t>

Breaking News

Rosmah dan Najib gembira anak terima ijazah.

WASHINGTON – Ibu bapa mana yang tidak gembira melihat anak mereka memperoleh segulung ijazah. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali.
Hari ini (Sabtu), Najib, yang berada di Amerika Syarikat sejak 17 Mei lepas untuk lawatan kerja seminggu ke New York dan Washington, meluangkan masa lebih tiga jam berada di Universiti Georgetown dan duduk bersama beratus -ratus ibu bapa dan kaum keluarga masing-masing di Majlis Konvokesyen anaknya di universiti itu.

Anak perempuan mereka, Nooryana Najwa, 22, menerima ijazah “Bachelor of Science in Foreign Service” selepas empat tahun belajar di School of Foreign Service universiti berusia 222 tahun itu.
“Saya amat bersyukur bahawa anak saya dapat kelulusan ijazah pertama dari Georgetown School of Foreign Service. Sebagai bapa tentu saya rasa tanggungjawab saya sudah saya lunaskan dan anak saya berjaya mendapat pendidikan dalam lapangan yang beliau minati,” katanya selepas majlis konvokesyen di Healy Lawn universiti itu.

Turut hadir anak lelaki mereka Nor Ashman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Jamaludin Jarjis.Katanya, dengan pengalaman bersifat global di sini, kurikulum yang berkualiti dan menyegarkan, ia dapat menyediakan anak beliau untuk menjalani kehidupan di dunia dengan menghadapi segala cabaran dengan jayanya.

Saya dapati kurikulum School of Foreign Service sesuai dalam era globalisasi. Sebab antaranya terpaksa pelajari satu bahasa moden dalam masa empat tahun,” kata beliau yang merujuk kepada Bahasa Arab yang diambil Nooryana semasa pengajian di sini.

Ditanya rancangan masa depan Nooryana, Najib berkata anaknya mahu mencari pengalaman kerja sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.Rosmah turut melahirkan rasa syukur anak perempuan beliau berjaya menamatkan pengajian di salah satu universiti terkemuka di dunia itu.
“Sebagai ibu apa yang saya telah berkorban, saya dapat merasai hasil daripada kerja kuat beliau dan segala pengorbanan sebagai ibu. Saya sentiasa berhubung, sentiasa memantau perkembangan pelajaran beliau dalam masa di antara tanggungjawab sebagai isteri kepada pemimpin negara,” katanya.

Rosmah berkata walaupun beliau sibuk dengan pelbagai program dan tanggungjawab sebagai presiden atau penaung pelbagai badan bukan kerajaan dan kebajikan, beliau memastikan dapat meluangkan masa memantau perkembangan pelajaran anak-anaknya.

“Seharusnya dapat bahagikan masa…jika nak nasihat (orang lain), seharusnya saya harus amalkan. Harap ibu-ibu pantau pelajaran anak-anak mereka berjaya dan berguna kepada bangsa dan negara kita,” tambah beliau. – BERNAMA

Setuju sangat dengan kata2 najib. University luar negara kebanyakkan bersifat globalisasi berbanding university malaysia. Tak sia2 najib dan rosmah hantar anak2 mereka belajar di sekolah swasta = sebab sekolah swasta sekolah terbaik daripada sekolah kerajaan yang haprak tue. Lepas tue lanjutkan pula pembelajaran anak2 di kolej2 antarabangsa sebab university malaysia kan jenis haprak + cikai. Najib dan rosmah memang pandai menguruskan anak2 dan kerajaan. Semoga cemerlang dunia akhirat suami isteri yang disayangi rakyat malaysia neh. Aminn..

Sozcyili : Barang tempatan low class.. tak caya tanya najib dia pakai kereta apa? Citarasa najib sudah tentulah terbaik sebab dia pemimpin negara kan? Follow pendirian najib + mahathir., jenama kereta antarabangsa memang berkualiti tinggi.

Tiada ulasan