t>

Breaking News

'Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai'



Polis telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pada 9 julai 2011 mereka akan melakukan cara tertentu untuk menghalang perhimpunan bersih daripada berlangsung. Polis tak jelaskan apa cara yang mereka bakal gunakan tetapi aku rasa cara-cara ini mungkin digunakan ;

1. Sesiapa yang pakai baju kuning + baju bersih akan disoal siasat pada hari kejadian.

2. Sesiapa yang menuju ke satu tempat yang sama secara berkumpulan akan disoal siasat oleh polis. Seperti perjalanan ke istana negara.

3. Polis akan di tempatkan di lrt, ktm dan beberapa tempat yang tertentu.

4. Polis akan berkawal [roadblock] dan menutup beberapa jalanraya.

5. Polis akan menghalang apa2 kumpulan berkumpulan di satu tempat. [Suraikan orang ramai]

6. Polis akan menahan sesiapa yang disyaki. Contohnya korang bawa beg, polis mungkin akan minta korang buka beg untuk memeriksa samada baju kuning ataupun peralatan bersih ada ke takde dalam beg tersebut.

7. Atau lebih gila kalau setiap penumpang lrt dan ktm diperiksa beg2 mereka. 

Apa sahaja mungkin berlaku. Ini sebenarnya salah. Dan kalau ini betul2 akan berlaku kita kena rakam. Biar satu dunia melihat cara kita ditindas.

Baca bawah ;

Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967. -MKINI-

Sozcyili : Nazak..

Tiada ulasan