t>

Breaking News

Kes khalwat : Rintihan Roslin Hashim




KUALA LUMPUR: “Saya hairan mengapa keputusan kes sama ada saya melakukan khalwat atau tidak sekali lagi ditangguhkan. Keadaan ini seolah-olah menganiaya dan mahu ‘memerangkap’ saya,” kata bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, semalam, selepas dimaklumkan pegawai Jawi mengenai perundingan kes khalwat dia dengan penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman sekali lagi ditangguhkan sehingga 20 Julai depan.

Roslin hadir pada jam 8 pagi di pejabat Jawi sebelum keluar dari situ kira-kira tiga jam kemudian manakala Raja Azmi dan peguamnya, Roslizam Rahim tidak hadir kerana tidak sihat.
“Saya tidak puas hati apabila pegawai Jawi memberitahu mereka masih belum menemui apa-apa keputusan kerana kes itu masih dalam siasatan.
“Tapi hati saya terdetik apa lagi yang mahu disiasat sedangkan tiada penangkapan khalwat dibuat ketika itu,” katanya.
Menurut Roslin, dia juga terpaksa membatalkan penyertaannya pada Kejohanan Badminton Terbuka di Indonesia kerana ia jatuh pada tarikh dia dikehendaki hadir di pejabat Jawi, semalam. -HM-

Kalau tak berkhalwat takan kena tangkap khalwat pula? Tak faham aku. Ke dorang diperangkap? Tapi takan taktahu benda neh boleh menimbulkan keraguan kalau duduk berdua-dua dalam hotel pula? Tapi tak patut lah aku menilai2 samada mereka bersalah ataupun tidak sebab kes di masih dibicarakan.

Sekadar baca dan fahamkan apa yang cuba roslin hashim cakap je cukuplah. Tak perlu kot aku nak buat andaian yang bukan2 pasal hal neh bukan hal aku pun. Cuma andai benar roslin di aniaya oleh orang tertentu, mohon orang yang memerangkap roslin tue insaflah. Tak baik buat2 orang nanti kena kat kita balik.

Sozcyili : Kacau daun

Tiada ulasan