t>

Breaking News

Harga Ikan Dipantau

Tak payahlah bagi janji palsu. Walaupun aku tak pandai sangat pasal pentadbiran negara tapi aku tahu lah samada kerajaan boleh pantau ke tak. Selama neh pun dah berbondong2 janji nak pantau itu ini tapi kenaikan tetap berlaku juga.

Pendek kata kata2 kerajaan di dalam tv dan akhbar sekadar nak menyedapkan ahti pengguna tapi pada hakikatnya kita sama kita tahu samada pemantauan kerajaan neh berterusan ataupun bermusim. Mula2 memang lah keluar kat tv dalam seminggu dua peniaga di dakwa selepas itu kes akan senyap macam biasa dan harga barang akan terus naik tanpa pemantauan. Akhirnya rakyat juga yang kena tindas balik.  

Kalau nak di ikutkan kerajaan sebenarnya kena pantau kerajaan dulu sebab kerajaan pun macam peniaga gak, suka2 naikkan harga barang kan? Tengok nilai tender2 kerajaan kepada kroni seme jenis tak munasabah. Manalah rakyat tak marah macam tue. Baca bawah ;


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memantau harga ikan di pasaran bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pengurangan subsidi harga diesel.

Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata kementerian itu telah menyediakan pegawai untuk memantau harga pasaran ikan di seluruh negara.

Sekiranya peniaga didapati menaikkan harga, mereka boleh didakwa di bawah Akta Anti Pencatutan 2010 (harga melampau), katanya pada sidang media, di sini pada Selasa.

Beliau berkata kenaikan harga diesel bagi pengusaha bot pukat tunda C2 laut dalam tidak seharusnya diambil kesempatan oleh peniaga untuk menaikkan harga pasaran ikan.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.

Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya. -- BERNAMA



Sozcyili : Sapa nak jadi tukang pantau kerajaan plak?

Tiada ulasan