t>

Breaking News

PKR diharamkan di malaysia.

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar tidak mengambil kesempatan untuk membatalkan pendaftaran PKR tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.
PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dan telah menerima surat tunjuk sebab daripada RoS.
Tegas Salahuddin, RoS harus memperincikan segala masalah teknikal yang wujud sebelum membuat sebarang keputusan.
Jelas beliau, RoS tidak harus mengamalkan sikap “double standard” dan mengambil kesempatan atas masalah teknikal yang berlaku.
“Ia (bukti) harus diperincikan, janganlah RoS amalkan double standard dan ambil kesempatan untuk haramkan parti dalam Pakatan Rakyat.
“Semua parti ada masalah-masalah teknikal tapi jangan ambil kesempatan untuk haramkan PKR di saat-saat kita mahu menghadapi pilihan raya umum, perkara kecil seperti itu boleh diselesaikan, tidak perlu untuk diharamkan,” katanya pada sidang media di sini.

Selain dari babi, arak dan zina kini parti pkr juga akan masuk ke dalam kelompok haram. Haram disentuh? Haram dimakan? Haram disertai? Atau haram bertanding dalam pru-13?

Sozcyili : PKR bakal jadi parti haram di malaysia. Ahli2 pkr pula macam mana statusnya? Kena samak dulu ke? Terima kasih kerajaan sebab menggunakan kuasa anda untuk mengharamkan PKR. Salah atau betul, belakang kira yang penting sekarang kerajaan kena cari jalan untuk pertahankan kuasa. Kita kena tolak islam dan keadilan habis-habisan.

Tiada ulasan