Noorkhiriah mula bertudung.. betul ke?
Artis noorkhiriah sekarang dah mula tutup rambut. Gambar kat bawah neh sebagai bukti ;
SUBANG JAYA: Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingk
"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.“Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik."Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit,” ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.
Apa yang boleh aku simpulkan daripada kata-kata artis neh ialah ;
1. Dia bukan bertudung, tapi cuma tutup rambut je. So tak boleh lah kita labelkan dia bertudung kan. Lagipun berdasarkan kepada gambar dia kat atas neh aku agak sedikit binggung lah. Kenapa nak tutup rambut dan buka di bahagian dada. Maaf aku sekadar terfikir perkara itu je.
2. Dia nak buat sedikit-sedikit. Aku puji tindakan dia neh. Cuma mungkin cara dia kurang tepat kot. Aku cadangkan dia tutup dada terlebih dahulu dan kemudian-nya rambut. Tapi apa pun neh cuma cadangan je. Harap noorkhiriah tak kesahlah atas pandangan neh.
3. Dia minta masyarakat jangan salah faham. Okeylah tue aku memang takde salah faham pun. Aku respect dia mao berubah. Bagi aku ini usaha murni. Cuma macam aku katakan tadi. Elok dan molek benarlah kalau boleh tutup bahagian dada terlebih dahulu.
4. Dan dia masih menerima tawaran yang memerlukan dia untuk buka tudung. Bagi aku dah molek benarlah dia tolak terus tawaran tersebut. Bukan apa takut konsentrasi dia akan tergangu. Kejap buka, kejap tutup.. lama2 jadi macam siti nurhaliza pula. Baik jangan. Ini cuma sekadar nasihat je. Semoga noorkhiriah konsisten lah dengan apa yang dia sedang usahakan sekarang.
Sozcyili : Artis sekarang makin sedar kepentingan menjaga aurat..
Berfacebook rm1 sehari dengan digi internet!
Berfacebook rm1 sehari dengan digi internet!
3 ulasan
stujuuuu..ini bukan tutup aurat dengan bertudung.. ini bungkus rambut jee..
Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia
ron 95 turun 50 sen,ron 97 naik 20 sen
Ada apa dengan dara
Niat dah bagus tapi cara salah,apa2 pun semoga dibuka pintu hati dia untuk terus berubah.Pintu fitnah ke atas Islam itu punca dari kelalaian umatnya sendiri.
Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?
3 Bahagian Sabar
Berdakwah tapi jadi ahli Neraka?
.
pompuan taleh mai takek kata tu taleh ni taleh..kita kena pakai slow2..lambat laun depa nampak gak..lek sudey
Catat Ulasan