t>

Breaking News

Bahagian Tengah Amerika Syarikat Teruk Dilanda Puting Beliung

Puting beliung membadai beberapa kawasan di bahagian tengah Amerika Syarikat meragut 31 nyawa.

Jumlah kematian tertinggi dicatatkan di bandar Joplin, Barat Daya Missouri dengan sekurang-kurangnya 30 mangsa.

Seorang mangsa lagi dilaporkan maut di Minneapolis.

Satu puting beliung berjaya dirakam berhampiran Pickett, Oklohama.

Ia dikesan berlaku 137 kilometer di tenggara Oklohama City.

Serangan puting beliung turut membadai negeri bersebelahan, Kansas.

Di bandar Reading, kira-kira 200 kediaman penduduk musnah.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat di 16 daerah di negeri itu,

Manakala di Minneapolis, 18 mangsa mengalami kecederaan akibat puting beliung yang berlaku waktu tengah hari.

Beberapa kediaman dilaporkan rosak teruk dan banyak pokok tumbang.

Datuk Bandar Minneapolis berkata, penduduk dinasihati keluar dari bandar itu sementara kerja pembersihan dijalankan.

Puting beliung berkenaan sebahagian ribut yang melanda wilayah itu sejak beberapa minggu lalu.

Sozcyili : Cuaca dunia pun dah tak menentu sekarang neh.. sana sini macam2 bencana dek kelalaian manusia itu sendiri

Tiada ulasan