t>

Breaking News

Jakim : Status halal barbican belum diputuskan

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.

“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Lambatnya. Kalau haram katakan haram. Kalau halal katakan halal. Jangan disebabkan dia takde cop halal jakim maka ia jadi haram sudey.. pasal ramai gak yang dah minum air neh. Kata mereka mana ada memabukkan. Lagipun air neh free alkohol.. urmm.. entahlah susah nak cakap.

Sozcyili : Siput..

Tiada ulasan