kalau tidak lain krn riak...nak tutup keingkaran mrk...spt org yg berangan2 terhadap Tuhannya krn bila dikurniakan kecantikan dan kemewahan merasa diri dimuliakan sebijik perangai org Yahudi ttp tertipu krn Neraka tlh tersedia kkas utk mrk lbh buruk lg bg org Munafik dibawah dasar sekali...nauzubillah...