t>

Breaking News

Kisah sebenar isu anak rozita che wan dibuli.






Baru-baru rozita agak kecoh satu malaysia bagitau anak dia kena buli dengan teruk. [teruk ker??] Heh. Kecoh betul dia mengutuk budak2 sekarang jahat [anak dia baik sangat tue] Heh. Takpe. Samada citer dia tue betul atau tidak aku no comment. Tapi aku cadangkan korang baca story dari kedua-dua belah pihak then judge sendiri. Aku sendiri takmo berpihak kepada sesiapa pun secara melulu. Kerana kedua-dua belah pihak memang mempunyai kepentingan masing2 apabila membuat kenyataan. 

Kenyataan rozita ;


Gejala buli sama ada yang berlaku di asrama mahupun di sekolah kini dilihat semakin serius dan berada pada tahap yang membimbangkan. Baru-baru ini, anak kepada aktres jelita, Rozita Che Wan pula menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.

Ammar Effendy, 15 tahun, yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan, Pahang.
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.

“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.

Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya mengeluh.

“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”Ekoran dari insiden yang berlaku, Rozita dan bekas suaminya telah mengambil keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah yang lain.

“Saya agak terkilan sebab dari Darjah 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.

“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita mengakui walaupun terkilan namun dalam pada masa yang sama, dia berasa lega kerana anak-anak kini di depan matanya.

Dan ini pula kenyataan dari pihak yang dituduh oleh rozita sebagai budak pembuli.

Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat.  Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam.  Tuan punya cerita jer yang tahu.  So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan. 

Pertama:    Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita.  Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :-  perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah  superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar.   Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair.  Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah.   Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi.   Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya.    Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali.  Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal.  Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa.   Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi.   Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior.  Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga:  -   Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5.   Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu.   Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain.   Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti  "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..."   Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu.   Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut.   Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga.  Ammar tidak membalas langsung,

Keempat:    Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM.  Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan. 

Kelima: -   Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama.  Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam.  Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan.  Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak.   Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun.   Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana.   Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka.  Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan. 

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang  pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya.  "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya.  Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian.   Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom.  Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi ":mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik.   Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu.   Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana.   Leave MRSM to those kids from underprivileged families...   MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

Sumber mrsm : sini

Sozcyili : Pandangan aku? Rozita rozita.. benda kecik pun ko kecoh. Semoga penganiayaan ko terhadap budak neh akan dibalas oleh Allah swt kelak rozita. Langit tak selalunya cerah. Ko tak selamanya popular. Hidup tak selamanya indah, anak ko tak selamanya akan bahagia. Heh.

12 ulasan

Hiromi berkata...

hai... rozita rozita... anak orang lain pun sekolah jugak... pelik gak ye, rozita tak tau Aniq Ezzra sekolah kat mana.
Masukkan la kat sekolah swasta rozita... tak payah la nak masuk MRSM, anak awak tu bukan golongan marhaen berpendapatan rendah...

Unknown berkata...

Ni la artis. Anak kena pukul sikit kecoh. Beratus-ratus lagi budak sekolah asrama kena pukul, xde bising2 pun. Mentang2 la kaya.

paklah and me berkata...

allaaa haii..benda ni kecik jee...masa aku sekolah dulu,kena kena sentuh sket...tapi tu adalah proses kita dewasa,kita belajar macam mana nak control emosi dan berdikari...aku dulu pernah kena rotan kat ustaz guna batang penyapu (masa tu tahun 1998), bukan penyapu lidi,penyapu batang kayu, satu minggu jalan tak betul..hehehe..tapi aku tak pernah pun cite kat mak ayah aku.kalau aku cite aku plak yang kena marah ngan depa.kahkahkah..tapi skang budak2 tak leh kena sentuh,kalau sentuh sikit masuk balai laa jawabnya..heh!manja tak bertempat..

zalizalu berkata...

huh? aku dulu siap berdarah bertumbuk... agak2 arr wei... biasa arr gaduh2 zaman skola.... pe ar.

ieda91 berkata...

hrmmmmm..kte x leh nk slhkan mne2 phak kat cnie..sbb kte msg2 x de dlm ctuac tu..so wallahualam..yg baik akn trma pmblsn baik dan yg jahat akn menrma pemblsan yg setimpalnya..itulah hukum karma..:))

iNCeK aKiM berkata...

amek la anak ko tu, simpan bawah ketiak ko, senang. masuk asrama, kalau lembik, bole jalan la weh. kat hostel takde amah takde bibik. kalau da tau diri tu lembik, back off. anak rozita tu laki ke pompuan entah? saje la tanye. ahaks~

F.B.I berkata...

manja giler....wei,ak tiap2 hari kot bergaduh,bertumbuk.skolah camtu jugak.xde pulak ak nak report mak bapak ak.Ambik la anak ko tu rozita.bila lg dia nak belajar selesaikan masalh sendiri klu asyik berkepit kat celah ketiak ko je.

Dok Rok berkata...

Dalam akhbar jadi duta alat mekap dapat 500K setahun, 2 tahun dah jadi jutawan. Tu tak campur berlakon lagi. Anak mesti ex husband tangung. Memang dia dah jutawan. Tak payah lah hantar anak ke MRSM. MRSM ramai budak kampung. Hantar ke sekolah lain yang lebih baik.

anti buli berkata...

macam palat je anak dia...dah la sampai besar pun masih tido sekatil dgn mak...ni aku baca paper ahad, konon cara didik anak dgn baik sempena hari ibu. apa ke bangang amik si rozita ni jd ibu contoh. amik la pasangan artis yg tak bercerai lg ke.

kaki jilat arau berkata...

rozita che wan nie org perlis mai kl jual muka..berlakon x banyak mana, gosip bersepah.. masuk club asyik nak cari jantan kaya..kat kg zaman muda2 mat2 rempit bt stock angkut bawak pi alor star ujung minggu..silap2 anak dia masuk MRSM pun atas dasar kangkang...

Tanpa Nama berkata...

cehh !!!! kalo kat sekolah aku zaman dulu, baru usha (merenung) form 5 je dah kena tabuh ... baru lah anda menjadi tough

ira etty berkata...

sbgai pelajar mrsm selama 5 tahun,,, aq da msak da dgn prangai bdak manja mcm nie... len kli kalo xnk kne usik,,, jgn cari psal k nk ejek ejek org... kn da kne pnumbuk sbijik... ad mulut tuh jge cket... jgn buat mulut longkang.. burokkn nme skola plak... skola tuh yg da bgi ilmu kt anak kau...