t>

Breaking News

Skandal Scorpene : Kos Selenggara Meningkat 8 Kali Ganda, RM417 Juta


Gulp.. banyak nya peningkatan gandaan dia. Mahal betul nak selenggara kapal macam neh. Huishh tatau aku nak cakap apa. Tapi aku percaya negara kebajikan di bawah najib sudah tentu ada alasan yang kukuh kenapa perbelanjaan ini meningkat berganda-ganda daripada harga asal.

Memang lah syarikat yang dapat projek neh ada kaitan dengan najib tapi apa yang najib buat ialah tolong membantu syarikat bumiputera agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama peningkatan kos neh mungkin boleh membantu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan aku rasa. 

Dan sekarang kerajaan kita galakkan rakyat untuk jimat cermat sebab itu najib buka kedai rakyat 1malaysia yang mana barangan makanan yang low branded di jual dengan harga yang begitu murah sekali. Harga2 di kedai2 runcit pun lebih kurang sama je harga nya tetapi kalau membeli belah disini korang membantu menjana ekonomi di samping dapat logo 1malaysia tau. Hah, kan special tue. Baca bawah, betapa pandainya najib razak mentadbir negara. Aku harap dia ialah perdana menteri malaysia untuk selama-lamanya ;

Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun. Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem ‘Submarine Escape Rescue Intervention‘ bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia. Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.  
Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan.  
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memohon peruntukan sebegitu tinggi untuk kontrak selengara berkenaan, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.2 bilion.  
Ahli Parlimen Gombak itu juga mempertikai mengapa kementerian pertahanan tidak memasukkan elemen penting dalam kontrak perolehan seperti pemindahan teknologi, latihan dan senggaraan.  
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut mempersoalkan perkara yang sama dan menuntut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad memberi jawapan yang telus.  
“Bahas kementerian pertahanan: Kenapa kos selenggara kapal selam Scorpene tiba-tiba bertambah 8 kali ganda? Mula RM50 juta setahun kata timbalan menteri sekarang bertambah belanja RM417.6 juta!,” ujarnya.  
‘Kalau menteri tak beri maklumat terpeinci konon atas sebab keselamatan pertahanan negara, wajib wujud jawatankuasa pilihan untuk pembelian peralatan pertahanan,” ujarnya yang turut menyatakan kekesalan itu dalam laman twitter.  
Mac lalu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dianggar RM50 juta setahun.  
Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset itu dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. 
Abdul Latiff pada masa itu berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. -KeadilanDaily-

Sozcyili : surrender.. 

Tiada ulasan