t>

Breaking News

Amaran sertai himpunan haram

KUALA LUMPUR – PPP mengingatkan ahli parti itu tidak terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu negara pada 9 Julai ini. 

Naib Presidennya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, PPP tidak teragak-agak akan mengambil tindakan disiplin ke atas mereka yang didapati menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk anjuran sayap UMNO, dalam perhimpunan itu. 

Menurutnya, PPP sentiasa melaungkan keamanan dan kesejahteraan dalam perjuangan parti, bukan menggalakkan atau mencetuskan suasana huru-hara kepada ketenteraman awam. 

“Prinsip kita adalah jelas, setiap permasalahan atau rasa tidak puas hati yang berlaku dalam parti akan diselesaikan secara rundingan dan semangat persaudaraan, bukan berdemonstrasi, berarak atau berhimpun secara haram. 

Beliau, yang juga Pengerusi PPP Kelantan berkata, kira-kira 50,000 ahlinya di negeri itu telah menyatakan sokongan kepada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung proses pilihan raya selama ini. 

Menurutnya, tidak ada sebab pembangkang mengadakan perhimpunan haram bagi menuntut diadakan pilihan raya secara adil, kerana kemenangan mereka di empat negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu membuktikan keadilan itu. -SH-

Ramai sangat yang bagi warning kat BERSIH. Agak2 korang dorang takut ke?

Sozcyili : Kalau nak datang diam2 sudey

Tiada ulasan