Sengal bangang bagidol bebal punya simkad!
Aku menghadapi kesukaran untuk online sejak petang tadi sampai bawa ke tengah malam. Aku bukan sukar nak online sebenarnya tetapi aku tak boleh nak online walaupun aku memang nak online. Ini berlaku kerana simkad broadband aku buat hal. Aku percaya memang simkad aku bermasalah. Aku belum call maxis centre lagi sebab selain simkad aku yang bermasalah, handphone aku pun turut bermasalah. Handphone aku pula tak boleh masuk charge walaupun baru je direpair. Siot betul lah. Ingatkan dah settle masalah cas. Rupanya rosak balik walaupun baru je satu hari aku pakai lepas repair.
Aku sebenarnya dah panas dengan maxis. Masuk kali neh dah 4 kali dah simkad aku rosak. Rosak pasal apa aku taktahu. Bukanlah aku asyik godek2 simkad broadband aku tue. Macam biasalah. Aku biarkan aje dalam broadband tue. Takan macam itu pun boleh jahanam gak simkad aku? Kalau korang nak tahu kos untuk dapatkan simkad baru ialah 0.00. Memang best. Tapi korang kena pergi dia punya centre. Kalau agak2 centre dia depan rumah korang, aku rasa simkad broadband korang rosak hari2 pun pe de hal ye tak?
Tapi cuba bayangkan kalau korang dok kat lumut dan centre dia kat ipoh. Agak2 korang, patut ke korang dari lumut menapak ke ipoh untuk jimatkan rm25? Minyak dan tol tak payah cakap. Kalau ikut jalan lama kos minyak bertambah. Itu tak masuk lagi masa yang terbuang. Aku rasa aku dah serik keluarkan rm25 untuk dapatkan simkad broadband yang baru. Aku cuba gak tadi menyelamatkan riwayat simkad broadbang aku sebenarnya. Aku cuba sungguh-sungguh. Siyes.
Berbekalkan pengalaman aku dengan slumbernya mengodek tv yang kemudian nya jahanam dan radio2 yang juga turut jahanam hasil godekan aku, aku cuba mengaplikasikan pengalaman aku kepada simkad broadband. Mula2 setelah aku syak simkad broadband aku bermasalah, aku cuba tukar broadband lain. Bukan kebetulan tapi memang aku ada broadband spare. Senang aku nak buat kerja. Aku tak berapa suka ada masalah broadband makband neh. Then result still sama. Simkad aku didetect tapi line satuharamjadah dia tak muncul. Maksudnya takde line lah tue. Nak test kat handphone plak handphone hantar repair. So nak makesure kan benda tue tak boleh.
Takpe. Aku kasi lap2 dulu. Then masuk balik. Takde line gak. Aku bengkek sekejap. Takpe. Aku lepak dulu. Then dah lepas 2,3 jam selepas aku maki2 simkad broadband aku dalam jiwa aku sambung test balik. Tengok, takde line lagi. Ada pun gprs. Alamak bhai. Gprs nak buat apa? Ingat aku nak main sms ke apa pakai gprs neh? Aku buka balik. Kali neh aku letak air liur kat simkad aku. Aku pun taktahu tujuan sebenar aku buat macam tue. Mungkin ketika itu aku fikir air liur aku keramat kot. Walhal aku tahu benda tue akan menjahanamkan lagi simkad broadband aku.
Then aku masukkan balik dalam broadband aku. Fail. Line wcdma tak naik. Arhh aku tension. Mula lah aku nak sumpah menyumpah. Eskay menjadi sasaran teratas aku pasal dia dulu yang main sumpah2 bhai. Then aku terai online.Gila bangang punya internet. Buka email pun gagal guna gprs. Memang mangkok ayun punya umno! [bahasa marah aku memang macam neh].
Takpe. Aku lepak lagi 3,4 jam. Then aku retry. Kali neh idea aku lebih ganas. Aku buka seterika. Aku seterika-kan simkad aku. Apa nak jadi, jadilah. Eley simkad neh dah memang rosak beb. So kalau aku bakal merosakkan lagi simkad neh aku tak rugi apa2. Tapi kalau tindakan aku berjaya memulihkan simkad neh aku ada sedikit untung lah walaupun cuma untuk beberapa jam je. Jadi lah beb. Daripada aku tak buat apa2.
Tapi line masih sama tak naik gak. Tapi aku terai online dan boleh buka blog. Malahan aku dapat update satu entry kat amenoworld meskipun gagal nak upload gambar. Jadilah lepaskan kegeraman aku kat tv3. Mungkin untuk beberapa jam je kot. Jadilah untuk sementara waktu. Sementara tunggu hari isnin. Pelan aku mudah je. Aku akan call maxis dan complaint. Kali neh aku taknak keluarkan rm25 lagi. Aku nak free dan aku tak peduli. Apa nak jadi, jadilah. Yang aku tahu aku dah penat asyik replace simkad neh. Bukan sekali tapi neh dah masuk empat kali. Dulu aku guna celcom setahun. Sekali pun tak pernah ada masalah simkad meskipun line dia haprak. Sehingga boleh menyebabkan aku rasa nak bunuh orang.
Tapi maxis neh baru nak cecah setahun. Itupun tak sampai setahun lagi. Dah empat kali aku replace simkad. Gila betul. Bila masa nya aku nak beli scanner kalau asyik bayar duit simkad je. Arhh sudah.. aku nak upload gambar dalam belog neh memang takley lah. Sebab line teruk. Betul2 dapat update blog je. Jadilah untuk lepaskan geram aku. Heh.
Sozcyili :
Tiada ulasan
Catat Ulasan