[video]Makanan Import Dari Taiwan Disahkan Dicemari DEHP
3 lagi makanan import dari Taiwan disahkan dicemari bahan kimia, Di-2-ethylhexyl phthalate, DEHP. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia dimaklumkan oleh pihak Pentadbiran Makanan Dan Ubatan, Taiwan..
Pihak kementerian telah menghubungi semua pengimport bagi menarik balik produk terbabit dari pasaran.Bagi pengguna yang telah membeli, dinasihatkan tidak memakannya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan atau layari laman web tertera.
Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan03-88833652/ 88833653Web http:moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my
Aku tak pernah beli makanan import kecuali daging + kurma. Selain dari itu aku memang beli buatan malaysia. Termasuklah maggie. Mee maggie pun ada yang import gak. Sebenarnya kualiti kebersihan makanan neh aku rasa malaysia punya lagi bersih.. lain2 negara tue aku sukar nak percaya. Apatah lagi sejak kegiatan china terdedah, yang mana kebanyakkan product mereka mesti letak babi waima chewing gum sekalipun.
Tiada ulasan
Catat Ulasan