t>

Breaking News

Ayam dan ikan naik hampir 100% dan akan berterusan.


Dah tak boleh nak buat apa dah bila perhatikan harga makanan di malaysia sekarang neh. Dulu TPM kata ia masalah global. Taktau betul ke tak betul. Apakah harga2 makanan di negara lain juga naik tiap-tiap hari seperti yang berlaku di malaysia sekarang?

Bercakap pasal ikan kembung, memang betul ikan kembung kat perak neh memang mahal. Kalau di kl ialah rm12 sekilo, di perak ialah hampir rm15 sekilo pun ada [fresh]. Ini gila! Ayam pun dah cecah rm10 sekilo di kedai2 tertentu. Sampai bila lah kami nak tanggung kos kenaikan melampau harga makanan neh.

Di perak neh memang keadaan sukar sikit sebab pembangkang + kerajaan = sama2 tak buat kerja. Ada lah beberapa pembangkang mostly dari pada pas + dap yang buat kerja sungguh2 bantu rakyat. Selebihnya sibuk berperang gila kuasa dengan kerajaan negeri bn. Yang tersepit terus menerus ialah rakyat. 

Baca bawah ;

Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan keperluan di beberapa pasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama barangan mentah di pasar khususnya ikan dan ayam.


Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen hingga RM1 sekilogram yang dijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.


Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat sehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12 sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu lalu dengan kenaikan 20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan harga kami terpaksa menjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan daripada pembeli jika berlaku keadaan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana sedia maklum bahan mentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan kenaikan beberapa jenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan semasa,” katanya. -hm

Sozcyili : Parah dah neh.. kena kasi bersih gak.

Tiada ulasan