Kenapa kecam sweet couple contest di facebook?
Ada orang email aku minta aku bagi komen sket pasal mereka. Penulis email cakap terlalu banyak contest macam neh diadakan di facebook. Ikut firasat dia semua contest ini ialah contest yang digunakan untuk menutup perkara lain. Maksud dia kat sini ialah contest ;
1. mencari jejaka kacak + gadis cun
2. mencari jejaka + gadis cute
3. mencari gadis bertudung
ialah satu konspirasi. Konspirasi untuk mencari model2. Ini firasat dan fikiran dia. Boleh jadi benar apa yang dia katakan tue, boleh juga jadi tidak. Bagi aku, aku takmo ulas pasal konspirasi dia. Apa yang aku nak ulas ialah kata2 yang kurang sopan dilontarkan kepada mereka di atas. Kata2 tidak sopan ini tidak dilontarkan oleh pengirim email tersebut, harap maklum.
Ikut dari apa yang aku lihat ialah mereka2 yang buat contest ini dikecam kerana mempamerkan aurat. Ini punca utama. Bagi orang islam menayangkan aurat kepada orang yang bukan ahli [mahram] nya adalah salah atau dibaca sebagai berdosa. Berdosa dari segi moraliti islam tetapi bukan dari segi undang-undang malaysia. Ini kerana kita mengikuti sistem sekular. Faham?
Maksudnya kat sini ;
Ada perempuan tayang aurat <== berdosa ikut islam tetapi bukan ikut undang2 negara.
Jadi kesimpulannya disini ialah mereka mengabaikan tuntutan islam, bukan tuntutan undang2. Yakni pemimpin negara pun lempar islam. Ataupun dibaca sebagai mengabaikan tuntutan islam. Maka apakah cara kita untuk ubah senario ini?
Bila dah nampak mereka abaikan tuntutan islam sudah tentulah disebabkan mereka kurang ilmu islam. Kalau mereka dah kurang ilmu islam, maka tanggungjawab korang apa?
FACK U BITCHER.
DASAR PELACUR SIAL
MACAM BOHSIA, DAH BERAPA KALI KAU MAIN HAH?
Di atas ini ialah contoh kutukan kepada gadis2 yang buka aurat. Malahan kepada gadis yang bertudung sekalipun. Ada juga yang cakap contest montest neh tiada dalam islam. Maka layaklah mereka dikecam. Ya, betul, memang tiada. Tapi selain dari contest ini, makian juga merupakan satu dosa. Untuk mencuci dosa ko tak buat dosa baru. Maksudnya kat sini ;
ko nampak ada orang buat dosa, untuk mencuci otak dia bagi dia faham apa yang dia buat itu merupakan satu dosa.. maka ko pun buat dosa. Caranya? ko maki, herdik dan fitnah gadis2 neh dan jejaka2 ini dengan pelbagai gelaran yang menyakitkan ahti mereka. Fikir ko, mereka akan berubah. Tapi mereka yang berbuat dosa neh juga ada akal. Mungkin mereka kurang iman. Tetapi mereka bukan tidak berakal. Mereka akan fikir watdehel is this? U wanna teach me abt aurat? But how abt ur bloodyfool mouth hah? Hah.. amek kau. Maki dibalas maki. Gaduh dibalas gaduh.
Jadi dimanakah unsur dakwah kat sini? Berdakwah ialah kasih sayang. Kalau korang datang kepada kelompok tertentu untuk maki hamun atas nama dakwah maka lebih baik korang pergi mampos. Ya, betul. Pergi mampos. Pasal apa dalam islam kita tiada dakwah yang maki hamun.
Maki hamun = tetaplah maki hamun.
Dakwah = tetaplah dakwah.
Dua unsur neh tidak boleh bergabung. Dakwah yang keras kepada orang yang keras. Tapi dakwah yang keras tidak menggunakan maki hamun dan fitnah sebagai platform untuk melaksanakan misi. Masalahnya sekarang orang fikir dakwah keras = maki hamun. Persepsi serong ini merebak. Akhirnya islam di anggap ektremis. Akibat perbuatan orang islam itu sendiri.
Baca kat bawah neh pula ;
Dari analisa aku terhadap page ini aku dapati bahawa ;
1. Mereka neh budak2. Sekadar nak berhibur menggunakan facebook mungkin.
2. Mereka cuba mengelakkan apa2 yang terlalu sensitif walaupun apa yang mereka buat itu sendiri sudah cukup sensitif.
Bagi aku kita memang patut sekat perbuatan mereka neh. Sebab budak2 neh menayangkan gambar pakwe makwe. Ada yang tangkap gambar dekat2. Ada yang bertujuan mempamerkan kecantikan. Ada juga yang buka aurat. Ini semua perkara yang kurang sehat.
Akan tetapi untuk menasihati kita terlebih dahulu kena amek tahu ;
1. Adakah admin page ini orang islam?
2. Adakah page ini terlalu sensitif?
Untuk soklan pertama, aku taktahu jawapannya. Untuk soklan kedua aku dapati page ini kurang sensitif dan kurang mendapat sambutan. Tidak seperti page jejaka jambu dan gadis cun. Akan tetapi konsep yang sama boleh digunapakai. Kita kena tegur mereka cara baik. Mereka cuma kurang kasih sayang. Kalau kita boleh berkawan dengan mereka, maka mereka akan senang dengan kita. Masa tue baru kita leh nasihatkan mereka.
Kalaupun kita gagal untuk mencegah sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan bilangan orang yang terjebak. Kalau kita sayangkan saudara mara kita, maka tunjukkan kasih sayang kita. Bukan kasih hamun kita. Mereka takan dengar kita hanya kerana kita memaki hamun. Kita hanya terpekik macam bodoh. Jika maki hamun dapat mengubah dunia maka Nabi saw sudah tentu akan gunakan pendekatan itu. Kadangkala bila kita marah, maka kita terlepas cakap. Takpelah. Tapi jangan jadikan alasan marah punca kita maki hamun. Takan 24 jam maki hamun = angkara marah? Hek eleyyy.. agak2 lah bhai.
Aku tahu korang semua orang baik sebab bersikap
CARE
Tapi sayangnya bagi budak2 yang kurang kasihsayang neh mereka tak faham sikap care korang. Sebab itu kalau korang nak tunjukkan kepada korang bahawa korang care dengan apa yang budak2 neh buat maka korang kena ubah konsep. Instead of menghukum, ada faedahnya kalau korang leh bimbing budak2 neh agar menjalani kehidupan baik macam korang. Apabila korang berjaya mendakwahkan minda mereka, maka secara tak langsung korang semua sedang mengubah malaysia. Ya, betul.. semakin ramai orang faham islam maka semakin cepat kerajaan sekular jatuh.
Nota : hanya aurat orang islam je aku akan tolong tutupkan. Harap maklum.
Sozcyili : Sudah sampai masa untuk kita sebarkan kasih sayang [dakwah] kepada rakan2 kita. Berhentilah meletakkan hukuman sebaliknya pimpinlah mereka.
Tiada ulasan
Catat Ulasan