t>

Breaking News

Perempuan ini hilang baju

Aku memang faham sangat niat mereka berpakaian macam neh. Bagi aku benda neh sesuatu yang aku tak mampu nak tegah. Pasal benda neh macam dah jadi biasa dah di malaysia. Ini orang kata strategi. Ataupun lebih tepat marketing. Benda neh benda biasa dalam berbisnes. Aku tahu, ko tahu dan kita semua tahu. Tapi masalahnya.. kat sini apa pasal ko tag orang yang tiada kena mengena dengan product yang ko pasarkan neh? Lihat bawah [gambar yang dipaparkan tidak sesuai di tonton oleh orang islam] ;


1. Ko buka bisnes baju dalam. Bagus. Memang wanita di malaysia perlukan baju dalam. Malahan kadang2 ada juga lelaki yang perlukan benda tue. Heh.

2. Ko nak jual product, aku faham. Ko nak orang lihat product tue. Aku juga faham. Tapi yang aku mula jadi tak faham ialah ;

- focus gambar ko kelihatan bukan kepada pakaian dalam sebaliknya lebih kepada tubuh badan model. Adakah tubuh badan model neh turut berada dalam senarai product untuk di jual?
- ko tagged orang lelaki dalam facebook. Ya. Aku boleh faham kalau ko tagged orang perempuan je. Tapi yang lelaki pun ko turut tagged sekali..apa maksudnya disitu? Adakah ko telah spot bahawa lelaki itu pakai benda2 alah neh? Ke ko fikir lelaki akan beli kan baju2 macam untuk bini dorang? Ko takan fikir yang dorang beli untuk awek dorang kan? Mungkin akan ada lelaki yang tertarik nak beli untuk pasangan masing2. Aku tak nafikan. Tapi masalahnya perlu ke model ko bergaya sampai macam neh sekali?

- Whooor rupanya... boleh je kalau ko amek gambar baju dalam je walaupun tanpa ada model yang mengayakan nya.. bagus. Tapi pelik napa ko tak teruskan je macam tue? 

Sebenarnya bila ko letakkan gambar model2 seksi neh.. orang sebenarnya jadi malu nak beli. Nak komen pun orang malu. Almaklumlah dunia facebook neh dunia perhatian. Silap sket komen dah mula lah kena printscreen sini sana. Lumrah lah katakan.

Jadi dalam erti kata lain.. bisnes ko neh susah nak berkembang. Apatah lagi bagi orang yang taktahu dorang akan fikir ko neh bapak ayam ke? Apahal pula model2 ko neh semacam je. Sebenarnya daripada ko susah payah upah orang untuk gayakan baju2 dalam neh seme elok ko kasi patung je pakai dan gayakan. Kos model patung adalah lebih murah dan jimat dari model manusia. Dan yang pasti ianya tidak selucah seperti paparan gambar2 di atas.

Aku bukan nak menyemak sangat dalam periuk nasi ko. Ko pun bukan nya mencuri ke apa ke. Cuma cara ko tue kurang tepat. Kot ye pun nak cari customer.. tolonglah jangan tanda orang islam ke atas gambar2 macam neh. Berdasarkan nama facebook ko tue.. aku rasa ko melayu + islam. Jadi ko kena lah faham sket sensitiviti orang lain. Cuba ko fikir apa perasaan orang lain bila dia nampak kawan2 dia kena tagged kat photo2 macam tue? Segan kan? Sebab tue ramai yang buka tag balik lepas ko tagging mereka. Gila ke apa.. nak membiarkan diri sendiri kena tagged kat gambar2 macam neh. Malu siottt...

Sebab tue ko patut ikut nasihat aku. Samada guna model patung ataupun tangkap je gambar baju dalam. Dan tag pada orang perempuan je. Benda2 macam neh elok kalau ko buat dalam mesej facebook pun bagus. Tak pun hanya orang2 yang di tag je dapat melihat gambar2 neh. Ada caranya. Jangan terlalu open jual baju dalam kat facebook. Orang segan. Benda neh bukan nya macam tudung. Gila babi mana yang nak cakap size buah dada dia apa terang terangan kat dalam facebook kan? So fahamlah.. lain product lain cara marketing dia. Apa yang pasti cara marketing ko neh kurang tepat kerana menimbulkan rasa kurang selesa orang kebanyakan. 

Sozcyili : Tegur bukan marah.. nasihattt je..