Waspada: Pengguna telefon bimbit Kena Caj Hingga RM4 SMS Iklan
Pengguna telefon bimbit di negara ini terpaksa menanggung bayaran antara 20 sen hingga RM4 bagi setiap khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk iklan diterima mereka walaupun tidak pernah mempersetujui untuk memuat turun dan melanggannya.
Antara jenis SMS sering diterima ialah tawaran khidmat seks, pornografi, tilik nasib, pertandingan, permainan serta tawaran hadiah dan cabutan bertuah berdasarkan nombor telefon bimbit atau kad SIM.
Kebanyakan penerima tidak menyedari mereka dikenakan caj dan hanya tahu mengenai perkara itu apabila menerima bil yang merujuk caj berkenaan menggunakan kod ringkas lima angka seperti 33333, sekali gus terpaksa membayar bil tinggi walaupun tidak pernah memohon menerima SMS seperti itu.
Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mewujudkan satu garis panduan yang ketat bagi menyekat penghantaran SMS berbayar seperti itu.
Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata SMS terbabit dihantar terus ke telefon bimbit oleh penyedia kandungan menggunakan sistem lima digit, lazimnya untuk pengiklanan dengan paling kerap diterima adalah tawaran hadiah wang tunai yang meminta butiran peribadi termasuk akaun bank penerima.
“Ada yang terpedaya dengan mendedahkan semua butiran peribadi mereka. CAP menerima banyak aduan daripada pengguna yang tidak gembira dan berasa ditipu malah ia boleh dianggap gangguan kerana mereka terpaksa membuka, membaca dan memadamkan pesanan terbabit,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.
SM Mohamed berkata, CAP juga mendapati ada SMS dihantar melalui kaedah berangkai termasuk menggunakan nombor telefon bimbit yang berdaftar di negara jiran.
“SKMM dan polis perlu menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan dalang penipuan yang boleh mengakibatkan kerugian besar sekiranya ramai pengguna terpedaya. Kami akan membantu pengguna antaranya dengan menghantar surat rasmi kepada SKMM bagi menangani masalah yang sudah lama berlarutan ini,” katanya. -BH
Rasanya hampir kesemua pengguna telefon bimbit memang rasa
MENYAMPAH
Dengan perkara ini. Sepatutnya SKMM pantau hal ini. Malahan benda neh memang menjejaskan pengguna telefon bimbit. Bukannya website file sharing tue. Lagipun dah ramai orang complaint pasal neh. Sampai sekarang SKMM macam tak boleh nak bertindak. Kalau bidang kuasa yang jadi pertikaian maka gubal lah undang2 yang melindungi pengguna. Susah sangat ke?
Aku pernah kena macam neh dulu. Last2 sekali tukar no pasal dah malas layan. Dah cakap stop pun dia masih hantar2 lagi. Sekarang neh aku kena gangu kat no broadband. Hantar mesej lucah. Dah mengadu kat maxis. Maxis cakap ramai pelanggan komplain yang hal sama tetapi pihak maxis tak boleh kawal dan pantau hal neh sebab tiada cara.
Dari mana dia dapat no aku pun, aku taktau. Tiada cas dikenakan tetapi aku tak suka hal2 lucah di sms kan kepada aku. Pasal mengangu lah. Tah pape. Silap2 kalau ada member yang pinjam broadband aku kang fikir aku gila sex pula. Whatdehell is this. Heh
Ada baiknya SKMM sekat perihal neh berbanding sekat file sharing.
Sozcyili : SMS loteri pun ada walaupun tak langgan..
Tiada ulasan
Catat Ulasan