t>

Breaking News

BAM : Skirt pakaian rasmi pemain badminton wanita.

Terkejut dengan penerimaan pihak Badmintaon Association of Malaysia (BAM) untuk menjadikan pemakaian skirt sebagai pakaian rasmi untuk pemain badminton wanita. 

Bahkan, perkara yang sangat dikesali oleh mahasiswa Islam khususnya adalah pendirian pihak BAM yang bukan sahaja menerima dengan terbuka tetapi menyokong sepenuhnya arahan Badminton World Federation (BWF) itu.

women female badminton player wears skirtArahan yang telah dikeluarkan oleh BWF tersebut diselaraskan di peringkat seluruh dunia. Menurut berita yang dihebahkan, beberapa negara lain telah menyatakan bantahan mereka tanda tidak setuju atas beberapa faktor yang diberikan. 

Malaysia sepatutnya bertindak menjaga sensitiviti umat Islam sebagai negara yang berpegang dengan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Pihak Pro-M (WUFI) berharap agar BAM dapat menarik balik penerimaan arahan tersebut:

1) Bersukan sangat digalakkan dalam Islam dengan syarat mengikut garis panduan syariat

2) Allah berfirman di dalam Al-Quran:

Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat), kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau perempuan seIslam dengan mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki tua yang tidak bernafsu atau anak-anak yang tidak mengerti.
[An-Nur:31]

3) Pemakaian skirt merupakan pakaian yang tidak berakhlak yang boleh mencetuskan suasana tidak bermoral dalam kalangan penonton yang datang daripada pelbagai latar belakang seperti kanak-kanak

4) Penerimaan BAM terhadap arahan tersebut telah menjatuhkan maruah dan nilai Islam di Malaysia

5) Islam itu syumul, tidak menjadi halangan bagi seorang wanita untuk bersukan disebabkan tutup aurat

6) Islam itu mudah, wujud sekumpulan manusia yang cuba menyampaikan doktrinisasi kepada umat Islam bahawa Islam itu susah dan hanya boleh diguna untuk sebahagian perkara sahaja

7) Isu aurat ini bukan sahaja ditonjolkan untuk kes BAM sahaja, bahkan pihak Pro-M (WUFI) berharap ia mendapat respon dan tindakbalas di segenap lapisan perkara

Justeru, mahasiswa Islam khususnya di UIAM menggesa pihak berwajib untuk segera tampil dan bersuara atau mengambil tindakan demi kesejahteraan negara tercinta ini. Perkara agama tidak boleh dipandang enteng dan biasa. Ia mesti dilunaskan mengikut panduan yang telah tersedia dan tiada kompromi dalam hal dasar.


Petikan neh di ambil dari salah satu aduan surat kepada malaysiakini. Aku tahu mesti ramai yang akan bagi alasan macam neh ;


1. der come on lah yang main badminton seme cina der..


2. Alah selama neh dorang main tak pakai tudung pun ada ko kesah?


3. Lantaklah bukan hal kita pun.


Sebenarnya.. semua pandangan2 di atas salah. Fahami betul2 apa itu maksudnya dasar / polisi ataupun undang2.


Andaikata benda neh dilaksanakan kelak ini bermaksud ;


1. tiada peluang utk org islam bermain badminton


atau


2. orang islam yang bermain badminton kena pakai skirt.


Memang sekarang neh tiada nama pemain2 wanita islam yang menyerlah. Kenapa tak menyerlah kita tak pernah peduli pun. Silap2 sebab kena pakai seluar pendek kot. Mana kita tahu kan? Betul? So kalau undang2 ini menjadi dasar wajib kelak, mungkin peluang utk org islam bermain badminton khususnya wanita tertutup terus. Kalaupun kelak ada pemain muslim wanita yang bagus sudah tentu masyarakat akan mengecam dan mengherdik dia sebab main pakai skirt. Silap2 masyarakat tak nilai kecemerlangan dia dalam permainan badminton sebaliknya suruh dia bersara dan main sukan lain yang boleh tutup aurat. 


Hey.. ini apa neh? Bukan sukan kawal kita tapi kita kawal sukan. Ubah sahaja polisi2 bahlol neh. Kalau taknak pakai skirt so what? Takley main badminton kah? Tak payah sampai buat polisi merepek lagi mengarut neh. Pemakaian seluar panjang dan bertutup rambut tidak akan menjejaskan permainan badminton pun. 


Ini untuk jangka masa panjang. Kesan memang tak nampak sekarang. Jangan sampai akan datang kelak ada protes suruh BAM batalkan dasar ini pula. Nanti jadi cam singapore. Nak pakai tudung berhenti sekolah atau buka tudung untuk ke sekolah. Heh.


Sozcyili : BAM neh patut ditukar pihak pengurusan dia. Menyampah aku.

Menangi hadiah untuk ibu anda. 

Stand a chance to win holiday trip to Krabi. 

Tiada ulasan