Sos cili babi pula di pasaran.
Hahahah.. aku tatau nak cakap apa. Soscili babi pun ada. Ini betul2 babi lagi membabikan umat islam di malaysia. Baca bawah ;
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan merasa bimbang dengan pendedahan sejak akhir-akhir ini mengenai pelbagai produk makanan yang digunakan dengan meluas oleh umat Islam mengandungi DNA babi.Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, terbaru pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalamnya.Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk berkenaan.“Bagi umat Islam, sebarang isu yang berkaitan persoalan halal haram perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.CAP juga, ujarnya menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain daripada jenama berkenaan memandangkan begitu banyak sos yang dikeluarkan dalam negara atau pun dari luar negara.Beliau menambah, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan di dalam banyak bahan masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai-gerai makanan terutamanya dalam makanan ala Barat.-harakah-
Aku pernah nampak sos neh kat pasaraya bersebelahan dengan barangan halal. Lagi satu neh pun dah jadi haram beb ;
Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage kerana Sijil Pengesahan Halal telah ditarik balik. <-- TIDAK HALAL.
Aku rasa jakim dah mula buka mata dan buat kerja kot. Mungkin selama neh dorang asyik tidur je. Macam hp sos tue aku jarang nampak orang islam beli. Macam aku, aku suka beli brand buatan malaysia macam cili sos kimball ataupun maggie. Jangan yang neh ada babi sudah lah. Mampos aku.
Sozcyili : Kebabian sungguh.
Tiada ulasan
Catat Ulasan